Che’q na memang jahil gila bila sebut pasal kecantikan. Sejak sekolah dulu, che’q na tak pernah ada sebarang pencuci muka apatah lagi krim. Dulu zaman che’q na popular dengan fair &lovely, lepas tu ad lorial, SKII, safi, syurah, ponds dan ntahpaper lagi la. tapi che’q na buat tak tau jer. Pernah la teringin nak try, cuba la pakai ponds tu pon pencuci jer. Tapi. Uhmmm… hampeh. seminggu jer rajin, lepas tu malas.
Tu belum citer bab make up, dulu, barang make up pon tak ada. Bila nak keluar rumah, che’q na pakai bedak tabur jer, itu pun kadang-kadang lupa nak pakai. Biar la sang suria panas cam ner pon che’q na buat tak tau jer. Sekarang ni ok sikit la, ada la jugak lipstick, pensil eyeliner, pelembab bibir, bedak Compaq. Tapi lipstik dengan eyeliner tu pon che’q na jarang-jarang pakai. Masa mula-mula beli jer, lepas tu? Heheheee… yang che’q na rajin sikit pakai pelembab bibir. Itu pun kalau terasa terlalu merah@pekat sangat che’q na kesat. Rasa rimas. Anak sedara che’q na lagi advance bila nak compare dengan mak cik dia ni. Teruk.teruk.
Tapi Alhamdulillah, che’q na tak alami la masalah jerawat yang teruk. Setakat ni la. Cuma time ehem.ehem jer la jerawat tu datang. Itu pun dekat hujung dahi yang dekat-dekat dengan anak rambut tu. Yang kat tempat-tempat lain, jarang naik. Kalau ada pun sebutir dua jer.
Tapi yang jadi masalah paling ketara, sejak sekolah dulu, muka che’q ni memang berbelang ~ macam zebra la tu. Kan pakai tudung, nampak la line kat tepi pipi tu. Klakar pun ada. Sebelah putih, sebelah gelap. Ingat kan dah besar tak ada la masalah macam tu lagi. Rupa nya, sama jer. Cuma sekarang kan rajin dduk rumah, mula la surm-suram sikit.
Tapii….. bila semalam anak sedara che’q na datang.
“cu, naper muka ucu tu ha?” yang bongsu tanya.
“Naper lak?” che’q na tanya balik.
“Sini, sini, sampai sini…” abang dia yang sulung dah buat garisan dekat muka sambil pandang che’q na. yang adik dan akak dah dok perhati jer.
“Itam” dia cakap. “lepas tu, dari sini sampai sini..” dia tarik tangan sampai leher. “putih” habis jer, dia dengan adik-adik dia yang berdua, dok bantai gelak dekat che’q na.
Che’q na da tarik sengih. “Ucu korang pegi piknik, tu yang jadi macam tu” mak che’q na pulak menyampuk.
“Best” che’q na angkat ibu jari. “masa tu redup, tak panas, tapi pelik jadi macam ni”
“Macam zebra ~ belang” si kakak dah tergelak.
Adehh, ni semua penangan mandi laut 2 minggu lepas la ni. Seronok sangat piknik sampai Muka che’q na dah berbelang, lepas tu ada line pulak tu. Muka gelap, leher putih. Dah macam tak sanggup nak tengok cermin da. Hehehee… lepas tu kalau dok perhati betol2, ada line cermin mata pulak. Adeh, tepuk dahi che’q na.
0 comments:
Post a Comment