Thursday, December 29, 2011

0

saya mahu kurus

Kurus.kurus. siapa yang tak nak kurus. setiap bulan pasang azam nak kurus. tapi kalau dah kaki makan macam che'q na ni, nak kurus apa benda nya. ayam goreng, satay, pizza, cendawan goreng, cheese semua benda yang berminyak dan berkolestrol tinggi di bedal. ke laut la nampak gaya nya azam nak kurus tu..

azam tetap azam, walau pun azam tu ada naik turun nya, kejap semangat nak kurang kan makan tapi bila di hidang makanan-makanan favourite terus lupa diri. tapi semangat nak kecik kan sikit badan tu ada. karang senget pelamin ~ eh! tetiba jer...

sebab terlalu lama duduk dekat rumah akak, sampai bosan sebab tak ada apa benda nak di buat, che'q na godek-godek majalah akak, terjumpa la artikel di majalah mingguan wanita, tapi tak ingat tarikh majalah tu. 


che'q na cedok 2,3 tips jer yang di rasakan menarik

Makan dalam suasana tenang : makin tenang suasana makan, makin mudah untuk meneruskan diet. komen che'q na : cuba bayangkan, kalau kita makan dalam suasana yang kelam kabut. nak kunyah nasi sampai lumat pun tak senang. kalau boleh makan tu nak bagi cepat habis.

Makan secara perlahan : makan secara perlahan sehingga mudah anda menikmati makanan yang di makan. Komen che'q na : kalau makan cepat-cepat mesti cepat kenyang. lepas tu mesti nak makan lagi selang 2,3 jam kemudian. 

Gunakan pinggan kecil : pinggan yang kecil membuatkan makanana yang kita hendak makan nampak penuh dan banyak pada pinggan. komen che'q na : tips yang ni che'q na dah try, memang berkesan. nampak penuh dan bayak, rasa susah nak habiskan.

Memasak : dengan memasak kita dapat mengawal bahan yang kita gunakan di dalam makanan. nota kaki bucuk : bukan saja dapat memantau bahan yang kita perlu campak dalam masakan tapi dapat juga berjimat. kehkeh. penting tu!

Bersihkan kereta :membersihkan kereta terutama di bahagian bonet membantu dalam proses berdiet. keadaan bonet kereta yang tidak terurus dipercayai mencerminkan berat badan anda yang berlebihan dan tidak terurus. komen che'q na: untuk che'q na yang tak ada kereta, che'q na akan tukar aktiviti ni dengan aktiviti membasuh baju. dekat rumah memang tak pakai washing machine automatik, che'q na punya washing machine manual kita kena perah untuk membilas. jadi kat situ kena guna separuh tenaga untuk memerah terutama nya seluar jeans yang berat-berat.

Pilih warna kelam : warna kelam seperti coklat dan krim membuatkan kita puas dan tenang sehingga kita tidak mahu makan lagi. Warna cerah akan merangsang kita untuk makan. komen che'q na : contoh nya kalau kita nampak pizza, menarik jer kaler nya, tak pun cheese kaler putih @ kuning yang bangkit kan selera makan. . tak pun kalau nampak burger yang di taburi sos + mayonis + cheese + sayur2an yang berwarna warni.mesti kita tak henti-henti nak mengunyah  kehkeh itu che'q na sebenar nya.   
    so, mudah jer kan nak berjinak-jinak untuk berdiet. kecantikan itu penting tetapi kesihatan itu utama. apa lagi meh kita pakat-pakat dapatkan pinggang macam semut kerengga. kehkehkeh. 
    nota kaki bucuk : blurpp! alhamdulillah. kenyang sudah. :D

    0 comments:

    Post a Comment