Monday, February 28, 2011

0

belang.belang.berbelang-belang

Che’q na memang jahil gila bila sebut pasal kecantikan. Sejak sekolah dulu, che’q na tak pernah ada sebarang pencuci muka apatah lagi krim. Dulu zaman che’q na popular dengan fair &lovely, lepas tu ad lorial, SKII, safi, syurah, ponds dan ntahpaper lagi la. tapi che’q na buat tak tau jer. Pernah la teringin nak try, cuba la pakai ponds tu pon pencuci jer. Tapi. Uhmmm… hampeh. seminggu jer rajin, lepas tu malas.

Tu belum citer bab make up, dulu, barang make up pon tak ada. Bila nak keluar rumah, che’q na pakai bedak tabur jer, itu pun kadang-kadang lupa nak pakai. Biar la sang suria panas cam ner pon che’q na buat tak tau jer. Sekarang ni ok sikit la, ada la jugak lipstick, pensil eyeliner, pelembab bibir, bedak Compaq. Tapi lipstik dengan eyeliner tu pon che’q na jarang-jarang pakai. Masa mula-mula beli jer, lepas tu? Heheheee… yang che’q na rajin sikit pakai pelembab bibir. Itu pun kalau terasa terlalu merah@pekat sangat che’q na kesat. Rasa rimas. Anak sedara che’q na lagi advance bila nak compare dengan mak cik dia ni. Teruk.teruk.

Tapi Alhamdulillah, che’q na tak alami la masalah jerawat yang teruk. Setakat ni la. Cuma time ehem.ehem jer la jerawat tu datang. Itu pun dekat hujung dahi yang dekat-dekat dengan anak rambut tu. Yang kat tempat-tempat lain, jarang naik. Kalau ada pun sebutir dua jer.

Tapi yang jadi masalah paling ketara, sejak sekolah dulu, muka che’q ni memang berbelang ~ macam zebra la tu. Kan pakai tudung, nampak la line kat tepi pipi tu. Klakar pun ada. Sebelah putih, sebelah gelap. Ingat kan dah besar tak ada la masalah macam tu lagi. Rupa nya, sama jer. Cuma sekarang kan rajin dduk rumah, mula la surm-suram sikit.

Tapii….. bila semalam anak sedara che’q na datang.
“cu, naper muka ucu tu ha?” yang bongsu tanya.
“Naper lak?” che’q na tanya balik.
“Sini, sini, sampai sini…” abang dia yang sulung dah buat garisan dekat muka sambil pandang che’q na. yang adik dan akak dah dok perhati jer.
“Itam” dia cakap. “lepas tu, dari sini sampai sini..” dia tarik tangan sampai leher. “putih” habis jer, dia dengan adik-adik dia yang berdua, dok bantai gelak dekat che’q na.
Che’q na da tarik sengih. “Ucu korang pegi piknik, tu yang jadi macam tu” mak che’q na pulak menyampuk.
“Best” che’q na angkat ibu jari. “masa tu redup, tak panas, tapi pelik jadi macam ni”
“Macam zebra ~ belang” si kakak dah tergelak.


Adehh, ni semua penangan mandi laut 2 minggu lepas la ni. Seronok sangat piknik sampai Muka che’q na dah berbelang, lepas tu ada line pulak tu. Muka gelap, leher putih. Dah macam tak sanggup nak tengok cermin da. Hehehee… lepas tu kalau dok perhati betol2, ada line cermin mata pulak. Adeh, tepuk dahi che’q na.

Nota kaki bucuk : xle jadi kena pulih kan balik muka, tak mau jadi klon zebra la.

Saturday, February 26, 2011

0

cerita dia ~ tunang

"lagi sebulan aku nak bertunang, tapi aku tak buat apa-apa lagi" dia mengeluh. pandangan dilemparkan di dalam kepekatan malam.

"naper?" ringkas aku bertanya, pandangan ku turut di lemparkan ke arah yang sama. Dia diam. Lama.

"hati aku berbelah bagi la" aku kalih ke kiri, dia masih lagi memandang ke hadapan. perlahan dia mengeluh. macam berat jer masa'alah.

"aku tak boleh lupa kat dia, aku masih sayang lagi dekat dia. susah la nak lupakan"

"kau jangan main-main, kau dah nak tunang" suara ku naik satu oktaf. bukan marah tapi terkejut.

"memang" dia diam lagi.

"tapi aku sayang kan dia"

"ermmmm...." aku diam. memikir.

"kau jangan la hubungi dia, cuba lupakan dia sikit-sikit. memang payah nak lupakan. tapi kau cuba la" aku memberi cadangan.

"kita orang dah tak berhubung lagi sekarang ni" dia jawab. "tapi kan dia macam main-main kan aku la"

"naper?" aku bertanya pelik. sebab aku tau kisah cinta dia orang ni memang unik.

"yer la dulu dia bermati-matian nak pertahankan cinta kita orang. Nak ceraikan bini dia. tapi sekarang dia boleh kata - pegi la bertunang, lupakan aja kisah percintaan kita. sakit jugak hati aku"

"urmmm.... agak nya dia da pikir masak-masak la tu. kesian dengan anak-anak dia kalau bercerai nanti"

"entah la, agak nya la" dia mengeluh. Susah jugak kalau dah tangkap cintan ni.

"abes, apa perasaan kau dekat bakal tunang kau ni?" aku tanya untuk menguji hati dia.

"dah tawar la"

"abes perasaan kau yang menggebu-gebu dulu dah tak ada la?" sebab aku memang kenal dia ni, dulu bukan main lagi sayang nya dekat bakal tunang dia tu.

"tak ada. sekarang ni biasa-biasa jer" dia angkat bahu. rambut yang jatuh di dahi dikuak ke belakang.

aku tarik kaki. bersila. "nak bertunang ada-ada jer kan? dugaan kau la ni"

"ha a la, kau bayangkan la, aku asyik gaduh jer dengan bakal tunang aku tu. tak tau la kenapa. makin dekat ni, ad jer benda tak kena"

"korang jauh. cuba dekat, tak gaduh punya. Macam la aku tak kenal korang ni" 

Dia tarik sengih. "Betul la kau cakap tu tapi memang pelik la, asyik gaduh jer. entah macam mana la nanti"

"tu la, da la kau ikat lama, tahun depan baru langsung. tak takot ker?"

"aku pon takot jugak, macam-macam boleh jadi, dalam masa sepanjang tu" dia senyum sinis. 

Aku mengganguk perlahan. mengiyakan kata-kata dia. Kami berdua tenggelam dalam hayalan. memikirkan masa depan masing-masing.

nota kaki bucuk : macam-macam boleh terjadi. 
tepuk dada tanya selera. :D

Friday, February 25, 2011

0

waktu berlalu


tiga tahun lebih aku buang masa, aku habiskan dengan sia-sia
dalam masa tiga tahun lebih itu, aku tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan.
aku luka kan hati mak bapak aku, 
aku kecewakan harapan mereka.
aku sia-sia kan usia muda aku.

apa yang aku dapat dalam waktu itu? ~kosong.
tak ada ilmu, tak ada kemahiran
tak ada harta, jauh sekali kerjaya.

apa yang aku boleh beri kepada ibu bapa ku? ~ kosong
aku tak mampu nak gembirakan mereka
aku tak mampu nak buat kan mereka bangga dengan aku
aku tak mampu nak beri mereka apa-apa walaupun 10 sen.

apa yang aku buat dalam waktu sebegitu lama?
jangan engkau tanya aku kerana aku sendiri tidak tau.
waktu sentiasa berputar.masa sentiasa berjalan, hari sentiasa berganti, 
bulan sentiasa bergilir dan tahun sentiasa berlalu.

tapi pada aku? setiap hari adalah sama.
setiap hari rutin aku sama tiada beza nya.
aku hidup dalam dunia aku sendiri, aku duduk dalam kehidupan yang aku cipta sendiri.
aku tenggelam dalam bayang-bayang aku sendiri.

maaf kan aku emak,
maaf kan aku ayah,
kau menaruh harapan pada anak mu ini,
tetapi aku, anak mu ini selalu lupa, selalu leka dengan dunia nya sendiri.
maaf kan anak mu ini emak, ayah
aku tau jauh di sudut hati kalian
ingin melihat aku seperti insan lain meniti kejayaan demi kejayaan,
aku nampak di dalam anak mata kalian
ingin melihat aku menjadi insan berguna, insan berjaya


maaf kan aku ayah!
maaf kan aku emak!



2

~mood


 ~sedih ker aku?
~gembira ker aku?
atau sekadar berlakon?
berlakon untuk menutup segala rahsia hati yang tidak dapat diungkapkan

bukan niat mahu merahsiakan
tetapi masih memikir, macam mana nak luahkan.


Thursday, February 17, 2011

0

Batista Operation

Che'q na buat movie marathon aritu disebabkan tahap keboringan yang melampau2. Jadi 
dalam dok boring2 tu, che'q na tengok la drama Japan : Iryu - team medical dragon. 



citer ni memang best. kalau tak silap dah sampai siri ke-3. Setiap siri berbeza cerita. Yang cheq'na paling tertarik pasal siri 1, cerita tentang teknik pembedahan batista. Pembedahan yang paling sukar dilakukan oleh seorang doktor. Lebih sinopsis dekat : SINI

Che'q na ingat, cerita ni sekadar cerita, rupa nya lepas buat kaji selidik ~ cewah rasa student medic lak ehehe, memang wujud la. Rugi dari dulu che'q na tak tengok cerita ni, dulu masa study biologi perit betul nak hafal struktur jantung manusia. Kalau che'q na tengok citer mesti senang. uhuhuh.

The Batista operation is daring, innovative application of one of the basic physiologic tenets of cardiovascular medicine to the treatment of the difficult problem of end-stage heart failure. Sumber : SINI

heart Pictures, Images and Photos


Dari apa yang che'q na tengok dekat youtube dan cerita ni. Doktor buang tempat bermasalah yang menjadi punca jantung gagal berfungsi. Kalau nak tengok video nya ada dekat youtube ~ cut on-beat. waah.. susah nyer. kalau che'q na da berpeluh-peluh gigil da tu.

Tengok cerita ni jer, che'q na pulak terasa macam che'q na ni doktor. walaweii.. perasan sungguh. Mana tak nyer, step by step procedure masuk operation treatment dia tunjukkan. jantung tu dibelah2, dikerat, dijahit, dibius, dicocok, macam2 "di" lagi la. Cerita ni sesuai untuk orang yang baru nak ambik medic atau yang ambik sains atau yang lembab nak ingat struktur jantung macam che'q na dulu. best.best.best.

so, sayangi la jantung anda, jangan merokok ~ ader kena mengena x? hehehee

nota kaki bucuk : rugi nya tak belajar betol2 dulu. isyh.isyh.

 

Wednesday, February 16, 2011

0

Si Merah


Nama : pepatung @ sibur-sibur ~ che'q na ada jugak panggil sibu-sibu, dalam bahasa jawa kinjeng.
Ciri-ciri : mata bersegi besar ~ dulu che'q na panggil mata dia ni macam helmet askar yang macam dalam citer perang2 tu. mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar. Serangga yang paling laju terbang. lebih info : SINI


Nama scientific : Anisoptera ~ ada la bunyi cikit macam ani buat opera. hihiihihi. Nama English nya : dragonfly. Fakta menarik tentang serangga ni, jangka hayat hanya 24 jam sahaja ~ kesian nya, cepat mati.


Dulu masa che'q na kanak-kanak, senang sangat nak tangkap serangga ni. Kat laman rumah tu dah macam pesta. terbang ke sana sini. Macam-macam warna ada, kuning, merah, hijau ~ urmmm.. ada ker? tapi sekarang memang susah nak jumpa, kalau nampak pun sekor dua jer itu pun kira bernasib baik la.

che'q na suka tangkap, kepak dia lutsinar. kadang2 geli juga bila dia menggelupar beserta dengan bunyi. bila da tangkap, petik daun sehelai. letak kat mulut dia, nanti nampak la dia makan daun tu. waaa... seronok ny masa tu.

nak tangkap serangga ni senang jer. bila dia rehat kat dahan, tunggu sampai dia kuncup kan kepak. kalau kepak dia menggembang senang jer dia cabut lari. nanti time tu mesti nampak liuk lintuk badan orang nak tangkap tu. lawak pun ada jugak.

nota kaki bucuk : bila che'q na fikir la kan? sekarang ni susah betul nak nampak serangga terbang cam ni. contoh nya macam kupu-kupu dan pepatung. naper ek?

Wednesday, February 2, 2011

0

~Tips Interview

Bila dapat panggilan interview untuk pertama kali

"Wei, aku dapat panggilan interview la" dengan nada excited

"Yer ker? tahniah" 

Bila dah selalu di panggil interview tapi tak dapat-dapat keja yang sesuai.
"Uhuhu.. dapat panggilan interview" muka redup. kepala tunduk.
"Sabar. pegi jer cuba"

Semua orang yang pegi interview mesti gugup. Tak banyak sikit conform ada, walaupun dah banyak kali pegi. Memang banyak tips-tips interview yang kita boleh dapat kalau taip
"tips-tips interview" kat Google tu. 

Tapi ni che'q na tenguk ada satu tips ni simple je *pada che'q na la.

Practice 
Practice answering interview questions and practice your responses to the typical job interview questions and answers most employers ask. Think of actual examples you can use to describe your skills. Providing evidence of your successes is a great way to promote your candidacy.

Prepare 
Prepare a response so you are ready for the question "What do you know about our company. Know the interviewer's name and use it during the job interview. If you're not sure of the name, call and ask prior to the interview. Try to relate what you know about the company when answering questions.

Watch 

Take a look at my Job Interview Tips Videos, so you'll be sure to dazzle a potential employer and leave the right impression.

Get Ready 
Make sure your interview attire is neat, tidy and appropriate for the type of firm you are interviewing with. Bring a nice portfolio with copies of your resume. Include a pen and paper for note taking.

Be On Time 
Be on time for the interview. On time means five to ten minutes early. If need be, take some time to drive to the office ahead of time so you know exactly where you are going and how long it will take to get there.

Stay Calm 
During the job interview try to relax and stay as calm possible. Take a moment to regroup. Maintain eye contact with the interviewer. Listen to the entire question before you answer and pay attention - you will be embarrassed if you forget the question!


Show What You Know 
Try to relate what you know about the company when answering questions. When discussing your career accomplishments match them to what the company is looking for.

Follow Up 
Always follow-up with a thank you note reiterating your interest in the position. If you interview with multiple people send each one a thank you note.


sources : kat sini

Apa pun, kita mencuba. Dapat atau tidak kerja yang diimpikan tu bergantung kepada
"luck" masing-masing. Manusia hanya merancang tapi Allah yang menentukan.