Friday, December 31, 2010

0

ai ai 2011 tata 2010


2011 Pictures, Images and Photos

Tinggal beberapa jam saja kita akan melangkah ker tahun 2011. Nak@xnak, antara rela @pun tak, antara suka @ sedih. Masa tak akan menunggu. Tak kan la kit nak cakap:

“kejap masa kejap”

“Jangan la masuk tahun baru, banyak lagi benda aku tak siap kan untuk tahun ni” 

“Masa kau hold la dulu setahun lagi”

Tak ad makna nya. week! Kalu la masa tu boleh cakap :

“Tata semua manusia. Aku nak teruskan perjalanan ni. Lantak la kau orang semua. Bila aku ada, kau orang buat tak tau kat aku, bazirkan aku, buat benda tak berfaedah. Bila aku da terlepas korang cakap ~ cepat nya masa berlalu. Sekarang ni padan muka kau orang semua. Kejar la aku kalau korang dapat. Hahahahhaa”

Isyhh.. haru jugak kalau masa tu boleh bercakap. :D. Masa tak akan menunggu. Meraung macam mana pun. Nak tergolek macam mana pun. Lantak p la korang.

Antara sedar tak sedar, masa banyak memakan kita. Contoh nya, dulunya kita masih muda,bertenaga, sihat sekarang usia makin bertambah, tenaga mula hilang sikit demi sikit, kesihatan mula terjejas, sakit sana la sakit sini la. Dulu nya kita suka usik sana sini, berpoya-poya ke sana sini tapi sekarang kita makin matang, makin memikir masa hadapan. Dulu nya kita solo, single and available, aku solo beb! Tapi sekarang I’m engaged, I’m not available, I’m married, I have child. See, masa makan kita. Ngap.ngap.ngap. burrpppp kenyang.

Untuk che’q na tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan pahit dari yang manis nya, yang sedih dari yang gembira nya. Takut nak tinggalkan tahun ni. Sebab manusia tak dapat meramal apa yang akan terjadi tahun depan. Makin kelat ker? makin pahit ker? makin masam ker? atau makin manis, makin berseri, makin bahgia. Kita nantikan aja la drama tahun depan. Penuh suspend, penuh kepuraa-puraan, penuh hasad dengki, penuh aksi, penuh kegembiraan. Jeng.jeng.jeng.

2011 balls Pictures, Images and Photos


Welcome 2011, let’s leave the bad thing in 2010 and bring the happiness , joy and prosperity >> teringat burger McD pulak :D in 2011. Enjoy everyone.

Nota kaki bucuk : azam tahun baru che’q n? urmmm…arrr…eeeee… entah la, nanti la che’q na pikir kat dalam office kecik.   


Tuesday, December 28, 2010

0

hospital dan che'q na

hampir seharian menghabiskan masa di hospital. sakit?
tak la, alhamdulillah setakat ni sihat lagi, tak tau la esok lusa.
che'q na temankan adik kawan buat medical chek up
tetiba jer teringat tawaran yang terpaksa di tolak dulu ~ uhuhu. cedih la.
emo.emo. ~xsyok ar cam ni. buang.buang. 
sepanjang hari di hospital. sedih + syahdu + ngntok + excited + geram + terharu
semua rasa ada. :D ~ macam-macam ado.

che'q na dulu pernah kerja kat hospital tp bukan under gov
tapi kerja kat sub-corn untuk hospital ~ customer services.
10 hari, lepas tu che'q na mintak resign.
tak ada jiwa la kerja kat situ. serononk ker? entah la. 
fobia kot sampai sekarang asyik tolak jer kerja macam tu.
setiap hari rasa sedih. tapi tak tau kenapa?
mungkin situasi kat situ muram. tu yang mempengaruhi emosi.
agak jer la.
muram jer che'q na. nak keja pun tak happy.
nasib baik la offer letter tak sign lagi, kalau tak kena sebulan kerja.
tak sangup tau!

tapi bila sesekali menjegah tempat ni
rasa seronok pulak. bukan seronok tengok orang sakit.
tapi seronok dapat tengok gelagat orang kat situ.
yang paling seronok dapat cuci mata.
menikmati keindahan ciptaan yang maha esa.
rasa tak mau balik. apa keheh? :D

sedih bila tengok orang sakit kat situ.
ditolak ke sana. di tolak ke sini.
di cucuk sana. di cucuk sini. syahdu tau.
terutama nya kanak-kanak dengan baby.

ada seorang akak ni, tak tau la anak dia sakit apa.
tapi dari yang che'q na dengar agak teruk jugak.
che'q na terdengar la, nurse tu cakap
"nanti masuk ward - ambik darah - jumpa pakar"
lebih kurang la cam tu :D. sebab dengar sekali imbas jer. hikhikhik.

yang paling tak best nyer. nurse kat sana garang2 la.
agak nya dah terbiasa dengan ketegasan dan kegarangan.
muka nak ketat nya. 
mana pegi slogan kerajaan. bahasa jiwa bangsa.
mana pegi nya mesra pelanggan.
penat? mungkin la. setiap hari mengadap benda yang sama
melayan kerenah yang sama. 

Doctor, nurse Pictures, Images and Photos

che'q na memang respect dia orang.
mulia kerja kat hospital tu. melayan kerenah patient. jaga. rawat.
sedangkan che'q na sendiri tak sanggup. 

nota kaki bucuk : ad tak kerja admin kat hospital?  :D




0

percaya ker tidak?

rasa percaya dah hilang, ragu-ragu dalam setiap tindakan.
cakap salah tak cakap salah.
semua benda yang di buat rasa ragu-ragu.
"eh, betul ker ni?"
"entah yer entah tidak"

mana tak nya, bila di tanya:
"iya"
"ha a"
"ada"
"betul buat"
keputusan : bukti tak ada. tolak! tak percaya,macam yer tak yer jer.

boleh ker percaya, kalau:
1. setiap benda yang di buat kita tak tau
2. tak ada update apa-apa pun kat kita.
3. suka sangat cakap "tak nak tunjuk2" ~ siapa kita ni kat dia sebenarnya.
4. semua benda yang di buat nak tutup-tutup  seolah2 nak menyorok.
5. bila di tanya~ buat-ada-jangan risau-percaya la ~tu jer jawapan yang popular.


bila cakap macam ni:
"sampai bila. keadaan da semakin tenat.masa da semakin suntuk. barang semakin out of date. nak tunggu 2,3 tahun lagi. macam tu?tak per la kalau macam tu. sanggup jer tunggu. 10,15 tahun lagi pun tak apa"

tapi jawapan yang dapat:
"da ad yang baru ker? da cari pengganti ker?" ~ adoiii! senak tau. orang suruh berfikir. suruh bertindak.
bosan la macam ni.

Kita sedar diri. tak layak nak cakap benda-benda ni semua. Buat malu jer. Diri sendiri pun tak terjaga, diri sendiri pun kelam kabut. nak bagi jalan yang lurus dekat orang pulak. ~ huh! malu la sikit. kalau tak sedar gak, ambik la mirror + flashlight - suluh kat diri sendiri.
Hdup pun masih bergayut dengan orang. hampeh! perasan.

nota kaki bucuk: bersabar la, kalau ada tak kemana

Sunday, December 26, 2010

0

wa respect lu beb!

Cerah betul petang ahad ni, kalau tak asyik dok hujan jer ~ tu la manusia tak pernah bersyukur. Anak sedara che’q na lagi tadi asyik dok ngadap tv jer. Entah citer apa yang best sgt macam kena gam aja bontot nyer tu.. opss… bahasa sopan sikit, punggung.

Hari ni 26hb kan? 1 hari selepas krismas, hari ni adalah majlis perkahwinan kawan sekolah che’q na, nak kata rapat memang tak la, nak kata satu class jauh sangat.
 Cuma kenal gitugitu jer. :D

Majlis dia bukan la nak kata special sangat, grand pon tidak la rasa nya, nak kata weeding of the year jauh sekali, tema dia kaler apa, mekup dia cam ner, dia pakai baju apa, pelamin dia cam ner che’q na pun tak tau~ che’a na tak tau sebab tak pegi :D.

Apa yang special sangat dekat dia ni pon tak tau sebenarnya. Hakikat nyer che’q na bukan la nak citer pasal majlis perkahwinan dia tu, Cuma nak cakap cikit kat sini. Bekas kekasih lama dia sejak dia kt sekolah menengah dulu ialah kawan che’q na. kenal dengan ex dia ni lepas dia orang da clash.Macam mana kitaorang kenal tu “biarlah rahsia” ~ Dato CT, pinjam yer tajuk lagu.

Al kisah nya, dia ni tinggalkan ex dia sebab jumpa lelaki yg lagi perfect, yang ada kerjaya, yang encem cikit dari ex dia, yang putih cikit dari kekasih lama dia ~ hamboi kutuk orang mentang2 la org tu gelap. Ala dengan kata lain, memang dia orang da tak der jodoh. 

Tapi yang che’q na respect giler kambing, ex dia ni boleh pegi meraikan majlis bekas dia ni, walaupun pernah disakiti dulu. Dia boleh tengok orang yang dia pernah sayang dulu, yang pernah dia cintai dulu duduk bersanding dekat atas pelamin dengan orang lain dan BUKAN DIA. Siapa boleh buat? Angkat tangan? che'q na tabik spring la dekat dia.
perfect siap bapak dia datang menjemput. tengok la berapa
rapat nya ex dia dengan family gurl ni.


Tapi jauh di sudut hati dia kita tak tau, mungkin dia kecewa, mungkin dia sedih. Biasa la lelaki kan pandai control perasaan. ~ ahakzz. Bangga la tu.

Pernah tau che’q na tanya dekat ex dia ni, macam mana perasaan dia dengan kawan che’ na ni. Dia senyum jer dan cakap:
“Da anggap dia ni macam kawan, tak lebih dari tu pun. Yang lepas biar la berlalu. Sekarang dia pun dah bahagia dengan kekasih dia tu”

 Rasa nya dia orang putus dengan cara baik. Macam mana che’q na bole tau semua ni kan? Che’q na dengan ex dia ni memang rapat. Rapat sebagai seorang kawan baik. Tak lebih pun. Tapi ramai yang tersalah anggap dengan kita orang. Tak boleh ker perempuan ada kawan baik lelaki?

"selamat pengantin baru" che'q na ucapkan, semoga kawan che'q na ni hidup bahagia dengan suami yang dicintai dan kepada ex dia, diharap dapat jumpa perempuan
yang lagi baik dan lagi baik. Amin!

Nota kaki bucuk : kalau che’q na la, da lama koyakkan kad jemputan tu. Buang karan jer nak pegi ~ emo nya dia ni
0

nak tingkatkan trafix ke blog anda?


Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat Blog GelakJer dan blog LUQMAN ..Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!
p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat

Cara nya begini:
- Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
- Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.

  1. mizz shizu
  2. Myself V3 Me &
  3. Blog Hanz
  4. BiMies’s WoRLd
  5. Farah Shafiqah
  6. Qila Razak
  7. CekLa
  8. Miss Yaty
  9. Magrib Menjelma
  10. Bila Luna Berkata Kata
  11. Putera30 Photographer
  12. Internet Tutorial
  13. [LUQMAN]
  14. GelakJE!
  15. Che'q na

PERATURAN!!!
1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
***So urutannya jadi mcm nie

  1. Myself V3 Me &
  2. Blog Hanz
  3. BiMies’s WoRLd
  4. Farah Shafiqah
  5. Qila Razak
  6. CekLa
  7. Miss Yaty
  8. Magrib Menjelma
  9. Bila Luna Berkata Kata
  10. Putera30 Photographer
  11. Internet Tutorial
  12. [LUQMAN]
  13. GelakJE!
  14. Che'q na
  15. LINK BLOG KORANG KAT SINI

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
Kita sama-sama cuba jaya okk….

SELAMAT MENCUBA!!!

***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

**************************************

lebih kurang macam tu la cara nya. setengah jam depan lappy buat benda ni.
hahahaha.. che'q na blur-blur + konpius :D

Saturday, December 25, 2010

0

laut dan pantai

Ingat lagi tak pasal boat, yang che’q na citer kat entry lepas. Kawan che’q na yang ajak naik boat tu kan tinggal dekat dengan laut. Yang rasa macam klakar nya bila, time cuti umum macam ni dia boleh nak pegi piknik dekat laut jugak.



“esok pg cuti kt ner? Che’q na tanya.
“dekat jer, g batu layar ”
“hehehe.. piknik e? eh, bkn ke laut yg kt depan umah tu dgn laut kt batu layar sama ker? naper tak piknik kat depan uma jer, jimat cikit”
“hahahaaa, memang sama, tapi kt tmpt sendiri tak best”

Macam tu la dia cakap dengan che’q na, macam lawak jerk an? Ingat kan dah biasa dengan laut dah malas nak pegi cuti kat laut jugak, rupanya dia orang ni memang tak boleh di pisahkan dengan laut.



Tak kesah la tu, yang penting dia dapat habiskan masa berkualiti dengan family dia. Syok jugak kalau sesekali mengadap laut lain :D

Nota kaki bucuk: bila la lagi che’q na nak pegi bercuti kt tepi laut ni. Teringin da nak tengok matahari terbenam dengan dengar deruan ombak waktu malam.


0

orang berjangut dan berbaju merah

Che’q na bukan la nak citer pasal sambutan hari krismas @ hari natal, tapi nak citer sikit pasal kisah si budak kecik berdua kat dalam rumah ni.

Waktu tu tengahhari, che’q na dengan dua orang anak sedara tengah mencekik rendang daging sambil tengok tv. Tengah sedap berlumba-lumba suap nasi kat mulut, tiba-tiba anak sedara che’q na yang umur 8 tahun tu tanya:

“ucu, Santa Clause tu wujud ek?”
“tak la, tak wujud”
“yer ker  tak wujud?” dia tanya lagi
“tak la, memang tak pernah wujud”
“habis zaman dulu-dulu tu wujud la ek?”
“tak la, dia tak pernah wujud langsung, tu mitos jer”

Lepas tu akak dia yang umur 10 tahun menyampuk:
“santa clause tu tak ada la kiah” dia terus diam.

Santa Pictures, Images and Photos

Waktu tu kat TV tengah tunjuk seorang lelaki yang berpakaian santa clause, berjangut dan bertopi merah naik kenderaan santa clause terbang terus ke langit.

“abeh tu macam mana dia terbang”
“kan pakai teknik komputer tu” che’q na jawab.
 Lepas tu cepat-cepat che’q na capai remote tukar channel, tengok detective conan lagi bagus dari dia tengok citer yang entahpaper tu.

ader ker dia boleh tanya pasal santa tu

Nota kaki bucuk : budak kecik memang suka menyelidik dan bertanya. Jadi jangan sesekali kelirukan dia yer.

Tuesday, December 21, 2010

0

@che'q na?

boleh tak kalau che'q na nak putus asa untuk hidup
dah tak tahan rasa nya nak tanggung
kadang-kadang happy, kadang-kadang menangis
tapi bila depan orang lain, che'q na senyum jer.
senyum sampai kan orang kata che'q na ni macam xder masaalah

semua orang bermasalah, even baby pun ad masalah gak kan?
kucing pun bermasalah, asyik kena marah dengan orang jer 
sebab selalu sangat mintak makan kat manusia.

ayam, itik, cicak, kambing, lembu semua ad masalah

ini kan pula manusia,
tapi kadang-kadang che'q na gagal nak pujuk diri sendiri
kadang-kadang gagal nak bagi motivasi kat diri sendiri
yang paling parah nya gagal nak kawal diri sendiri dari menyalah kan takdir.

tak tau sampai bila, nak hidup macam ni
rasa dah tak nak buat apa-apa
boleh tak kalau nak bermalas-malasan aja.
semua benda yang dibuat asyik gagal.
gagal.gagal dan gagal
kejayaan xkan datang bergolek selagi kita tak berusaha.
jadi? jangan putus asa berusaha selagi mampu.


*entah paper jer entry ni*

nota kaki bucuk : kenyataan itu memang pahit, tapi kita harus menelannya.