Sunday, January 31, 2010

0

~Dr Lover~


Dr. Steph (Love sick! X3)from Kyo-pi-chi Pictures, Images and Photos

entah macam mana tetiba lak dalam beberapa ari nie che'q na jadi Dr LOVER + COUNSELLOR  adesyhh.. kerja baru selain menjaga budak. pandai la sangat konon-konon nya tu nak jd Dr LOVER nie.

semua nya gara-gara colleague che'q na la ni. kebetulan BF dia tu pon kawan che'q na. so, che'q na jadi la Dr LOVER + COUNSELLOR = tukang dengar. tapi che'q na dengar dari guy jer la. yang gurl nya tak nak sharing banyak-banyak dengan che'q na. yerla dia ada DR LOVER dia sendiri.=D. Lawak jerk dia orang nie.

entah la che'q na pon bukan nya pandai sgt nak bg nasihat dekat orang nie. tapi kalau takat share dua tiga story. tambah sikit-sikit dengan pengalaman sendiri + pengalaman orang yang che'q na tau. bole la bagi tenang sikit jiwa dia yang kacau bilau tu. huhuhhu...

tapi result dia orang ni masih lagi pending. tak tau lagi sama ada clash @pon continue. sama-sama keras kepala. sama-sama degil. adohaiiiiii..

nota kaki bucuk : che'q na doa kan that guy dapat buat keputusan yang terbaik. chayok!chayok untuk dia. =P


Thursday, January 21, 2010

0

*oh baby*


 #ampon, saya tidak bersalah pak.. =D

che'q na ada keja baru! kat taska. temporary jerk. for 2 months. replace staff yang nak bersalin. tapi kata owner pusat tu lepas 2 months nak diserap. tapi che'q na tak tau lagi tengok cam ner.tak boleh nak cakap sekarang. tunggu lepas 2 months. ni pun tak tau boleh ker tidak jaga budak-busak kat situ.kerja ni pun kawan che'q na yang recommend kan.

tadi che'q na dengan mak pegi kat taska tu. amboi!!! comel-comel budak-budak nyer. ader ker owner tu cakap bole tak che'q na pakai kan pampers budak, takot terbalik. ewaahh! see my leg la. *ceh, ayat berlagak*. kalau bab-bab pampers, bancuh susu, mandikan, bersihkan budak-budak. insyaAllah tak der hal la untuk che'q na.

lepas ni memang jarang-jarang la che'q na balik. tengok keadaan macam mana. boleh la nak tambah duit sikit-sikit untuk buat ***tooootttt.. biar che'q na rahsiakan dulu. sebab benda nie tak confirm lagi. tapi bukan untuk mendirikan masjid. benda tu jauh dari list perancangan. =P

Thursday, January 14, 2010

0

~tak tau~

taktau la apa masalah nya. semua nya takada.
naik bosan menunggu.

setiap saat.
setiap minit.
setiap jam.
setiap hari.
setiap minggu.
setiap bulan.
setiap tahun.
*routine.
tak tau apa yang tak kena.
tak tau apa puncanya.

pasti ada yang tak kena.
mesti mencari penyelesaiannya.
tak kan selama nya.
sabar ajer ler....

Tuesday, January 12, 2010

0

pening

green headache Pictures, Images and Photos
hati kata : pergi la. semua nya da ada.
otak kata : jangan. kesian kat mak. kesian kat cek tom
nafsu kata : jangan, duduk sini lagi seronok. segala-gala nya ada. FREE!!
usia kata : sampai bila kau nak macam ni. kau da besar. pergi jer.
badan kata : nanti kau tak tahan kat sana. takot pulak tak lama. balik lagi lepas tu kena bebel lagi.

aisyhhh!!! susah nya nak buat keputusan. serba serbi tak kena. nak di lepaskan sayang. nak di terima macam-macam kena difikirkan. pusing nya kepala ku.

Saturday, January 9, 2010

0

dia dipaksa?

teringat cerita seorang akak nie. dugaan dia lagi hebat dari entry ORANG KAT BAWAH nie. Biar la che'q na kenalkan dia sebagai kak smiley. orang nyer sederhana nak kata cun sangat pun idak nak kata huduh sangat pon tidak.

kesah bermula bila, kak smiley ditunangkan dengan seseorang. mula-mula tak nak terima tapi lama-lama dia ikhlas sebab kedua-dua family da setuju. tak sampai beberapa bulan bertunang kak smiley dapat tau tunang nya ni curang. ~dalam istilah laen da ada isteri. suprised! yup memang suprised giler.

family dia taktau ker? entah la ek? che'q na pon xtau nak cakap cam ner. sama ada cerita "tuan punya badan" mengelirukan atau che'q na sendiri yang tak paham-paham. :P. 

tp benda tu da lepas, cerita sekarang ni, melibatkan masa depan kak smiley. dalam erti kata laen, sama ada kak smiley nak atau tidak dia kena jugak jadi menantu dalam keluarga tu. tapi kali ni nak dijodoh kan dengan adik lelaki si "tunang" nya tu. si "tunang" nya da selamat la, da ada isteri dan anak.setakat yang che' na tau, dia diberi tempoh sampai jumaat nie. eh! ni da hari sabtu kan? entah macam mana la keputusan kak smiley tu. lupa pulak che'q na nak tanya.

dia ada cakap dengan che'q na, yang dia memang tak nak terima sesiapa pun dari keluarga "tunang" nya tu. pisang tak kan berbuah dua kali. yerla untuk jangka masa panjang kita pun kena pikir jugak. paham-paham sendiri la. :D. lagi satu dia da ada pilihan hati. tapi dalam masa yang sama tu dia tak sampai hati nak kecewa kan perasaan mak dia dan jugak mak "tunang" dia tu. sebab family dia baik. lagi pun duduk satu kampung. mesti la selalu jumpa kan. adesyhh!

kita doa jer la kak smiley dapat buat keputusan yang terbaik. harap-harap la keluarga "tunang" nya tu tak memaksa dia. kenapa la keluarga "tunang" dan emak kak smiley tak dapat nak paham perasaan akak ni. tak boleh ker dia orang tak masuk campur masa depan akak ni. benda yang lepas biar la berlalu. bagi la akak ni peluang nak cari kehidupan sendiri.


Thursday, January 7, 2010

0

~rencah hidup~

hiiii Pictures, Images and Photos


hidup tak habes-habes nak susah kan orang. dari dulu sampai la sekarang. terasa la sangat-sangat tidak berguna.
muram.rendah diri.sensetif.pendiam.mula menjauh kan diri. da sebati dalam diri semenjak 2,3 bulan ini.ketakutan da jadi rencah hidup semenjak mengenal kehidupan.susah nak kembalikan diri seperti yang dulu.
depan oang.tersenyum.ketawa.nampak happy.tapi hakikat nya.bukan la diri ku itu.setiap malam duduk dalam dunia sendiri.berkurung.
da berbulan-bulan duduk terkurung di rumah.boleh dibilang dengan jari.dalam sebulan berapa kali keluar.bukannya ditegah jauh sekali dilarang.tapi diri sendiri yang memilih disebabkan keadaan.
Ya Allah berkan la aku kekuatan dan semoga segala nya berubah. AMIN!
nota kaki bucuk: dan che'q na akan trus tersenyum dan tersenyum menceriakan hidup orang laen.



0

hari yang cerah kini suda hujan

hujan Pictures, Images and Photos


pagi yang tenang dan damai
sejuk nya rasa macam nak tidur lagi :P

tapi tetap tak menenangkan jiwa ini.
kusut.berserabut. ~sigh 





Wednesday, January 6, 2010

0

tidur..


cute cat sleeping Pictures, Images and Photos
Rasa macam nak tidur jer, takmo bangun-bangun, lepas 10@20 akan datang baru nak bangun. tak sanggup rasa nya nak hadapi... ~sigh
Aisyhh!!! che'q na merepek jerk. 

nota kaki bucuk : berdoa semoga adalah hamba Allah yang baik hati sudi membantu. Amin


Monday, January 4, 2010

0

hari pertama persekolahan


03012010- sesi pertama persekolahan di negeri Johor
Tenguk berita kat TV pasal ragam kanak-kanak tahun pertama ~harharhar.comel-comel jer budak-budak nie. Kalau che’q na jadi cekgu untuk murid tahun 1, mesti best. Macam-macam ragam yang boleh ditenguk. Seronok + geram + sadis. ~harharhar.  Teringat lagi masa che’q na tahun pertama. Pakai gaun blue black dengan kemeja putih, kasut putih melepak tapi 2,3 hari da kotor ~harharhar. Stoken panjang. Rambut ikat satu, kadang-kadang ikat dua. Mula-mula pegi sekolah takut-takut. Yerla tengok abang-abang dengan akak-akak yang da besar-besar ~gerun.
Tu semua kesah lama. Tak boleh masuk tahun 1 lagi. kalau masuk balik pun ada ke guru besar nak terima orang yang da tua ni. ~hahahaha. :P.  che’q na sebenar nya teringat kat anak-anak sedara, nak ucapkan “selamat kembali ke sekolah”

  yang kiri : rasyid - darjah 5, kanan didie - UPSR tahun ni

azz-darjah 4

iQa - darjah 4

kiah-darjah 2

iwan - hari ni hari pertama dia sekolah rendah

budak tecik nie dgr kabar nak disekolah kan tadika -tadika tumpang ~hahahaha

nota kaki bucuk : selamat bersekolah yer, anak-anak ku yang tercinta. semoga jadi budak yang cerdik dan pintar, jadi insan berguna, hormat orang tua. Amin.


Sunday, January 3, 2010

0

sangat letih

majlis bacaan yassin berjalan dengan lancar. alhamdulillah. bukan apa pun, tiap-tiap tahun buat benda sama. tapi penat nya memang superb letih la. nasib baik ad adik beradik dengan jiran kanan kiri yang datang tolong. terima kasih kepada semua yang membantu.seronok bergontong royong.

tapi che'q na penat sangat, mak la orang paling penat. 2,3 hari sebelum tu da sebuk. che'q na sebuk-sebuk ayam jer. heehehe. sebuk tolong cikit-cikit. tapi da lepas tu memang betul-betul sebuk la. yerla mana nak mengemas pinggan mangkuk yang da dikeluarkan. nak kemas ruang tamu lagi, pas tu ada la pinggan mangkuk yang kotor kat dapur. paham-paham jer la bila da lepas buat kenduri, walaupun kecik tapi banyak jugak la kerja yang nak kena buat. tak larat nak buat semua. sok-sok sambung lagi.

letih badan, kaki sakit, tangan sakit, bonto*** (opsss.. tidak boleh melucah dicini :P) sakit. semua la sakit. che'q na jarang besenam tu yang kurang stamina. banyak angkat barang-barang berat. next time nak pg gym, angkat besi. ~harharhar


tapi happy sangat, abang long, kak ngah gan abang uda sekeluarga balik. kecoh ruamah gan suara budak-budak. rasa meriah sangat dengan kerenah budak-budak. tapi yang paling syok dapat mengusik si Afiq anak sedara che'q na yang bongsu.Afiq yang baru tumbuh gigi, baru pandai merangkak, dengan mata yang suka dibesarkan. yang suka sangat gengam kulit orang guna lima jari dia (rasa macam kena cubit :D).



nota kaki bucuk : keluarga sentiasa dalam ingatan che'q na walaupun berjahuan. muaaahhh... love my family

Saturday, January 2, 2010

0

01012010


Humble Skatepark January 2010 Competitions Pictures, Images and Photos


tajuk entry da macam bar code number jerk. :P.. hari pertama di bulan pertama dalam tahun 2010. apa yang special sangat hari nie? pada che'q na special ny hari ini adalah jatuh pada hari jumaat bersamaan 15 muharam 1431M.

che'q na jalani hidup hari pertama nie sama macam hari-hari sebelum ni. cuma agak sebuk sikit. kena buat super extra mengemas dan buzy shopping barang-barang dapur sebab 3hb nanti mak nak buat majlis bacaan yassin. tapi aktiviti yang laen macam biasa la. sebuk mengulit lappy atau pun sebuk berkelubung bawah selimut melebarkan tanah jajahan atau pun che'q na sebuk bagi makan cacing-cacing pita kat dalam perut ni.

hidup che'q na happy je hari ni. cumer yang mencacat kan keadaan hari ni adalah mood che'q na. naper ntah hari ni moody semacam. ada kekacauan sistem dalam otak ni. serabut, berpintal-pintal dan berbelit-belit. macam-macam benda yang difikirkan.nanti la kalau agak-agak ada kelapangan cikit che'q na cerita la apa yang berlaku sebenar nya.

Friday, January 1, 2010

0

maal hijrah + happy new year

che'q na nak buat 2 ucapan kat cini:

tak lambat sangat kalau che'q na nak ucapkan selamat menyambut MAAL HIJRAH 1431M. tema tahun ni memantap ukhuwah memperksa ummah.

dan

HAPPY NEW YEAR~WELCOME 2010

semoga tahun ni lebih bermakna. membawa 101 kebahgiaan dan rahmat.