Saturday, July 16, 2011

1

Jom Join Giveaway: Ziesalikan!! saya nak CANTIK!!

kena tag dengan tuan punya blog sendiri : ziesalikan. contest tutup 18hb. ada lagi 2 hari nak close. so sempat lagi la ni untuk mencuba nasib. sorry la cik zie uittt. lappy buat hal la. kuikuikui.. first time join contest ni.


APAKAH KEBAIKKAN SUSU IBU?

Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental dan berwarna kekuningan dikenali juga sebagai kolostrum mempunyai khasiat yang tinggi. Ia adalah makanan pertama yang sempurna untuk bayi kerana mengandungi proteimn yang tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa dan mengandungi antobiodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. (kebolehan untuk melawan penyakit yang tinggi, yerla baby kan tak ada antobodi yang kuat macam ultraman, jadi susu ibu membantu melindungi baby dari penyakit (serious cikit la che'a na.. kehkehekhe)

susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. 

Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.


Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu. (bijak anak ibu)


Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut.

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan untuk rawatan perubatan kerana bayi yang menyusu ibu jarang sakit.

Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga (boleh manambahkan jumlah penduduk malaysia.. kehkehekheh)

tag-tag : yuccabud, cik farah


1 comments:

ZieSalikan said...

wa...tq eh...hhhhehe

Post a Comment