Thursday, December 17, 2009

0

LAGI : bertemu dan diduga

again. minggu depan ada lagi satu lagi interview yang bakal dihadapi.rasa fobia belum hilang lagi. ni semua pasal KES HARI TU. Tahap kefobiaan tak turun lagi. bertambah-tambah rasa rendah diri ada la.

lepas kes tu, che'q na da jadi takot nak pegi interview. rasa menggigil jerk. dada berdebar-debar. hati rasa malas nak hadapi sesi temuduga. bak kata pepatah "kerana dakwat merah setitik habis satu baldi dianggap darah" ~pepatah tak le pakai :P

tapi surat interview da ada kat tangan che'q na. dalam fobia pun, nak tak nak che'q na kena harung jugak. cuma kali ni, che'q na kena siapkan minda, fizikal dan rohani sebaik mungkin untuk menghadapi sebarang peristiwa yang tidak dijangka.

interviewer ni kita tak tau macam mana. kadang-kadang ada yang garang macam naga.ada yang lembut macam siput.ada yang baik macam panda. so, che'q na kena pandai-pandai kawal situasi. insyaAllah.doa banyak-banyak.semoga segala nya berjalan dengan "smooth"


nota kaki bucuk: interview kali ni nak jadi alim + baik, xmo rock macam selalu. :P


0 comments:

Post a Comment