Thursday, July 28, 2011

0

:: selamat berpuasa

selamat hari lahir che'q na ~ walah, tetiba sahaja. Sebenar nya nak wish selamat berpuasa dekat semua yang singgah @ bakal singgah dekat blog "che'q na's story" ni.

lagi... ummm..mmm.. ada lagi 3 hari kita nak sambut ramadhan al-mubarak. 31 julai 2011 adalah tarikh mengushar (mencerap) anak bulan. InsyaAllah 1 ogos 2011 adalah bersamaan dengan 1 ramadhan 1432H. so kita pose.. yeaaa... ~tak sabar nya nak puasa.


che'q na ader terbaca satu buku ni. dan tertarik dengan quote ni:

"......Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadan tu dah jadi lebih kepada benda budaya. Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadan kat Malaysia..." ~ Hlovate:contengan jalanan

betul. bila kita selami betul-betul ayat tu. che'q na rasa apa yang dinyatakan tu semua betul. Kita tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab nak kejar bazar ramadhan. bukan nya nak kejar pahala buat solat tarawikh. Kita  leka dengan drama-drama yang banyak disiarkan bukan nya nak ambik teladan dan pengajaran melalui cerita tu. bila malam 7 likur kita sibuk pasang pelita, sibuk nak buat persiapan raya dan sibuk nak bershoping. bukan nya kita nak kejar pahala yang banyak untuk 7 malam terakhir tu.

ya! kita terutama nya che'q na leka sebenarnya. banyak dah kita buang peluang yang Allah berikan. semoga ramadhan kali ni che'q na dan anda yang baca entry ni dapat grab sebaik-baik nya peluang ini.

banyak sangat kebaikan di bulan ramadhan :
  • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
  • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
  •  "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

0 comments:

Post a Comment