"tahniah" sebaris ayat itu hanya mampu di ucap di dalam hati. Dalam pekat malam bersama sedikit sinaran cahaya lampu, aku masih mampu lagi melihat dia tersenyum. Aku gembira bila tengok dia gembira dan aku turut bersedih kalau dia berduka.
"Bila nak mula?" suara ku agakperlahan. sedih.
"15hb ni, lapor diri, tapi tak tau start bila" Abang burger masih lagi sibuk "berperang". Si isteri yang kecik molek masih setia menjadi pembantu.
"Rasa nya bulan 4 la" aku meneka, jari jemari ku sibuk membelek henset. Henset yang sudah 4 tahun setia menemani aku yang kadang-kadang rasa nak campak masuk longkang sebab asyik buat hal aja. Sebenarnya untuk mengurangkan rasa sedih di hati.
"Agak nya la" dia memandang pelanggan yang datang membuat order. Ada juga yang datang untuk masuk ke cyber cafe.
"Harap-harap dapat yang dekat" aku tarik sengih.
"u'uh, harap nya la, jimat sikit, tak ada la aku fikir transport dengan sewa rumah"
"moto ni ada" aku tunjuk moto hitam dia. "kau kan ada lesen. apa lagi merempit la" aku sengih
"tak ada maknanya. bertuah sangat la bapak aku nak bagi guna. ni moto dia"
"ala, keja dulu, nanti kau beli kereta sendiri. viva ker?" aku tunjuk viva merah yang ada di belakang aku.
Dia ketawa "viva bole la, mampu sikit. kalau pesona tu, kurus aku tak makan"
"Alhamdulillah, akhirnya keja tu sampai jugak. lama dah kau tunggu"
"ermm.. agak nya orang-orang kat sana menyampah asyik kena push dengan aku, tu yang cepat sikit buat kerja"
"tak lama lagi majlis kau kan? dah ready belom?" aku menguis sampah di kaki, cuma tenang kan hati. sikit hari lagi nak tukar status, terasa hampir kehilangan kawan aku yang seorang ni.
"belum lagi, seram la, entah macam mana nanti"
"relex la, banyak-banyak selawat, ni baru yang kecik belum yang besar lagi" dia dah tarik sengih lebar. Aku mula memandang di kejahuan malam.
Akhirnya, apa yang ditunggu muncul juga, rezeki dia. Apa yang diimpikan dapat juga. Dan aku ni bila lagi. Masih ingat lagi kata-kata emak hari tu. Bukan setakat hari itu malah sebelum-sebelum ni pun sama:
"Kau kena kawin cepat la" Aku toleh emak yang sedang menjahit.
"Naper?" aku kerut kening. Pening tiba-tiba saja emak cakap macam tu.
"Yer la, susah sangat nak dapat kerja yang tetap. Mana tau lepas dah kawin rezeki melimpah ruah"
Aku tertunduk diam. Dalam kepala dah bersusun program yang terbengkalai. Program yang satu tu jauh sangat dari list program. Entah bila nak dirialisasikan.
"urmmm, tak juga mak, kawin cepat ke tak, kalau dah belum sampai rezeki nya tak dapat juga" dalam hati; duit.duit.duit.
nota kaki bucuk : che'q na sedih sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment