Thursday, September 29, 2011

2

hahaha kan dah kena


pernah tak kita terfikir, apa yang jadi dekat diri kita sekarang ni, dugaan yang kita terpaksa hadapi sekarang ini dan kata-kata cacian dan penghinaan yang kita terima hari ini adalah berpunca dari kesilapan dan kesalahan kita dekat orang masa lalu.

mungkin dulu, tanpa kita sedar atau tidak, kita dah buat silap. mungkin kita pernah maki orang, mungkin kita pernah kutuk orang, atau pun pernah buli orang. tak pun kita pernah ambik hak mereka secara paksaan. atau pun kita pernah buat kan mereka berkecil hati dengan perbuatan kita. mengejek, menghina walaupun sekadar gurauan. mungkin kadang kala kita membuka aib orang tanpa sedar, bercerita hal yang tidak betul, bergosip tak tentu hala. bercakap perkala yang tidak elok.

sejak dua menjak ni, che'q na selalu termenung memikir kan kehidupan yang lepas-lepas. segala tingkah laku dan perbuatan yang che'q na buat dekat kawan-kawan, saudara mara, dan terutama nya mak dan bapak.

kalau boleh sekarang ni, che'q na nak cari mereka-mereka semua yang pernah che'q na kenal dulu. terutama nya insan-insan yang rapat dengan che'q na. nak mintak ampun dan maaf. mintak halal kan dan maaf kan segala-gala nya. mungkin che'q na pernah bergurau tapi pada mereka itu satu penghinaan dan tak nak maaf kan sampai bila-bila. kita tak tau kan?

dan sekarang che'q na harap sangat dapat ubah diri. bercakap perkara yang perlu sahaja. lebih baik diam dari bercakap hal yang tidak berfaedah. tak hua hua macam dulu, kepoh bila jumpa kawan-kawan. segala gosip dan cerita semua keluar. semua itu masih dalam proses, berubah sikit demi sikit. InsyaAllah.

nota kaki bucuk : alahai entry kali ni agak beremosi sikit. 

2 comments:

ZieSalikan said...

hidup kene teruskan gak.....dah jgn sedih2 lagi...

che'q na story said...

hahaahaa.. x sedih la, cuma muhasabah diri.
hidup kan tak lama kat dunia ni...

Post a Comment