Friday, June 17, 2011

0

~happy father day & happy birthday

# 19 june 2011 ~ hari bapa
# 20 june 2011 ~ hari jadi bapak

apa perancangan kita orang nak sambut 2 hari berturut-turut yang penuh bermakna ni?
ummmm... clebarate dengan kek jer la mybe. tunggu akak che'q na balik ujung minggu ni.. kita orang plan baikkk punya. :P

bapak che'q na yang comel, sama comel macam anak nya yang ini.. heheheh


0

~ kita semua : bye.bye. zaman dulu-dulu

dulu kemana sahaja kami berempat. sangat la rapat. walaupun che'q na lagi muda dari dia orang tapi semua tu tak mendatangkan masalah. seronok bila ingat balik zaman dulu-dulu. dok selongkar belkang rumah orang. main pondok-pondok, berjalan ke sana sini, merentas desa. main sukan-sukan. panjat pokok rambutan.

tapi benda tu tak lama bila dia orang mula melangkah ke sekolah menengah. bila da masuk sekolah menegah dia orang kena duduk rumah, belajar mengemas, memasak. tapi time dia orang mula belajar jadi dewasa che'q na still lagi ligat macam biasa. kehkehkeh..

tapi lama-lama che'q na rasa boring. che'q na mula duduk rumah macam dia orang jugak. lagi-lagi la bila che'q na mula masuk sekolah menengah. time tu semua aktiviti tak macam dulu, mula slow. kita orang dah start study sama-sama bergilir-gilir ikut rumah, masak-masak dekat rumah. mula pegi kenduri kendara, majlis yassin.

lepas tu bila dia orang mula nak masuk form 4, dua orang dari kami pindah ke sekolah berasrama. tinggal la che'q na dan seorang  lagi. bila jumpa hanya hujung minggu atau cuti sekolah. kemesraan mula kurang. lepas tu setahun demi setahun, masing-masing mula melangkah ke Universiti, pusat kemahiran dan tingkatan 6.

lepas tu hubungan makin renggang dan kurang mesra bila masing-masing mula membawa diri. sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan study, sibuk dengan urusan sendiri. sampai la salah seorang dari kami mula ambik keputusan untuk bertunang dan seterus nya bernikah. dari situ che'q na baru realize yang kami ni memang dah dewasa dan perlukan seorang sahabat yang boleh menjaga sehingga tua. 

dan baru-baru ini seorang lagi telah menamatkan zaman bujang nya. sedih, sebak dan gembira bila tengok dia bersanding bersama suami nya yang tercinta. dan esok seorang lagi bakal bertunang dan akan bernikah hujung tahun ini. tahinah untuk kamu ~

fuhhh!! rasa tercungap jugak bila fikirkan. dan rasa sesak juga bila masing-masing dah bertanya dan mendesak. sabar la ya, lepas kan dulu orang yang lebih tua. huhuhu. apa pun perasaan ni memang la sangat-sangat sedih. sekarang dah tak sama macam dulu. banyak kenangan che'q na dan mereka.

------------------------------------------------------------

owhh ya, kawan che'q na yang bertunang ari tu 05/06/2011. ~ tahniah!! :D


ni pon kawan merangkap jiran che'q na jugak. sebaya. tapi kita orang kureng rapat sangat.

nota kaki bucuk : owhh.. masa sempat nya kau berjalan, sampai tak sedar masa berlalu macam air. banyak da benda tertinggal dan terlepas yang tak dapat dikejar dan dicapai.