Friday, November 6, 2009

0

geige satit

Gigi che’q na sakit. Da banyak hari da ni tak baik-baik juga. Macam-macam cara da dibuat. Serba tak kena. Perut lapar. Tapi gigi sakit tak syok nak makan. Boleh jadi slim macam ni.

"ha!! sebelah sana bagi luas sikit"

"yes sir!"

"kat sebelah situ, bagi dalam sikit"

"yes bos!"

"tu sebelah sana x cukup lebar lagi, gerudi lagi luas"

"ai! ai! "

"lepas da siap ni, kita bukak jajahan baru kat sebelah sana pulak, lepas tu sebelah situ, lepas tu sebelah sana. kita luaskan jajahan kita"

"baik boss!!! (ramai2 menjawab)"

"hahahahhahaaaaa.... (bos gelak)"

*imaginasi che’q na tentang ulat kat dalam mulut.. wakakakaka.... che’q na da bengong, sila abaikan.

Kenpa gigi che’q na sakit?
Hipotisis yang che’q na buat selepas membuat beberapa kajian terperinci :P. puncanya : hari tu kan che’q na ada mengadu pasal che’q na selalu sakit kepala + pening-pening. Mungkin sakit kepala tu turun ke gigi. Tu yang sakit tu.

my teeths. Pictures, Images and Photos

Tapi fakta yang sebenarnya (adeeeeh malu nak citer), gigi che’q na da rosak, istilah yang paling kacak sekali, gigi che’q na da berlubang kembali. Bekas tampalan dulu da terbukak. Bila sakit-sakit macam ni ada semangat nak pegi cabut, yerla, da tak tahan nak tanggung sakit. Kuikuikui. Bila tak sakit buat derk jer.

Yang sebenor-benor nya, che’q na takot nak jumpa doctor gigi, jangan kata jumpa, nampak klinik pon che’q na boleh pusing kan muka mengadap benda lain. Teruk sampai macam tu sekali. Takot la, tak tau la naper. Dari kecik.

 Dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah, setahun sekali doctor gigi datang check. Dalam masa seminggu tu, che’q na macam xmau datang sekolah, bila turn kena baring atas katil tu, dada che’q na da berdegup 1oo km persaat. Tangan da sejuk, muka da berpeluh.bila doctor istiharkan gigi che’q na ok, senyum tak igat dunia. Suka nya.  Tapi da lama tak jumpa doctor gigi, da lama tak check gigi, tak kan la macam tu lagi kot? Hihihi..

0 comments:

Post a Comment