Friday, February 24, 2012

0

~ benda yang suka tengok

antara banyak-banyak benda yang che'q na suka tengok ialah kad kawin. suka sangat. tak tau bila start che'q na minat tengok benda-benda macam tu.

 
 dekat dalam rumah ni, ada box khas simpan kad kawin. bila balik dari mana-mana atau dah 2,3 hari tinggalkan rumah atau kalau dah boring tahap giga, mesti box tu yang che'q na tuju. belek-belek sampai nek hafal tarikh-tarikh nya. kekadang sampai mak dengan bapak tanya tarikh majlis orang. 

bukan nya apa, kad kawin sekarang kan ada pelbagai bentuk. suka tengok kaler and design. ada yang cantik, ada yang tahap sedang-sedang, ada yang tahap biasa-biasa, ada yang men fotostet aja. ada yang bergambar, ada yang kosong, tengok map nya, tengok designer nya. 


kalau terlampau rajin, che'q na bukak FB search la mana-mana nama yang nak. owh! macam ni penggantin nya, owh dia ni, owh kaler ni tema dia, owh suami/isteri dia macam ni, owh pakwe lama rupanya opss... heee..

dari kad kawin jugak kita boleh tau, owh.. kat sini rumah budak ni, owh, kawan lama waktu sekolah. eh! dia ni kawan waktu sekolah rendah. aik! budak ni dah kawin da. dan macam-macam lagi la situasi. 


best ker? best la jugak. cukup la untuk isi masa lapang. heheee...

ehsan : mr google

nota kaki bucuk : bukan tengok kosong, cari idea nak design kad kawin, kekononnya nak ambik part-time tapi sampai sudah  tak design-design sebab kurang kretip. heeee

0 comments:

Post a Comment