Wednesday, November 23, 2011

0

entry strees

Isnin lepas che'q na strees sangat-sangat, rasa nak tarik-tarik rambut. tak cukup dengan tu jerit-jerit sampai sakit-sakit tekak. Peh! stress yang teramat-amat. hati sentiasa berdebar-debar, kepala dah pusing-pusing, tapi masih gagah kan hati kuat kan badan. tangan dah tergawak ke sana sini, sikit-sikit orang kat depan kena tepuk. mata fokus jer kat screen TV. Ceh strees pekebenda nya che'q na ni. itu rupa nya strees gara-gara bola. Malaysia vs Indonesia.

Petang tu dah tau malam nanti ada game, tapi boleh pulak terlupa, pergi teman cik tom makan lepas Maghrib, lepas tu round-round, yang kepelikan nya, malam tu rasa sunyi, tak bising macam selalu, kedai-kedai pun banyak tutup, yang bertambah pelik kedai makan yang berskrin besar jer penuh dengan orang. 




Owhh, paham da, ada game. cepat-cepat balik rumah. dok tercongok depan TV dengan mak, bapak, akak n anak-anak buah. peh! dasyat mak che'q na pun layan jugak game malam tu. Apa lagi, macam satu ritma jeritan, ada jeritan kecik, ada jeritan besar. ikut saiz bdan kata kan. citer-citer lain dah tak tengok da, jangan kata tengok, nak tukar channel pun awal-awal lagi dah kena warning. 

tahniah skuad harimau!


nota kaki bucuk : harmoni betul malam tu, tak ada gaduh-gaduh rebut channel kehkehkeh

0 comments:

Post a Comment