Sunday, November 15, 2009

0

weeding...




2 minggu lepas che’q na dekat rumah mak ngah, adik mak. sepupu che’q na nyer weeding. Che’q na ingat nak skip weeding dia, tapi rasa macam tak patut la kan? Dah nama nya sepupu, jadi berat jugak la hati che’q na nak menjejak kan kaki kat rumah mak ngah. Che’q na bukan apa, Cuma rasa agak-agak ngeri + panas bila ada kat rumah tu.

Nak dijadikan citer, sepupu-sepupu perempuan che’q na sebelah mak yang paling tua si pengantin ni. che’q na pulak jatuh no 2, yang lain semua bawah-bawah che’q na. jadi nya, kalau dia dah kawin che’q na la yang pegang takhta anak dara sunti tu. adesyhh.. che’q na da gak, apa yang akan berlaku. So che’q na buat-buat la sebuk, konon-konon nya banyak kerja nak dibuat, padahal che’q na memang sengaja mengelak dari mak cik-mak cik che’q na. sengaja che’q na duduk bawah kanopi, lebih rela buat kerja dari mengadap muka mak cik-mak cik che’q na.

Tapi dalam pada mengelak, che’q na terperangkap jugak, ceh! Buat lotih jer lari-lari tadi. Sempat la mereka menginterview che’q na dan bagi sedas dua soalan yang agak “panas”. Pada orang biasa jer soalan-soalan panas tu, tapi che’q na rasa rimas, menyampah. Che’q na da buat muka kesian gan mak, tapi mak pun tak tau nak cakap apa, senyum jer la. che’q n selalu tertanya-tanya, kenapa perempuan jerk selalu ditanya,lelaki tak pulak. bila da habes study, umur da masok 20++ mesti orang tanya. “bila kau nak kawin?”. Kadang-kadang che’q na menyampah. nak buat majlis pakai apa? Kalau pakai air liur jerk da lama che’q na berlaki.

bulan ni ramai betol yang mendirikan masjid, kat area rumah che’q na nie ada 3 majlis yang akan berlangsung. che’q na tak kesah, lagi suka ada lah, sebab dapat makan free.tapi yang kesian dengan mak dan abi che’q na la. penat dia orang nak “rewang”. Siapa orang johor tau la apa istilah “rewang” tu. kesian dia orang, balik dari rewang mesti letih. Malam tu mesti masuk tidur awal, yerla badan letih esok pagi nak rewang lagi. bukan sehari tapi dalam 2,3 hari cam tu. jawab nya che’q na la yang control TV. :D

nota kaki bucuk : selamat penganitn baru buat semua!

Friday, November 6, 2009

0

geige satit

Gigi che’q na sakit. Da banyak hari da ni tak baik-baik juga. Macam-macam cara da dibuat. Serba tak kena. Perut lapar. Tapi gigi sakit tak syok nak makan. Boleh jadi slim macam ni.

"ha!! sebelah sana bagi luas sikit"

"yes sir!"

"kat sebelah situ, bagi dalam sikit"

"yes bos!"

"tu sebelah sana x cukup lebar lagi, gerudi lagi luas"

"ai! ai! "

"lepas da siap ni, kita bukak jajahan baru kat sebelah sana pulak, lepas tu sebelah situ, lepas tu sebelah sana. kita luaskan jajahan kita"

"baik boss!!! (ramai2 menjawab)"

"hahahahhahaaaaa.... (bos gelak)"

*imaginasi che’q na tentang ulat kat dalam mulut.. wakakakaka.... che’q na da bengong, sila abaikan.

Kenpa gigi che’q na sakit?
Hipotisis yang che’q na buat selepas membuat beberapa kajian terperinci :P. puncanya : hari tu kan che’q na ada mengadu pasal che’q na selalu sakit kepala + pening-pening. Mungkin sakit kepala tu turun ke gigi. Tu yang sakit tu.

my teeths. Pictures, Images and Photos

Tapi fakta yang sebenarnya (adeeeeh malu nak citer), gigi che’q na da rosak, istilah yang paling kacak sekali, gigi che’q na da berlubang kembali. Bekas tampalan dulu da terbukak. Bila sakit-sakit macam ni ada semangat nak pegi cabut, yerla, da tak tahan nak tanggung sakit. Kuikuikui. Bila tak sakit buat derk jer.

Yang sebenor-benor nya, che’q na takot nak jumpa doctor gigi, jangan kata jumpa, nampak klinik pon che’q na boleh pusing kan muka mengadap benda lain. Teruk sampai macam tu sekali. Takot la, tak tau la naper. Dari kecik.

 Dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah, setahun sekali doctor gigi datang check. Dalam masa seminggu tu, che’q na macam xmau datang sekolah, bila turn kena baring atas katil tu, dada che’q na da berdegup 1oo km persaat. Tangan da sejuk, muka da berpeluh.bila doctor istiharkan gigi che’q na ok, senyum tak igat dunia. Suka nya.  Tapi da lama tak jumpa doctor gigi, da lama tak check gigi, tak kan la macam tu lagi kot? Hihihi..

Tuesday, November 3, 2009

0

kini!


Lately che’q na selalu sakit kepala + pening-pening. Tapi AWAS! Bukan sebab mengandung. :D.. tapi pelik kan, da la sakit kepala lepas tu pening-pening pulak tu. adoi, che’q na pun tak tau la nak explain cam ner sakit nya ni. Selalu jugak kena cuma sejak kebelakangan ni kerap jugak la sakit.

Mungkin sebab banyak benda yang che’q na pikir, terutama nya dugaan yang sedang Allah beri kat che’q na. Allah tengah menguji che’q na, semoga che’q na tabah menghadapi nya. AMIN. Ada hikmat disetiap kejadian yang berlaku

sad Pictures, Images and Photos

Che’q na sekarang jobless so che’q na ada kerja baru, job hunting. :P.. macam mana pulak che’q na boleh jobless? Che’q na habes study dalam keadaan ekonomi yang tengah gawat, masa minyak mahal, beras mahal. Tahun lepas punya kes la ni. Sampai la masuk tahun ni. Semua orang tak nak terima pekerja yang kurang mahir macam che’q na. malahan dia orang tengah berusaha nak kurang kan pekerja. Time tu la, banyak career fair dijalankan. Tapi kebanyakkan nya focus untuk pekerja-pekerja yang kena buang. Memang la untuk fresh graduate dan penggangur bole join sekali. Tapi kebanyakkan nya company nak kan pekerja yang ada pengalaman. So che’q na dalam senarai yang tidak diperlukan.

Pain. Pictures, Images and Photos

Dalam tempoh setahun lebih ni che’q na pernah kerja, tapi sebulan jer, tu pun kat kedai orang, che’q na berhenti sebab ada masalah-masalah tertentu yang tak boleh nak cerita kat orang. Banyak kali che’q na dipanggil untuk interview. Interview sahaja dan tak pernah dipanggil untuk bekerja. Kadang-kadang sampai satu tahap che’q na jadi fobia nak pegi interview, bila ada panggilan masuk che’q na jadi takut nak angkat.

Yerla, buang duit mak bapak che’q na aja. Bukannya dapat kerja takat pergi interview jerk. Bukannya dekat, pernah che’q na pergi kat wilayah iskandar yang tengah dibuat tu. yang sunyi, tak ramai orang, hanya pekerja-pekerja buat bagunan dan beberapa contractor yang bertapak kat citu. lalu jalan merah, jalan yang belum siap, tapi sebenar nya ada jalan yang da siap Cuma kak ngah jer tak tau nak cari. Lepas tu kena pusing-pusing cari tempat nak interview tu, berapa kali sesat. hampir putus asa jugak la, nasib baik mak dengan kak ngah jadi pendorong.tapi akhirnya tak dapat jugak. Tu kawan che’q na yang recoment. Orang cakap la kalau ada orang dalam yang tolong senang nak dapat, tapi? Apa yang berlaku kat che’q na.

sad Pictures, Images and Photos

Che’q na sebenar nya da tak tahan lagi nak duduk rumah, macam-macam umpatan yang che’q na dengar. Kalau orang luar che’q na tak berapa kesah. Tapi ni dari keluarga sendiri. Dalam hati sedih tapi che’q na buat happy jer.

Che’q na sedar, tak semua company, sanggup tanggung risiko ambik orang yang tak ada pengalaman macam che’q na ni. yerla, daripada kena ajar budak baru lebih baik cari orang yang da cukup matang, yang ada pengalaman.betol tak? Kalau che’q na ada company sendiri pun, rasa nya che’q na ambik pekerja yang da ada pengalaman, memudahkan urusan. Tapi sampai bila orang yang tak ada pengalaman nak timba pengalaman.

Sekarang che’q na makin takot dan makin banyak memikir. *cepat nampak tua la muka ni. Kawan-kawan che’q na yang masuk U semua ny da nak habis hujung tahun ni. Che’q na pulak masih macam ni. Pesaingan che’q na bertambah sengit. Dan harapan semakin tipis. apa yang che’q na bole buat lagi. berdoa banyak-banyak, berusaha super extra, istiqamah dan bertawakal kepadaNya.

Nota kaki bucuk : aduhhh.. sakit kepala pikir kan nya.