Wednesday, December 23, 2009

0

interview + round d world

hari ni che'q na penat sangat, kaki lengunh-lenguh.kepala pulak rasa terpusing-pusing sebab tak cukup tido. tiap-tiap malam kalau jam kat enpon tak menjejak nombor 3, che'q na tak boleh nak lelapkan mata.

pagi ni jam lonceng che'q na buat keja awal cikit, seawal 6.00 pgi dia da menjerit. bguih.baguih. tapi mata che'q na liat betul nak bukak. mengantuk sangat. yer la tiap-tiap malam berdating dengan lappy sampai ke pagi. kesian lappy che'q na tiap-tiap hari kena paksa dating.nasib baik dia tak pandai bercakap, kalau tak che'q na da kena marah. lappy jer la yang jadi kawan rapat che'q na sekarang tanpa dia tak dapat la mr WIFI che'q na berfungsi.

balik semula pada citer tadi, che'q na kena bersiap awal sebab apointment untuk interview pukul 8.30.seawal 7.30 pagi abi da antar che'q na ke rumah kawan tu pun lepas kena bebel banyak kali sebab lambat :P. kawan che'q na, cik tom dapat tempat interview yang sama. tension betul che'q na tunggu cik tom.makeup lama sangat. da nak dekat pukul 8 baru ayah cik tom antar. sesat lak tu siap gaduh dalam kereta.che'q na cakap sebelah sana, cik tom cakap sebelah sini. last-last sesat.hahahaha.

sesat-sesat pun, kita orang sampai tepat-tepat 8.30.mangai ramai betul nak interview. che'q tom dapat bilik nombor 1, che'q na dapat bilik nombor 2. che'q na orang paling akhir masuk biik menunggu. bilik menunggu yerk bukan bilik termenung. bilik termenung tu jamban ~ opsss... toilet. tapi group pertama yang diinterview.

alhamdulillah, che'q na dapat bagi yang terbaik untuk interview kali ni. syukur rasa nya. walaupun che'q na tak mengharap sangat kerja ni.tapi puas hati dapat buat yang terbaik. che'q na suka interview kali ni, panel penemuduga sangat-sangat la sporting. che'q na tak rasa gugup langsung. pandai panel penemuduga men psikology.

masa kat sini che'q na jumpa jiran sebelah rumah che'q na. hahaha, tak tau pulak dia dapat. pas tu che'q na jumpa kawan-kawan lama che'q na. turn cik tom lambat, che'q na da keluar dia belum masuk lagi.lama juga tunggu cik tom diinterview, lepas kuar che'q na tengok cik tom sedih jer. ada la tu yang tak kena.pas tu cik tom ajak che'q na pegi bandar JB.

dia kata malas nak balik nanti mak dia soal macam-macam.che'q na apa lagi kalau bab jalan memang on jer la :D. cik tom citer kat che'q na, dia tak dapat jawab sebaik mungkin. nervous. dia tau nak jawab, idea da ada tapi tak le nak cakap.che'q na tau selalu jugak terkena macam tu. sabar jer la cik tom. lagipon calon-calon yang masok sama-sama dengan cik tom tu hebat-hebat, ada pengalaman yang mantap.

puas jugak la berjalan-jalan.window shopping (geram che'q na tengah sales, tapi tak dapat beli), makan prosperity, lepak-lepak (kerja wajib sebab da letih nak berjalan).cik tom la paling kesian sebab pakai high hill, che'q na pakai kasut sarung yang flat jer. tu pun che'q na tetap sakit kaki dan tak selesa sebab nya che'q na biasa pakai selipa jer. ringkas dan cepat.

malam baru sampai rumah, che'q n rasa cik tom da tido ni sebab esok dia kerja. lagipon badan letih berjalan sehari suntuk. tapi mata che'q na tetap takmo lelap wlaupun badan letih, kaki lenguh.


nota kaki bucuk : che'q na gembira dapat kuar gan che'q tom sebab hampir 4 tahun tak hang out berdua dengan dia.

Saturday, December 19, 2009

0

Perang di alam cyber...

memandangkn interview is around d corner.jadi che'q na mula la mencari apa-apa yang patot untuk dibaca sebgai persediaan.disebabkan che'q na ni adalah "orang terlebih rajin" baca newspaper dan tengok berita kat TV, so che'q na mempunyai kecetekan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa yang berlaku kat Malaysia. latest news yang che'q na dengar pasal skuad bola sepak Malaysia menang. IYAHOOOO.. suka betul rakyat malaysia.harharhar.

dalam sebuk-sebuk membersihkan sarang labah-labah didalam otak che'q na ni (maklumlah da lama tak tengok benda-benda berat).che'q na terbukak satu persatu blog-blog perang. kenapa yerk che'q na panggil perang? sebab bila che'q na baca all d entry, che'q na selah-olah berada di dalam situasi yang penuh keganasan dan kezaliman. dipenuhi pertumpahan darah. bunyi bom.tembak-tembak,letupan. kebabababaBOOOOMMMM. ~jangan layan che'q na ni kepala otak tengah bengong.mata che'q na da berpinar-pinar. otak da berat maklumlah guna PENTIUM 2, tu yang lembab tu. lagipun da lama tak format banyak virus. kuikikui....

melalut jer che'q na ni. berbalik kepada isu. memandangkan che'q na mencari isu-isu semasa, maka kena la cari isu semasa pasal POLITIK. isu hangat!. jadi paham-paham jer la maksud che'q na tadi. kalau tak paham buat-buat paham jerk la ek. :D

che'q na takmo comen lebih-lebih pasal POLITIK nie.che'q na ni rakyat kecil yang nak dapat kan kerja untuk menikmati hidup yang lebih baik dan juga untuk bayar hutang yang tertunggak. bia'q pi la dema tu. ampon! den xmasuk campur.

nota kaki bucuk : che'q na tau coment kat FB jer. hahahaha


Thursday, December 17, 2009

0

LAGI : bertemu dan diduga

again. minggu depan ada lagi satu lagi interview yang bakal dihadapi.rasa fobia belum hilang lagi. ni semua pasal KES HARI TU. Tahap kefobiaan tak turun lagi. bertambah-tambah rasa rendah diri ada la.

lepas kes tu, che'q na da jadi takot nak pegi interview. rasa menggigil jerk. dada berdebar-debar. hati rasa malas nak hadapi sesi temuduga. bak kata pepatah "kerana dakwat merah setitik habis satu baldi dianggap darah" ~pepatah tak le pakai :P

tapi surat interview da ada kat tangan che'q na. dalam fobia pun, nak tak nak che'q na kena harung jugak. cuma kali ni, che'q na kena siapkan minda, fizikal dan rohani sebaik mungkin untuk menghadapi sebarang peristiwa yang tidak dijangka.

interviewer ni kita tak tau macam mana. kadang-kadang ada yang garang macam naga.ada yang lembut macam siput.ada yang baik macam panda. so, che'q na kena pandai-pandai kawal situasi. insyaAllah.doa banyak-banyak.semoga segala nya berjalan dengan "smooth"


nota kaki bucuk: interview kali ni nak jadi alim + baik, xmo rock macam selalu. :P


Thursday, December 10, 2009

0

geraammmm!!!

 che'q na pegi interview tadi. lokasi nya kat tengah-tengah bandaraya.tapi yang buat kan che'q na berang dengan 1 of 3 interviewers.

masa sesi interview, dia senyum-senyum sinis kat che'q na. kadang-kadang gelak2 sinis.yang che'q na paling geram sesangat dengan pandangan sinis dia. masa interview tu ada jugak che'q na pandang-pandang dia. cepat-cepat dia tengok kertas. malah yang buat kan che'q na rasa terhina sangat-sangat bila setiap jawapan yang keluar dari mulut che'q na dia buat gelak sinis dan kekadang senyum sinis.

bilik tu sejuk, tapi che'q na rasa panas yang teramat-amat sangat. panas sebab che'q na geram. ikot kan ati che'q na nak keluar jer dari bilik tu. che'q na da tahu apa result interview tu. *failed. tapi memandangkan che'q na nie sudah diajar dengan sopan santun dan tatasusila. che'q na sabar kan aja la.

dia pandang rendah. bila che'q na cakap yang pengalaman kerja che'q na hanya kat kedai biasa. lepas tu che'q na cakap pernah jadi baby-sitter untuk anak buah che'q na. lagi satu dia tau che'q na tak ada transport sendiri. datang interview pun nek bus. eiii... suka ati la! memang betol-betol diduga nie.

tolong la, jangan sesekali hina sesama manusia. che'q na manusia, dia pun manusia. asal kerjadian dari tanah. walaupun dia ada pangkat, ada harta. meninggal masuk tempat yang sama, disoal dengan soalan yang sama. harta dan pangkat kalau Allah nak tarik bila-bila masa saja. anytime.anyware.sekarang ni Allah bayar on d sport. hari ni kau buat esok lusa kena jugak.bukan che'q na nak doakan yang bukan-bukan. tapi ini la keadilan yang sebenar-benar nya. Allah maha adil.

kawan che'q na ada bagi nasihat:

orang ni mcm2 kn..
kalo org sakitkan hati kita hari ni..
besok dia lk akan sakit hati..
wlopun kita tak balas.. xgitu?
sindir lebih kurang menghina la kan?
slalu klo org menghina kita, cpt2 berdoa.
masa 2 doa kita lbh dtrima ALLAH walaupon kita sakit ati


nota kaki bucuk : geram gan interviewer tu, tapi lagi geram dengan diri sendiri. *sight




Wednesday, December 9, 2009

0

temu + duga

esok che'q na ada appointment untuk interview lagi.
bosan, meluat semua ada. memanjang jer che'q na prepare untuk interview.
tapi tetap tak dapat kerja jugak.
tenaga + masa + duit = membazir. 

hati nya macam malas jer nak pegi nie. macam ada something nak terjadi.

nota kaki bucuk : tggu orang masok minang jer la... kuikuikuikui...

Friday, December 4, 2009

0

bila cuti sekolah


Cuti sekolah da start makna nya Rumah da mula start tak terurus. Bersepah. Bila kemas-kemas sepah lagi. maklumlah budak-budak ramai kat rumah. 6 orang anak sedara che’q na bercuti kat rumah nenek nya. Jadi pengantin baru balik la nampka nya mak bapak dia orang tu. suka sangat dia orang ni dapat jumpa sepupu nya. Mula la angkut segala harta karun dia orang tu. semua mainan kat rumah bawak ke sini.

Che’q na seronok sangat ada dia orang ni. ada la kawan yang nak teman kan che’q na, kalau tak sorang-sorang jer la che’q na ni. kadang-kadang che’q na tumpang sekaki main dengan dia orang. Permainan waktu che’q na kecik-kecik dulu macam zero captain lubang tikus, ibu ayam dan musang, ram rempus “pegi mampus” :D, macam-macam lagi la. che’q na asyk menang jer.

Yer la da tua-tua lawan dengan budak kecik yer menang aja. :P. bila dia orang men keta control, che’q na tumpang sekaki, habis semua che’q na langgar, jeling-jeling la jugak tuan punyer keta, macam nak marah tapi tak berani nak marah che’q na maklumlah mak cik nya. Harharhar. Bila dia orag men robot-robot pun che’q na join jugak, ala robot transformer tu, time tu la che’q na sebuk-sebuk nak usik, tukar dari keta ke robot, dari robot ke keta. Bila dia orang keluar kan bakugan-tau kan citer bakugan kat TV3 tu, che’q na pun join sama gak. Hahahahaha. Apa jer la yang dia orang main che’q na tumpang sekaki, tapi kejap jer ilang kan bosan. Tapi satu jer yang che’q na surrender, bila dia orang main kat luar, malas rasa nya nak ikot sama.







Bila dia orang datang, che’q na da mula minat tengok cartoon, selalu nya cartoon tertentu jer yang che’na tengok. Habes, baik-baik dia orang seronok main terus boleh duduk ramai-ramai depan TV,pastu mata tak berkedip-kedip tengok screen TV, jadi nya che’q na teruja la nak tau apa yang dia orang tengok. Cuma 2,3 cartoon jer che’q na tak tengok, citer-citer cartoon tapi pelakon nya manusia, macam “oltromen”, power rangers, ntah apa lg ntah. Che’q na takot nak tengok, sebab nnti che’q na mesti bayang kan benda tu betol-betol keluar dari bawah tanah. Hahahaha….  Ni dari kecik sampai la da besar tak habis pikir lagi.

Waktu nak mandi, mesti kena jerit-jerit dulu. Payah betol nak suruh mandi. Masing-masing liat. Da la main sehari suntuk, badan berpeluh masam. Bila da dalam bilik air lama betol, terpaksa la che’q na ketuk-ketuk pintu banyak kali, bagi tau time limit guna bilik air. Siap jadi tukang kira lagi. nak masuk bilik air ramai-ramai, yang perenpuan sesame perempuan. Lelaki pun sama.

Bila malam dalam pukul 9 lebih, kadang-kadang 10 lebih, dia orang selalu lepak bilik che’q na, baik lelaki @ perempuan, yang perempuan memang sah-sah la lepak kat bilik che’na sebab tidur dengan che’q na. dia orang bergurau, gelak-gelak, usik-usik, kadang-kadang dia orang bercerita dengan che’q na, pasal sekolah, pasal cekgu, pasal kawan-kawan, macam-macam la lagi. che’q na layan kan aja la. suka sangat lepak kat bilik che’q na, apa ntah yang best nya. xder privacy. nak bergayut pun tak senang. :D

Bila da sampai waktu tidur, memang payah nak suruh dia orang tidur. time ni la che’q na jadi pengawal.nak tidur pun masih lagi nak bergurau. Marah che’q na, che’q na tak boleh tidur selagi budak-budak ni tak tidur, karang jadi laen pulak. Jadi nya sambil-sambil tunggu tu, che’q na bukak la internet, tengok ladang kat FB.

Thursday, December 3, 2009

1

cinta. cintun. cinton = mee cintan.. :P




Tetiba lak ari nie che’q na nak citer pasal cinta. Kenapa yerk? Entah la, saja jer. Nak ingat kenangan. Apa definisi cinta yang sebenar? Che’q na malas sebenar nya nak pegi tengok kamus dewanbahasa nie, tapi che’q na percaya la setiap insan di dunia nie ada definisi masing-masing. Semua nya bergantung pada pengalaman cinta masing-masing. *macam tau-tau jer*

Semua orang pernah bercinta kan? Ada ke yang tak pernah? Tu che’q na tak tau la. budak-budak kecik sekarang pun da pandai cakap bab cinta ni, awek-pakwe. Anak-anak sedara che’q na yang sekolah rendah tu pun da pandai. Isyh! Budak-budak zaman sekarang.

Teringat waktu sekolah dulu, che’q na ada crash dengan someone, apa orang kata secret admirer. Masa tu la che’q na baru kenal apa itu cinta. Cinta budak sekolah. Che’q na mula suka kat dia masa form 2. Waktu tu che’q na la insan yang paling rajin pergi sekolah, tak pernah ponteng. Kalau kawan-kawan ajak ponteng che’q na tak nak, sebab seronok dapat jumpa dia.

Kenapa che’q na suka dia ek? Urmm.. mungin dia ni nakal tapi alim, pandai baca doa, mengaji, pas tu jadi imam waktu solat, senyuman dia manis, muka dia macho. :D. sampai la form 5, che’q na still minat kat dia. Dari form 2 sampai form 5 tak pernah satu claz gan dia. Jadi nya, kalau nak tengok muka dia, che’q na selalu la lepak kat koridor claz, jelling-jeling claz sebelah. Cekgu-cekgu panggil “bersidai”. kadang-kadang dia ada jugak bersidai sama. Seronok nya time tu, rasa nak senyum aja. Bila dapat majalah sekolah, first sekali che’q na cari muka dia kat gambar claz. Pas tu mula la che’q na tatap muka dia, sampai tengok dulu baru boleh tidur. Kelakar bila teringat balik.

Masa form 6, che’q na sambung study kat sekolah yang sama. Tak sangka sangat, che’q na satu claz dngan dia. Mungkin rezeki. Tapi che’q na tak ada la rasa teruja sangat tapi Perasaan suka tu masih ada lagi. bila che’q na tau dia ada makwe, budak claz pulak tu, che’q na jadi cemburu. Che’q na nyampah, mula la che’q na pikir macam-macam. *sigh

lama-lama che’q na jadi makin tawar hati, mula la cari jalan cam ner nak benci dia. Tapi memang betol-betol che’q na bole benci dan boleh lupakan dia terus. Waktu tu kami diwajibkan untuk buat persembahan teater untuk MUET. So, memandangkan lelaki tak ramai dalam claz, jadi nya dia orang cabut undi dapat kumpulan mana. Kebetulan dia dapat kumpulan che’q na. che’q na da suka la masa tu. seronok kn 1st time dapat satu group. Tapi yang buat kan che’q na jadi menyampah gila-gila kat dia, bila waktu berbincang da sampai, patot nya dia masuk dalam group dan discuss apa yang patot. Tapi bila che’q na panggil dia lampir kan senyuman tak ikhlas pas tu terus dia tulis-tulis kat buku dia. Yang hangin nya bukan buat apa pun, che’q na tengok dia tengah lukis-lukis. Bukan nya hafal formula economi. Benci nya waktu tu! beberapa hari kemudian, dia orang rombak balik group. tak tau la sebab nya. Dia da tak satu group dengan kami lagi. bagus! Start dari hari tu, che’q na da tak anggap dia special lagi kat hati.

Bila da habes form 6 n dia da masuk U, che’q na pulak da sambung study. Dia totally change, tak macam dulu. Dulu bila terserempak kat mana-mana, tak ada nya nak berborak, nak senyum-senyum. Hampas. Tapi sekarang, bila jumpa dari jauh da senyum. Ada jugak dia tegur-tegur bila teserempak kat kedai@pasar malam. Dia berubah mungkin sebab factor umo, yerla da 20++ mesti la laen, da bercampur dengan pelbagai manusia. Dia pun da berubah, muka bertambah bulat.  Ele, che’q na ni mengata orang pulak, diri sendiri pun sama jugak. kuat makan bertambah bulat. :D. tapi senyuman dia tetap che’q na suka.