kejam ke aku kerana terlalu mendesak? kejam ke aku kerana terlalu memaksa? kejam ke aku kerana sentiasa mengugut.
sumber : incik google
tapi apa yang terjadi. senyap. sunyi. ibu mana yang tidak risau melihat anak nya terus di biarkan tanpa ikatan, lepas bebas ke mana saja, ibu mana yang tidak bimbangkan anak nya di bawa kehulu-hilir tanpa ada apa-apa ikatan, ibu mana yang tidak runsing bila lihat kawan-kawan 'si kecil' sudah mula membina kehidupan sendiri. ibu mana yang tidak cemas bila usia 'si kecil' telah bertambah tahun demi tahun. ibu mana yang tidak henti-henti memikir nasib 'si kecil' bila umur nya tidak panjang. semestinya semua ibu tentu nya bimbang, sudah bertahu-tahun anak nya berkawan, tapi tiada apa-apa tanda.
ya! aku harus bertindak kejam. kejam membiarkan dia kecewa. membiarkan dia bersedih. biarlah dia kecewa. biarlah dia bersedih. sebab sudah terlalu lama aku memberikan peluang kepada nya untuk bertindak, sudah terlalu lama aku memujuk diri nya untuk membawa keluarga nya berjumpa dengan keluarga ku, aku sudah puas memujuk. aku sudah puas menunggu. aku sudah jemu menanti. tapi akhirnya aku disuruh "bersabar"
aku nekad! aku mahu membuat kan ibu ku tersenyum. aku mahu tunaikan permintaan nya, mungkin permintaan yang terakhir dari nya untuk ku. biarla orang kata aku kejam. orang kata aku perempuan tak mengenang budi, biarlah orang kata aku perempuan busuk hati. aku tidak peduli. terserah apa sahaja orang nak kata.
0 comments:
Post a Comment