Thursday, November 17, 2011

0

alahai hati

Dapat berita dari someone. suka ker aku? marah ker aku? kecewa ke aku?
entah la, semua rasa bergabung menjadi satu.


tak tau nak gambarkan perasaan ku tika ini.

gembira sebab dia punyai teman setelah sekian lama mencari.

sedih sebab sekarang dia lebih banyak habiskan masa dengan 'orang lain' berbanding dengan aku. 

marah sebab dah tak dapat lagi nak berpoya-poya dengan dia bila waktu free. tak dapat lagi nak pergi tengok wayang. tak dapat lagi nak ajak dia teman pergi interview, tak dapat lagi nak pow dia soh belanja makan, tak dapat lagi nak jalan-jalan pergi rumah dia.

menyampah, eiii yang ni tak masuk list perasaan untuk hari ini.

kecewa? apakejadahnya aku nak kecewa pulak, kalau aku kecewa bermakna aku suka dia. owhhh tidak.tidak..

heip! jangan sesekali kata aku tamak, cuma terasa kehilangan jer

gambar yang dicurik dari FB mr chubby dan di edit semula. kehkehkeh

but the important thing sekarang ni, aku perlukan mr chubby,aku perlukan bahu nya untuk meluahkan keluh kesah ini walaupun dia jauh. aku perlu bercakap dengan dia. tapi dia tak pick up phone. 


okey! tau dia kerja. 


apakah makna mr chubby dalam hidup ku?
~ bila sedih cari dia, bila rungsing cari dia, bila gembira cari dia, bila serabut cari dia,bila nak nangis cari dia, bila nak ketawa cari dia, bila nak melalak cari dia, bila nak buat sesi luahan perasaan cari dia, bila nak marah cari dia, bila nak berpoya-poya cari dia, bila nak duit cari dia.. opssss...


nota kaki bucuk : wah! sudah lama tidak ketemu sama itu mr chubby

0 comments:

Post a Comment