Saturday, January 9, 2010

0

dia dipaksa?

teringat cerita seorang akak nie. dugaan dia lagi hebat dari entry ORANG KAT BAWAH nie. Biar la che'q na kenalkan dia sebagai kak smiley. orang nyer sederhana nak kata cun sangat pun idak nak kata huduh sangat pon tidak.

kesah bermula bila, kak smiley ditunangkan dengan seseorang. mula-mula tak nak terima tapi lama-lama dia ikhlas sebab kedua-dua family da setuju. tak sampai beberapa bulan bertunang kak smiley dapat tau tunang nya ni curang. ~dalam istilah laen da ada isteri. suprised! yup memang suprised giler.

family dia taktau ker? entah la ek? che'q na pon xtau nak cakap cam ner. sama ada cerita "tuan punya badan" mengelirukan atau che'q na sendiri yang tak paham-paham. :P. 

tp benda tu da lepas, cerita sekarang ni, melibatkan masa depan kak smiley. dalam erti kata laen, sama ada kak smiley nak atau tidak dia kena jugak jadi menantu dalam keluarga tu. tapi kali ni nak dijodoh kan dengan adik lelaki si "tunang" nya tu. si "tunang" nya da selamat la, da ada isteri dan anak.setakat yang che' na tau, dia diberi tempoh sampai jumaat nie. eh! ni da hari sabtu kan? entah macam mana la keputusan kak smiley tu. lupa pulak che'q na nak tanya.

dia ada cakap dengan che'q na, yang dia memang tak nak terima sesiapa pun dari keluarga "tunang" nya tu. pisang tak kan berbuah dua kali. yerla untuk jangka masa panjang kita pun kena pikir jugak. paham-paham sendiri la. :D. lagi satu dia da ada pilihan hati. tapi dalam masa yang sama tu dia tak sampai hati nak kecewa kan perasaan mak dia dan jugak mak "tunang" dia tu. sebab family dia baik. lagi pun duduk satu kampung. mesti la selalu jumpa kan. adesyhh!

kita doa jer la kak smiley dapat buat keputusan yang terbaik. harap-harap la keluarga "tunang" nya tu tak memaksa dia. kenapa la keluarga "tunang" dan emak kak smiley tak dapat nak paham perasaan akak ni. tak boleh ker dia orang tak masuk campur masa depan akak ni. benda yang lepas biar la berlalu. bagi la akak ni peluang nak cari kehidupan sendiri.


0 comments:

Post a Comment