Wednesday, February 16, 2011

0

Si Merah


Nama : pepatung @ sibur-sibur ~ che'q na ada jugak panggil sibu-sibu, dalam bahasa jawa kinjeng.
Ciri-ciri : mata bersegi besar ~ dulu che'q na panggil mata dia ni macam helmet askar yang macam dalam citer perang2 tu. mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar. Serangga yang paling laju terbang. lebih info : SINI


Nama scientific : Anisoptera ~ ada la bunyi cikit macam ani buat opera. hihiihihi. Nama English nya : dragonfly. Fakta menarik tentang serangga ni, jangka hayat hanya 24 jam sahaja ~ kesian nya, cepat mati.


Dulu masa che'q na kanak-kanak, senang sangat nak tangkap serangga ni. Kat laman rumah tu dah macam pesta. terbang ke sana sini. Macam-macam warna ada, kuning, merah, hijau ~ urmmm.. ada ker? tapi sekarang memang susah nak jumpa, kalau nampak pun sekor dua jer itu pun kira bernasib baik la.

che'q na suka tangkap, kepak dia lutsinar. kadang2 geli juga bila dia menggelupar beserta dengan bunyi. bila da tangkap, petik daun sehelai. letak kat mulut dia, nanti nampak la dia makan daun tu. waaa... seronok ny masa tu.

nak tangkap serangga ni senang jer. bila dia rehat kat dahan, tunggu sampai dia kuncup kan kepak. kalau kepak dia menggembang senang jer dia cabut lari. nanti time tu mesti nampak liuk lintuk badan orang nak tangkap tu. lawak pun ada jugak.

nota kaki bucuk : bila che'q na fikir la kan? sekarang ni susah betul nak nampak serangga terbang cam ni. contoh nya macam kupu-kupu dan pepatung. naper ek?

0 comments:

Post a Comment