Thursday, March 31, 2011

0

da ketagih da ni

ketagih? wa! isyh, bukan ketagih benda bukan-bukan la ~ jangan pikir macam-macam ye.
entah la, semenjak dua menjak ni, tak tau la tebiat ni bila start, che'q na suka sangat tengok gambar-gambar orang tunang atau nikah atau sanding. tak tau kenapa, suka la sangat-sangat.

tengok baju nya, solekan nya, posing nya ~ schantik tangat :: gaya budak-budak FB - geli!! niat tak ada pun nak cari idea untuk design baju ke, nak tiru gaya solekan ke.tak ada yer *geleng laju-laju.niat cuma nak tengok jer.

lepas tu suka tengok photographer buat shoot. konon-konon belajar skill untuk shoot photo la, macam mana dia ambik angle, macam mana kretiviti dia orang untuk jadikan gambar tu unik dan schantik tangat ~ eeeyeerkk, geli lagi sekali.

mungkin lepas incident hari tu ~ bukan accident yer INCIDENT buat kan che'q na mula
ketagih untuk tengok gambar-gambar macam tu. masa tu memang macam terdesak sangat, lepas tu rasa macam nak cepat sangat teruskan mungkin disebabkan fakor persekitaran.tapi sekarang che'q na terpaksa terima hakikat la.dah tak mau marah-marah ker majuk-majuk ker.kita kena pasrah dan sedar diri , kita ni perempuan. tak kan nak terhegeh-hegeh pulak.


apa pun che'q na memang da ketagih sangat-sangat.tak sah satu hari tak bukak FB search
gambar nikah, sanding dan tunang kawan-kawan.tak cukup dengan tu pegi search pulak kat google. aduh-aduh.. parah sangat ni.

nota kaki bucuk : tapi kan memang schantik tangat la dia orang tu, berseri-seri


Sunday, March 27, 2011

0

*double tahniah =,)

tahniah! buat kamo berdua, semoga ikatan itu berkekalan ke jinjang pelamin hingga akhir nyawa ~cewah, ayat skema. dua majlis yang sama berbeza hari. dua-dua sahabat dekat che'q na. tak sabar nak tengok kamo berdua naik pelamin. ala, buat jer la majlis sama-sama, naik pelamin sama-sama, sanding sama-sama. jimat sikit. :D

:: eton ~ 26/03/2011 ~

:: lynn ~ 27/03/2011~

tenguk, tarikh sebelah-sebelahkan?majlis yang simple tapi tetap meriah. kenangan yang berbeza di setiap majlis. Apa pun korang memang cantik. che'q na doa kan yang terbaik buat kamo berdua.


dua orang sudah selamat diikat. siapa yang bakal menyusul tidak lama lagi?
tunggu.... lagi dua bulan lebih che'q n buat entry baru. itu pun kalau datang majlis dia dan dapat snap pic dia. kalau tak che'q na rembat dekat FB. huhuhu

nota kaki bucuk : ambik berkat, kot-kot tempias sikit aura dia orang =,)

Saturday, March 26, 2011

2

:: doa 1 ::

Adik-adik semua, sebelum tidur marilah kita berdoa bersama-sama. Cepat angkat tangan. baca bersungguh-sunggu, jangan main-main ye :


Ya Allah, sekiranya rezeki ku di langit engkau turun kan lah ia, sekiranya rezeki ku di bumi engkau keluarkan lah ia, sekiranya rezeki ku jauh engkau dekat kan lah ia, sekira nya rezeki ku dekat engkau permudahkan lah ia. Ya Allah sesungguh nya, engkaulah yang maha pengampun lagi maha mendengar. Amin.

Thursday, March 24, 2011

0

~sejuta tahniah buat mu

"tahniah" sebaris ayat itu hanya mampu di ucap di dalam hati. Dalam pekat malam bersama sedikit sinaran cahaya lampu, aku masih mampu lagi melihat dia tersenyum. Aku gembira bila tengok dia gembira dan aku turut bersedih kalau dia berduka.

"Bila nak mula?" suara ku agakperlahan. sedih.

"15hb ni, lapor diri, tapi tak tau start bila" Abang burger masih lagi sibuk "berperang". Si isteri yang kecik molek masih setia menjadi pembantu.

"Rasa nya bulan 4 la" aku meneka, jari jemari ku sibuk membelek henset. Henset yang sudah 4 tahun setia menemani aku yang kadang-kadang rasa nak campak masuk longkang sebab asyik buat hal aja. Sebenarnya untuk mengurangkan rasa sedih di hati.

"Agak nya la" dia memandang pelanggan yang datang membuat order. Ada juga yang datang untuk masuk ke cyber cafe.

"Harap-harap dapat yang dekat" aku tarik sengih.

"u'uh, harap nya la, jimat sikit, tak ada la aku fikir transport dengan sewa rumah"

"moto ni ada" aku tunjuk moto hitam dia. "kau kan ada lesen. apa lagi merempit la" aku sengih

"tak ada maknanya. bertuah sangat la bapak aku nak bagi guna. ni moto dia"

"ala, keja dulu, nanti kau beli kereta sendiri. viva ker?" aku tunjuk viva merah yang ada di belakang aku.

Dia ketawa "viva bole la, mampu sikit. kalau pesona tu, kurus aku tak makan"

"Alhamdulillah, akhirnya keja tu sampai jugak. lama dah kau tunggu"

"ermm.. agak nya orang-orang kat sana menyampah asyik kena push dengan aku, tu yang cepat sikit buat kerja"

"tak lama lagi majlis kau kan? dah ready belom?" aku menguis sampah di kaki, cuma tenang kan hati.  sikit hari lagi nak tukar status, terasa hampir kehilangan kawan aku yang seorang ni.

"belum lagi, seram la, entah macam mana nanti"

"relex la, banyak-banyak selawat, ni baru yang kecik belum yang besar lagi" dia dah tarik sengih lebar. Aku mula memandang di kejahuan malam.

Akhirnya, apa yang ditunggu muncul juga, rezeki dia. Apa yang diimpikan dapat juga. Dan aku ni bila lagi. Masih ingat lagi kata-kata emak hari tu. Bukan setakat hari itu malah sebelum-sebelum ni pun sama:

"Kau kena kawin cepat la" Aku toleh emak yang sedang menjahit.

"Naper?" aku kerut kening. Pening tiba-tiba saja emak cakap macam tu.

"Yer la, susah sangat nak dapat kerja yang tetap. Mana tau lepas dah kawin rezeki melimpah ruah"

Aku tertunduk diam. Dalam kepala dah bersusun program yang terbengkalai. Program yang satu tu jauh sangat dari list program. Entah bila nak dirialisasikan.

"urmmm, tak juga mak, kawin cepat ke tak, kalau dah belum sampai rezeki nya tak dapat juga" dalam hati; duit.duit.duit.

nota kaki bucuk : che'q na sedih sebenarnya.
4

syahdu tauu

bila dengar emak berdoa panjang di pagi-pagi hari bersama-sama suara yang sebak. terasa macam nak nangis jugak. doa panjang sebuat nama anak nya ini. doa kesejahteraan dan rezeki anak nya yang seorang ini. syahdu sangat. 

Sebenar nya orang yang kaya itu bukan lah orang yang punyai harta ataupun ada duit berepuk dekat bank. semua itu sementara. Orang yang paling kaya adalah mereka yang punyai ibu bapa. duit boleh di cari kan? kan? 

kita kaya dengan doa sebenar nya. selagi mereka sayang dengan kita, selagi mereka hidup. doa sentiasa mengiringi ke mana kita pergi, restu dari mereka itu penting, terutama ibu. keizinan mereka juga penting.

Nota kaki bucuk : pernah mimpi cari mak satu rumah, tapi tak jumpa. tetiba ada suara berbisik "jangan cari mak lagi, mak kau dah tak ada". nangis sampai teresak-esak walaupun dah terjaga dari tidur.
4

~putus cinta

siapa kata putus cinta itu menyeronokkan. memang nak kena hempuk ~ tak ada perasaan. lagi-lagi la orang itu kita sayang sangat bertambah lagi dia cinta pertama kita

syahdu tau, boleh buat kan kita rasa tak nak hidup.rasa nak isolate diri dari kehidupan ~pasrah kalau ada orang nak hantar kat kutup pun. rasa nak tidur 10 - 20 tahun je, tak nak bangun, tak rasa nak makan, tak kisah kalau tak mandi, rasa macam terawang-awangan~ uisyhh, bahaya. begitu hebat nya kuasa cinta itu.tapi kena ingat Allah lagi berkuasa dari segala-galanya.

tapi sintom-sintom tu tak ada la dekat che'q na masa nak putus dulu. che'q na gelak-gelak jer baca message bila dia mintak putus. dia tak cakap terus terang, berkias-kias. jadi pandai-pandai la kita tafsirkan. Lepas 2,3 hari baru lah terasa. rasa sunyi, syahdu, sedih. Masa tu satu hari tak keluar bilik. bengkak mata~nangis. esok bila bangun pagi, sembab jer muka.

nota kaki bucuk : eheee, tu kisah lama, sekarang happy dengan Mr Chubby. kan?kan?


Tuesday, March 22, 2011

2

seminggu yang buzy

Dah lama xupdate blog ni, tak tau nak cerita apa da dekat sini sebab xder benda menarik pun yang nak ditaip. lagipun ader orang baca ker blog che'q na ni? hahahaha.. 

niat asal xder pun nak suruh orang baca, segan. cuma nak cari tempat untuk meluahkan perasaan dan sebagai tempat untuk "TRY AND ERROR". Jadi tak kesah la kalau tak ada viewer dekat sini ~ pssst, sedap kan hati sendiri.

seminggu ni cheq na buzy sangat. buzy menjaga anak sedara. klu nak dikatakan jaga budak tu, macam la che'q na tak pernah buat. pernah jer kan dulu jaga budak masa keja kat taska. tapi budak yang sorang ni memang perit sikit kalau nak jaga nya. 

dia ada sikit aktif ~ xmau duduk diam. tak pernah la nampak dia duduk diam lama sikit.nak bergerak jer, nak memanjat, nak capai itu ini.


budak seorang ni, suka duduk dekat dapur, suka main periuk, kuali, sudip, mangkuk, sudu, tutup periuk dan semua la barang-barang dapur termasuk la lesung batu. nanti satu rumah bising dengar dia  mengetuk.

kalau pintu dapur tu tak di kunci, memanjang ke sana la di tuju nya. itu pun nasib baik atuk dia buat pintu, kalau tak jenuh nak menghalang dia masuk dapur.

bila kita ambil barang yang dia pegang tanpa cakap cam ni "nak, bagi sini, nak" mesti dia akan nangsi berguling2 sambil sengaja lepaskan kepala ke lantai. mesti la dia marah, kalau kita yang dah dewasa ni pun barang kena rampas marah jugak kan?kan? itu pun kadang2 kalau mintak haram nak di bagi nya.

tapi satu jer kelemahan dia ni. takut gelap. kalau nak dengki dia senang jer, tutup lampu 1 rumah, nanti mula la dia diam jer tak gerak ke mana-mana. 

selagi lampu terang, selagi tu la dia akan berjalan, walaupun masa tu dia dah menguap banyak kali dan dah gosok2 mata sebab mengantuk dan dah merengek sebab nak tidur.

alhamdulilah,walaupun dia macam tu, ligat mcm storm, tapi dia sihat. dulu masa baru2 lahir, asyk sakit jer, menitik jugak la air mata bila dia kena tahan kat hospital, masa tu time raya. keisan tengok dia, tapi bila dah membesar macama ni makin sehat, harap nya berkekalan la. AMIN.

 Perkataan yang selalu di sbut "ma", "nak", "abes", "ayaa ~ nama kakak dia alia, tp xreti sebu", "yak", yang lain dia suka cakap sendiri, entah apa yang dia cakap pun kita tak tau, kadang2 bunyi cam jepun, kadang ad siam sikit. hahahhaa.

nota kaki bucuk : semoga dia membesar jadi anak yang soleh. AMIN.