Tuesday, November 3, 2009

0

kini!


Lately che’q na selalu sakit kepala + pening-pening. Tapi AWAS! Bukan sebab mengandung. :D.. tapi pelik kan, da la sakit kepala lepas tu pening-pening pulak tu. adoi, che’q na pun tak tau la nak explain cam ner sakit nya ni. Selalu jugak kena cuma sejak kebelakangan ni kerap jugak la sakit.

Mungkin sebab banyak benda yang che’q na pikir, terutama nya dugaan yang sedang Allah beri kat che’q na. Allah tengah menguji che’q na, semoga che’q na tabah menghadapi nya. AMIN. Ada hikmat disetiap kejadian yang berlaku

sad Pictures, Images and Photos

Che’q na sekarang jobless so che’q na ada kerja baru, job hunting. :P.. macam mana pulak che’q na boleh jobless? Che’q na habes study dalam keadaan ekonomi yang tengah gawat, masa minyak mahal, beras mahal. Tahun lepas punya kes la ni. Sampai la masuk tahun ni. Semua orang tak nak terima pekerja yang kurang mahir macam che’q na. malahan dia orang tengah berusaha nak kurang kan pekerja. Time tu la, banyak career fair dijalankan. Tapi kebanyakkan nya focus untuk pekerja-pekerja yang kena buang. Memang la untuk fresh graduate dan penggangur bole join sekali. Tapi kebanyakkan nya company nak kan pekerja yang ada pengalaman. So che’q na dalam senarai yang tidak diperlukan.

Pain. Pictures, Images and Photos

Dalam tempoh setahun lebih ni che’q na pernah kerja, tapi sebulan jer, tu pun kat kedai orang, che’q na berhenti sebab ada masalah-masalah tertentu yang tak boleh nak cerita kat orang. Banyak kali che’q na dipanggil untuk interview. Interview sahaja dan tak pernah dipanggil untuk bekerja. Kadang-kadang sampai satu tahap che’q na jadi fobia nak pegi interview, bila ada panggilan masuk che’q na jadi takut nak angkat.

Yerla, buang duit mak bapak che’q na aja. Bukannya dapat kerja takat pergi interview jerk. Bukannya dekat, pernah che’q na pergi kat wilayah iskandar yang tengah dibuat tu. yang sunyi, tak ramai orang, hanya pekerja-pekerja buat bagunan dan beberapa contractor yang bertapak kat citu. lalu jalan merah, jalan yang belum siap, tapi sebenar nya ada jalan yang da siap Cuma kak ngah jer tak tau nak cari. Lepas tu kena pusing-pusing cari tempat nak interview tu, berapa kali sesat. hampir putus asa jugak la, nasib baik mak dengan kak ngah jadi pendorong.tapi akhirnya tak dapat jugak. Tu kawan che’q na yang recoment. Orang cakap la kalau ada orang dalam yang tolong senang nak dapat, tapi? Apa yang berlaku kat che’q na.

sad Pictures, Images and Photos

Che’q na sebenar nya da tak tahan lagi nak duduk rumah, macam-macam umpatan yang che’q na dengar. Kalau orang luar che’q na tak berapa kesah. Tapi ni dari keluarga sendiri. Dalam hati sedih tapi che’q na buat happy jer.

Che’q na sedar, tak semua company, sanggup tanggung risiko ambik orang yang tak ada pengalaman macam che’q na ni. yerla, daripada kena ajar budak baru lebih baik cari orang yang da cukup matang, yang ada pengalaman.betol tak? Kalau che’q na ada company sendiri pun, rasa nya che’q na ambik pekerja yang da ada pengalaman, memudahkan urusan. Tapi sampai bila orang yang tak ada pengalaman nak timba pengalaman.

Sekarang che’q na makin takot dan makin banyak memikir. *cepat nampak tua la muka ni. Kawan-kawan che’q na yang masuk U semua ny da nak habis hujung tahun ni. Che’q na pulak masih macam ni. Pesaingan che’q na bertambah sengit. Dan harapan semakin tipis. apa yang che’q na bole buat lagi. berdoa banyak-banyak, berusaha super extra, istiqamah dan bertawakal kepadaNya.

Nota kaki bucuk : aduhhh.. sakit kepala pikir kan nya.

0 comments:

Post a Comment