Thursday, December 3, 2009

1

cinta. cintun. cinton = mee cintan.. :P




Tetiba lak ari nie che’q na nak citer pasal cinta. Kenapa yerk? Entah la, saja jer. Nak ingat kenangan. Apa definisi cinta yang sebenar? Che’q na malas sebenar nya nak pegi tengok kamus dewanbahasa nie, tapi che’q na percaya la setiap insan di dunia nie ada definisi masing-masing. Semua nya bergantung pada pengalaman cinta masing-masing. *macam tau-tau jer*

Semua orang pernah bercinta kan? Ada ke yang tak pernah? Tu che’q na tak tau la. budak-budak kecik sekarang pun da pandai cakap bab cinta ni, awek-pakwe. Anak-anak sedara che’q na yang sekolah rendah tu pun da pandai. Isyh! Budak-budak zaman sekarang.

Teringat waktu sekolah dulu, che’q na ada crash dengan someone, apa orang kata secret admirer. Masa tu la che’q na baru kenal apa itu cinta. Cinta budak sekolah. Che’q na mula suka kat dia masa form 2. Waktu tu che’q na la insan yang paling rajin pergi sekolah, tak pernah ponteng. Kalau kawan-kawan ajak ponteng che’q na tak nak, sebab seronok dapat jumpa dia.

Kenapa che’q na suka dia ek? Urmm.. mungin dia ni nakal tapi alim, pandai baca doa, mengaji, pas tu jadi imam waktu solat, senyuman dia manis, muka dia macho. :D. sampai la form 5, che’q na still minat kat dia. Dari form 2 sampai form 5 tak pernah satu claz gan dia. Jadi nya, kalau nak tengok muka dia, che’q na selalu la lepak kat koridor claz, jelling-jeling claz sebelah. Cekgu-cekgu panggil “bersidai”. kadang-kadang dia ada jugak bersidai sama. Seronok nya time tu, rasa nak senyum aja. Bila dapat majalah sekolah, first sekali che’q na cari muka dia kat gambar claz. Pas tu mula la che’q na tatap muka dia, sampai tengok dulu baru boleh tidur. Kelakar bila teringat balik.

Masa form 6, che’q na sambung study kat sekolah yang sama. Tak sangka sangat, che’q na satu claz dngan dia. Mungkin rezeki. Tapi che’q na tak ada la rasa teruja sangat tapi Perasaan suka tu masih ada lagi. bila che’q na tau dia ada makwe, budak claz pulak tu, che’q na jadi cemburu. Che’q na nyampah, mula la che’q na pikir macam-macam. *sigh

lama-lama che’q na jadi makin tawar hati, mula la cari jalan cam ner nak benci dia. Tapi memang betol-betol che’q na bole benci dan boleh lupakan dia terus. Waktu tu kami diwajibkan untuk buat persembahan teater untuk MUET. So, memandangkan lelaki tak ramai dalam claz, jadi nya dia orang cabut undi dapat kumpulan mana. Kebetulan dia dapat kumpulan che’q na. che’q na da suka la masa tu. seronok kn 1st time dapat satu group. Tapi yang buat kan che’q na jadi menyampah gila-gila kat dia, bila waktu berbincang da sampai, patot nya dia masuk dalam group dan discuss apa yang patot. Tapi bila che’q na panggil dia lampir kan senyuman tak ikhlas pas tu terus dia tulis-tulis kat buku dia. Yang hangin nya bukan buat apa pun, che’q na tengok dia tengah lukis-lukis. Bukan nya hafal formula economi. Benci nya waktu tu! beberapa hari kemudian, dia orang rombak balik group. tak tau la sebab nya. Dia da tak satu group dengan kami lagi. bagus! Start dari hari tu, che’q na da tak anggap dia special lagi kat hati.

Bila da habes form 6 n dia da masuk U, che’q na pulak da sambung study. Dia totally change, tak macam dulu. Dulu bila terserempak kat mana-mana, tak ada nya nak berborak, nak senyum-senyum. Hampas. Tapi sekarang, bila jumpa dari jauh da senyum. Ada jugak dia tegur-tegur bila teserempak kat kedai@pasar malam. Dia berubah mungkin sebab factor umo, yerla da 20++ mesti la laen, da bercampur dengan pelbagai manusia. Dia pun da berubah, muka bertambah bulat.  Ele, che’q na ni mengata orang pulak, diri sendiri pun sama jugak. kuat makan bertambah bulat. :D. tapi senyuman dia tetap che’q na suka.

1 comments:

syaf said...

seyuman bb x minat ye......

Post a Comment