Monday, January 24, 2011

1

~hari pertama

hari pertama yang menyesakkan, aduiiii...
xtau la boleh sekuat mana nanti.
Ya Allah kau tabahkan hatiku.

Saturday, January 22, 2011

0

berat rasa hati

susah nya nak melangkah,
berat rasa hati nak menerima,
tapi walau macam mana pun kena kuat kan semangat,
berdiri tegak menempuh segala halangan, 
ketabahan, keyakinan dan semangat itu penting.

yang paling penting, tiupan kata-kata semangat
menjadi kekuatan dan bekalan untuk diri sendiri.

nota kaki bucuk : che'q na akan berusaha, tenguk dulu apa akan terjadi.

Tuesday, January 18, 2011

0

geram sangat!

kalau ikut kan hati, nak jer che'q na terkam dia, cakar-cakar muka,
siat-siat kulit nya, cungkil biji mata yang bulat tu, 
kalau che'q na ada magic, nak jer tukar dia jadi kereta mewah 
yang tak pakai minyak. jimatcikit. 
xpun tukar jer jadi rumah yang tak payah pakai elektrik.
tapi bila dah kata "kalau" memang tak boleh la.

che'q na geram kat siapa sebenr nya ni?
geram gan someone yang errr.. entah la, nak cakap pun geram la.
kang cakap macam-macam mengumpat pulak.
malas la nak cakap banyak-banyak.

walaupun "si hidung mancung + mata besar bulat" tu tak baca entry che'q na ni tapi che'q na nak cakap jugak. untuk ingat kan diri sendiri

.... dunia ni bulat. kehidupan kita pun bulat macam roda jugak. tak smestinya kita akan duduk mencanak dekat atas tu. ada masa kita akan jatuh, ada masa kita akan kat bawah jugak,berguling atas tanah, kalau yang lebih parah lagi kena timpa tangga, lepas tu rumah pulak  timpa, leps tu gunung pulak timpa~hyperbola nya. 

Jadi kalau dah duduk kat atas tu,pandang-pandang la, kalau tak nak pandang pun, jeling-jeling la orang kat bawah ni, orang yang macam che'q na ni yang masih dekat bawah. jangan mendabik dada, terpacak hidung tinggi melanggit. Sedar sikit, tak ada kuasa selain Allah, yang maha melihat dan maha mendegar dan membalas setiap perbuatan hamba-hambaNya.jangan terlalu bangga sangat dengan apa yang ada, jangan terlalu taksub dengan kasih sayang dan cinta, sebab sekelip mata sahaja Allah bole tarik balik kesemua yang ada.......

nota kaki bucuk : malas la nak cakap banyak, penat.letih. tgok orang yang macam tu

Saturday, January 15, 2011

0

~15012011~

Selamt bertunang semoga kekal bahagia hingga bulan 6 ni
dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

kawan baik che'q na masa kecik merangkap jiran selang 1 rumah
che'q na tak datang sebab tak dijemput secara offically. segan la.

selamat yer Cik Arifah & tuanang nya.

Nota kaki bucuk : menjadi tanda tanya siapa tunang dia ni
0

sengaja cari pasal

che'q na selalu buat macam kat title entry ni ~ segaja cari pasal
kadang-kadang kalau che'q na rasa tension. tertekan. rungsing.
sengaja cari pasal dengan orang lain. tak kira la dengan sesiapa jer
kadang-kadang kucing pun che'q na kacau.
ayam yang bising tu pun che'q na baling dengan selipar.

memang la kalau bertekak dengan orang lain tak pernah nyer menang
tapi sekurang-kurang nyer, kita dapat lepaskan segala perasaan.
walaupun sakit hati tapi puas! 
gaduh nya tak lama, kejap jer.

lepas tu, mula la rasa lega yang teramat sangat.
daripada che'q na buat benda yang bukan-bukan
contoh nya macam kelar lengan sendiri ker? kuar dengan orang yang entah paper ker
atau pun che'q na telan ubat tidur 1 botol.~owhh.. sayang lagi nyawa.

lagipun dengan cara cari pasal dengan orang 
che'q na dapat eratkan lagi hubungan dengan orang tu.
bertambah mesra. cukup garam. cukup gula.
terutama dengan mak. haila! dasyat sungguh
kira nya kalau silap langkah boleh jadi anak durhaka.
tapi cool jer, tak ada la sampai lepas cakap
walau pun hati ni rasa macam nak dicabut2 sebab geram sangat.

nota kaki bucuk: ni kira terapi @ che'q na ni da sakit jiwa? :D
0

heip! bersiap sedia yer che'q na

Baru awal tahun, bulan 1 pun belum habis lagi.
baru masuk minggu errr... ke-2 kot.
tapi senarai jemputan da cukup sampai akhir tahun ni.
adehh.. pokai.pokai.
tapi untuk kawan-kawan, layankan aja la :D

tahun ni penuh, setiap bulan ader jer jemputan.
sama ada nak datang @ tak aja
ikut pada mode. 



da besar rupa nya kawan-kawan che'q n ni.
yang paling special nya, tahun ni ramai kawan-kawan rapat
yang nak langsung.
cepat masa berlalu kan, pas ni dapat anak, pas tu dapat cucu, pas tu dapat cicit.
hahhaaa.. da datang da melalut nya tu.

yeah! mari lah kita menyerbu. 
tak sabar nak makan ni. nyum.nyum.

nanti kalau terlebih rajin che'q na letak gambar weeding diaorang yerk

nota kaki bucuk: perkara pertama datang umah pengantin kena pastikan kasut 
tersimpan ditempat yang selesa dan tidak dilihat ~ nanti hilang, benci tau selalu kena

Tuesday, January 11, 2011

0

hujan ~ best

.....hujan yang turun bagaikan mutiara, bersinar berkilau berkerdipan......
....subur menghijau bumi terbentang dan bayu berpuput lembut......

lalalalaa, nyanyi puak che'q na, sekarang kan musim hujan, 
rasa macam nak bergulung jer kt tilam, tak mau turun katil.
bila sentuh air paip rasa macam kat kutup ~ imiginasi orang takut sejuk.
air jarang dalam botol tak payah masuk dalam freezer ~ sejuk sendiri.
mandi? errr.. eh, mandi la. tapi lepas tu selubung bawah selimut. hahaha
perut pulak. paham2 jer la, lapar semedeng. sikit2 pusing masuk dapur.

bila hujan-hujan, macam ni, kepala otak pun lembab nak berfikir.
termasuk la kain baju pun lembab sekali.
pergerakan pun slow jer. ~ slow motion. sejuk. 
jadi mula la masuk gear memory teringat la pulak time kat kolej dulu.

Raining Pictures, Images and Photos

bila hujan waktu malam dan waktu lebih kurang 11 ke atas.
mesti sorang akan merengek; "main hujan jom"
dan yang lain akan menganguk; " best jgk"
seorang akan dok kat branda, tgok line; "okey, line clear"
dengan happy nyer, semua turun bawah. waaa... syok nyer,
lari-lari dalam hujan. wooww, macam citer hindustan cuma tak ada lagu latar jer.
main buai, gelongsor budak kecik pun kita orang naik. 
naik kuda mainan yang goyang2 tu, main jongkat-jongket.
tapi kena berjaga-jaga mana la tau tgh syok berguling dalam hujan
tetiber gurd lalu, haru jugak. 

sekarang ni nak buat? hampeh. silap2 kena kurung.
"anak aku tak sehat gak nya"
nak lari depan laman rumah ~ nnti orang pelik pulak
"budak mana la yang cacat mental tu" hehehe

nota kaki bucuk : mandi hujan kat bilik air.

Friday, January 7, 2011

0

fobia ker serik?

kalau ikot pada maksud fobia kat web ni, rasa-rasa nya tak termasuk dalam kategori tu.
jenis-jenis fobia yang disenarai kan tu pun,
jauh bebenor dengan sintom yang che'q na hadapi sekarang.

kalau nak dikatakan serik? urmmm.. iyer la kot.
terlalu serik benda-benda macam tu terjadi lagi.
haila, sekarang pun dah tak mau keluar rumah.

alasan?
-segan nanti orang tanya
-tak nak la nanti orang nampak
-eiii, nanti orang tau

sekarang dah jadi burung hantu.
kalau ada paperhal malam jer baru nampak muka.
mak gan bapak che'q na pening kepala kot 
tgok anak dia macam ni.

best per keluar malam,
orang tak nampak, tak perasan.
isyhhh! tapi tak selalu la che'q na keluar, kalau ad hal tertentu jer.

kalau nak cari kerja. mesti che'q na akan pikir
rumah? transport? macam mana nak pergi? 
dulu? uh, bedal jer apply janji ada job.

kalau nk mengeluh dengan nasib sendiri pun tak guna jugak kan?
kalau nak mengadu pun. orang boleh tolong dengar jer.
 bagi kata-kata semangat n pendapat ~ cukup la tu,
tapi dia orang tak paham apa hal yang 
sebenar-benar nya che'q na pikirkan.
tak pandai nak explain la 
sebab tu tak nak aply jadi cekgu, nanti 
anak murid tak paham-paham pulak.
yang menanggung nya tuan badan bukan orang lain.

kalau la che'q na ada kelebihan, kemahiran,
alangkah bertuah nya badan, tak perlu la macam ni.

nota kaki bucuk : dah tua-tua macam ni pun, masih lagi mencari kelebihan diri sendiri. 
apa ek?