Friday, February 25, 2011

0

waktu berlalu


tiga tahun lebih aku buang masa, aku habiskan dengan sia-sia
dalam masa tiga tahun lebih itu, aku tak ada apa-apa yang boleh dibanggakan.
aku luka kan hati mak bapak aku, 
aku kecewakan harapan mereka.
aku sia-sia kan usia muda aku.

apa yang aku dapat dalam waktu itu? ~kosong.
tak ada ilmu, tak ada kemahiran
tak ada harta, jauh sekali kerjaya.

apa yang aku boleh beri kepada ibu bapa ku? ~ kosong
aku tak mampu nak gembirakan mereka
aku tak mampu nak buat kan mereka bangga dengan aku
aku tak mampu nak beri mereka apa-apa walaupun 10 sen.

apa yang aku buat dalam waktu sebegitu lama?
jangan engkau tanya aku kerana aku sendiri tidak tau.
waktu sentiasa berputar.masa sentiasa berjalan, hari sentiasa berganti, 
bulan sentiasa bergilir dan tahun sentiasa berlalu.

tapi pada aku? setiap hari adalah sama.
setiap hari rutin aku sama tiada beza nya.
aku hidup dalam dunia aku sendiri, aku duduk dalam kehidupan yang aku cipta sendiri.
aku tenggelam dalam bayang-bayang aku sendiri.

maaf kan aku emak,
maaf kan aku ayah,
kau menaruh harapan pada anak mu ini,
tetapi aku, anak mu ini selalu lupa, selalu leka dengan dunia nya sendiri.
maaf kan anak mu ini emak, ayah
aku tau jauh di sudut hati kalian
ingin melihat aku seperti insan lain meniti kejayaan demi kejayaan,
aku nampak di dalam anak mata kalian
ingin melihat aku menjadi insan berguna, insan berjaya


maaf kan aku ayah!
maaf kan aku emak!



0 comments:

Post a Comment