Saturday, October 29, 2011

0

aku rela lepas kan kau pergi

sudah bertahun-tahun kita bersama, melalui suka dan duka, kau sentiasa bersama aku ketika aku susah *walaupun kadang-kadang tak jugak, menerima aku seadanya, terima peragai aku yang kadang-kadang macam angin tornado*walaupun kadang-kadang kau pun nyampah jugak, bergurau, makan-makan bagi besar kan badan, sudi ajak aku keluar jalan-jalan.

 kredit to mak andam punya pelamin

semua itu hanya kenangan, ketika dan saat ini, aku rela lepas kan kau pergi bersama dengan orang yang kau sayang, semoga kau bergembira di hari bahagia mu *cewah cam lirik lagu pulak. mula nya susah nak lepas kan kau pergi, cemburu tengok kau bersama orang lain. tapi aku sedar kau perlukan kebahagiaan. Aku sayang kan kau, aku mahu lihat kau gembira dan bahagia, sebab itu lah aku lepas kan kau pergi untuk hidup bersama dengan orang yang kau sayang SAHABATKU.

amacam. suspend tak? hahahaa..

ketika entry ini di tulis, mungkin dia sudah bergelar isteri orang, dan mungkin sekarang dia sedang duduk tersenyum di atas pelamin. dan che'q na berada di sisi nya untuk melengkapkan tugas terakhir sebagai seorang sahabat. *scheduled publish la wei

dalam sedih terselit kegembiraan, situasi confirm dah tak sama lagi lepas ini. nak keluar bersuka-suki dah terbatas, nak pergi usha mamat-mamat berketak dah tak boleh lagi, nak melepak dah tak sesuai, nak berembun berhujan tengah-tengah malam dah tak proper. nak mengeteh kat kedai owhhh lagi la tak okey. 

"selamat pengantin baru"

nota kaki bucuk : walawei, che'q na nampak pengapit lelaki hensome siot. nak usha la, ok baibai. 

Thursday, October 27, 2011

1

:: Cepat nya

Tinggal beberapa hari lagi 'dia' akan bergelar isteri orang. *eceh che'q na pulak yang mengira. Makin berseri-seri che'q na tengok tadi. Syukur la akhir nya hari yang di tunggu-tunggu hampir tiba. Banyak dah dugaan yang dia perlu tempuhi untuk menunggu saat ini.

Che'q na juga turut bersyukur melihat seorang lagi insan yang di sayangi bakal menjalani satu lagi farsa kehidupan. Ketika hari yang dinantikan hampir tiba, dia mengalami satu lagi dugaan dari ke'nakalan' nya ketika dulu. Harap nya apa yang orang itu kata kan tidak terjadi. Mintak di jauh kan Ya Allah.


Okey, bagi che'q na sampai sekarang masih tidak percaya. Cepat sangat diri membesar. Dari sekecil-kecil manusia hingga la bergelar seorang anak dara. Masih lagi terbayang-bayang satu persatu kenangan masa dulu. Macam baru semalam jer lalui nya padahal umur dah pertegahan 20-an. Huh! tak percaya.tak percaya.


Kadangkala tertanya dekat diri sendiri. kenapa kita perlu lalui satu lagi farsa kehidupan. Memang tak nak percaya, bila tengok yang dulu nya kita kenal sebagai budak tapi sekarang sudah membesar menggantikan tempat kita suatu masa dahulu. Kadang-kadang hampir terlupa yang kita semakin berisi dan membesar. Rasa nya macam baru jer lepas lalui zaman kanak-kanak. huh! tak sedar diri betul. heheee.

Dalam menjalani kehidupan seharian membuat kan kita lupa,  yang tahun demi tahun sudah berganti. yang dulu nya keanak-anakkan kini sudah menjadi femanin. yang dulu nya single kini dah double, yang dulu nya double kini dah triple. 


toleh kiri toleh kanan, semua orang dah bergerak mencari kehidupan masing-masing. punyai tanggunjawab sendiri. punyai tanggunggan dan bebanan sendiri. itu lah nama nya kehidupan. 

nota kaki bucuk : ececeh... berfalsafah la pulak. ni mesti tak dapat makan coklat sebab tu jadi  ting tong ni. :D

 

Wednesday, October 19, 2011

0

#3 wordless wednesday

Tuesday, October 18, 2011

0

seminggu yang dulu

helloo, mornink! dah lama jari jemari tak bersenam atas keyboard. macam dah lama sangat tak bersosial dekat internet ni, tak berFB, tak berblog, tak berchatting, tak baca blog gosip, kerja part time sebagai spy tak bertauliah dah lama tak buat. kehkehkeh. rindu tak dekat che'q na? okey tau da, tak ada siapa pun kesah kalau che'q na  tak ad kan? 

seminggu tinggal kan dunia cyber, terasa macam-macam hal berlaku dekat diri sendiri walaupun hakikat nya tak ada la banyak mana pun hal nya. sekarang tengah berusaha untuk berfikir secara positif dan paksa diri untuk keluar dari dunia sendiri. 

seminggu sebelum ni, dunia che'q na adalah rumah, bilik tidur, laptop dan internet. kotak pemikiran adalah terbatas, sentiasa berfikiran negative dengan diri sendiri.  berfikir negative dengan orang keliling.


yea! che'q na punya impian, punyai keinginan, tapi sampai sekarang segala nya tidak pernah dapat dipenuhi, SEMUA NYA! tapi  sejak melalui satu hari yang penuh bermakna itu. che'q na mula terfikir, apa yang che'q na lalui ini bukan nya seorang diri, orang lain juga mengalami keadaan yang sama. 

dan sangat sangat bersyukur sebab che'q na bukan sorang-sorang nak tempuh semua nya, orang-orang yang menyanyangi che'q na menyokong kuat di belakang.

dan seminggu selepas itu, sedikit demi sedikit, perubahan berlaku. dan kali ini bukan lagi berada di dunia di dalam bilik tidur, depan laptop atau pun internet tapi berada di dunia yang penuh kemanisan, warna warni, dan keceriaan.

nota kaki bucuk : emmm... sedap nya bau coklat.

Thursday, October 6, 2011

0

rindu nya nak ke pantai

rindu rindu rindu rindu sangat-sangat nak melepak kat tepi pantai. rindu nak bau bayu laut, rindu nak dengar hempasan ombak, rindu nak rasa kesejukan angin laut. nak pijak pasir pantai yang lembut, nak tengok hasil seni yang anak-anak ketam buat. nak tengok kulit siput yang berselerak di pasir pantai

Beach Wallpaper Pictures, Images and Photos

kalau di suruh pilih antara laut atau sungai untuk bercuti, che'q na pilih laut. untuk che'q na laut penuh ketenangan dan kedamaian. lagi-lagi kalau matahari nak terbenam atau nak terbit. Owho impian untuk tengok matahari terbenam dan terbit belum kesampaian lagi. mesti seronok kalau dapat tengok dengan mata sendiri. 

rasa lagi rindu nak berpiknik kat tepi laut.buat BBQ, main pasir, main ombak. tapi satu je yang che'q na tak berapa gemar, mandi laut. kalau cecah kaki atau main ombak tu boleh di terima lagi.

rindu nya, rindu sangat-sangat nak lepas dan campakkan segala kekusutan. rindu yang tak terbendung ni. dah lama tak pegi, asyik kena postpond je last-last tak pegi langsung. uhu. hampeh.


nota kaki bucuk : eh! laut ke pantai

Tuesday, October 4, 2011

0

stress wei stress

hari ini sangat-sangat la menjengkelkan dan terasa macam duduk dalam botol nampak dunia luar tapi tak mampu bercakap dengan sesiapa. ouch! saya tidak bisu.



zup.zap.zup.zap siapkan kerja macam biasa. owhyea tambah satu lagi aktiviti baru hari ini. belajar memotong baju kurung pahang dari sifu saya. kerat-kerat. potong-potong. jait-jaii, gunting-gunting. siap! *kembang kuncup kembang kuncup hidung   tapi sifu yang banyak mengejas *kain tu asyik nak lari-lari aja la wei

lepas tu on wifi, masuk blog gosip, masuk fb, buat blogwalking, tutup *guruh berdentum-dentum lepas tu on balik, bukak blog gosip, baca paper on9, buat blogwalking, lepas tu tenguk email, tengok job kosong, peh! pedih jiwa, jiwa kacau. lepas tu tutup. pas tu bukak lagi tengok blog gosip, baca paper, tengok resepi, tengok fb, tengok job kosong, lepas tu tutup. *da berdarah darah da hati ni

ader tak orang yang sampai gila sebab cari job. pernah dengar tak (??) kalau tak nampak gaya nya tak lama lagi wujud la orang seperti itu. only one in d world *speaking pulok da 

tak mau cakap banyak sebab tengah strees + tension. enough titik full-stop

nota kaki bucuk : serabut-serabut. banyak sangat wayar terbelit-belit.    



Saturday, October 1, 2011

0

alahai, salah ker?

Salam sabtu, selamat bekerja untuk mereka yang sedang bekerja. selamat bercuti untuk mereka yang sedang bercuti hari ini. waaa! indah dan permai cuaca hari ini. kalau dalam menyelam sambil ngurat ikan duyung yang badan berketul-ketul syok jugak kan? hahahahaha

 tangan gebu siapa la yang pegang plastik tu. 
da la comel jari-jari nya. hehehe $

Teringat satu cerita lebih kurang dua minggu lepas. waktu tu che'q na ada apointment dekat satu company ni.Kali pertama dalam diary catatan perjalanan seorang pencari kerja bernama che'q na. Tak pernah sepanjang-panjang che'q na pergi interview orang tanya pasal tudung. first time. kalau tanya pasal boyfriend ke? hobby ke? tu biasa aja. 


"Awak memang pakai tudung kan?" che'q na hangguk


"Kalau saya mintak awak bukak tudung, awak nak tak?" che'q na jatuh rahang dengan permintaan interviewer tu. 


" Kenapa, ada masalah ker kalau saya bertudung?" che'q na tanya.


"Don't worry it's ok, just nak tau aja" 


"Tak boleh" laju che'q na geleng. Dia pon hangguk-hangguk aja kepala.


Kalau dari awal lagi dia tak nak orang yang betudung kenapa perlu panggil che'q na untuk interview. Kenapa perlu susah kan orang datang dari jauh, bazir masa, bazir tenaga dan bazir duit. Dah terang lagi bersuluh, dalam resume tu che'q na bertudung. Kalau tak jelas lagi, kalau tak nampak jugak, boleh pakai sportlight bagi jelas biji mata tu.


Daripada pemerhatian che'q na la, rasa nya interviewer tu tak ada niat pun nak mempertikaikan pemakaian che'q na, dia nak ambik kita bekerja suka ati dia la nak tanya soalan macam mana  yer tak? kenapa che'q na cakap macam ni? sebab ada sorang lagi budak yang sama-sama datang dengan che'q na pun bertudung jugak. so. jelas kan?  

tapi yer la kan, first time orang tanya macam tu, che'q na pun rasa pelik la. ada masaalah ke dengan tudung ni, tak kan nak cabut bagi togel nampak rambut yang ikal mayang mengurai ni.. heeeee kang orang lain tak boleh buat kerja nampak rambut che'q na yang cantik tu ~ week perasan.



Lepas interview, bila che'q na melangkah aja keluar dari lobby office dah terdetik dekat hati, che'q na memang tak akan dapat kerja tu. Memang pun, baru 2 hari lepas nampak perkataan "unsuccessful" dekat status che'q na. 


Nota kaki bucuk: lepas ni da tak terperanjat lagi la kalau orang tanya pasal tudung. sebab da ada pengalaman. heeeheee