Sunday, December 26, 2010

0

wa respect lu beb!

Cerah betul petang ahad ni, kalau tak asyik dok hujan jer ~ tu la manusia tak pernah bersyukur. Anak sedara che’q na lagi tadi asyik dok ngadap tv jer. Entah citer apa yang best sgt macam kena gam aja bontot nyer tu.. opss… bahasa sopan sikit, punggung.

Hari ni 26hb kan? 1 hari selepas krismas, hari ni adalah majlis perkahwinan kawan sekolah che’q na, nak kata rapat memang tak la, nak kata satu class jauh sangat.
 Cuma kenal gitugitu jer. :D

Majlis dia bukan la nak kata special sangat, grand pon tidak la rasa nya, nak kata weeding of the year jauh sekali, tema dia kaler apa, mekup dia cam ner, dia pakai baju apa, pelamin dia cam ner che’q na pun tak tau~ che’a na tak tau sebab tak pegi :D.

Apa yang special sangat dekat dia ni pon tak tau sebenarnya. Hakikat nyer che’q na bukan la nak citer pasal majlis perkahwinan dia tu, Cuma nak cakap cikit kat sini. Bekas kekasih lama dia sejak dia kt sekolah menengah dulu ialah kawan che’q na. kenal dengan ex dia ni lepas dia orang da clash.Macam mana kitaorang kenal tu “biarlah rahsia” ~ Dato CT, pinjam yer tajuk lagu.

Al kisah nya, dia ni tinggalkan ex dia sebab jumpa lelaki yg lagi perfect, yang ada kerjaya, yang encem cikit dari ex dia, yang putih cikit dari kekasih lama dia ~ hamboi kutuk orang mentang2 la org tu gelap. Ala dengan kata lain, memang dia orang da tak der jodoh. 

Tapi yang che’q na respect giler kambing, ex dia ni boleh pegi meraikan majlis bekas dia ni, walaupun pernah disakiti dulu. Dia boleh tengok orang yang dia pernah sayang dulu, yang pernah dia cintai dulu duduk bersanding dekat atas pelamin dengan orang lain dan BUKAN DIA. Siapa boleh buat? Angkat tangan? che'q na tabik spring la dekat dia.
perfect siap bapak dia datang menjemput. tengok la berapa
rapat nya ex dia dengan family gurl ni.


Tapi jauh di sudut hati dia kita tak tau, mungkin dia kecewa, mungkin dia sedih. Biasa la lelaki kan pandai control perasaan. ~ ahakzz. Bangga la tu.

Pernah tau che’q na tanya dekat ex dia ni, macam mana perasaan dia dengan kawan che’ na ni. Dia senyum jer dan cakap:
“Da anggap dia ni macam kawan, tak lebih dari tu pun. Yang lepas biar la berlalu. Sekarang dia pun dah bahagia dengan kekasih dia tu”

 Rasa nya dia orang putus dengan cara baik. Macam mana che’q na bole tau semua ni kan? Che’q na dengan ex dia ni memang rapat. Rapat sebagai seorang kawan baik. Tak lebih pun. Tapi ramai yang tersalah anggap dengan kita orang. Tak boleh ker perempuan ada kawan baik lelaki?

"selamat pengantin baru" che'q na ucapkan, semoga kawan che'q na ni hidup bahagia dengan suami yang dicintai dan kepada ex dia, diharap dapat jumpa perempuan
yang lagi baik dan lagi baik. Amin!

Nota kaki bucuk : kalau che’q na la, da lama koyakkan kad jemputan tu. Buang karan jer nak pegi ~ emo nya dia ni

0 comments:

Post a Comment