Tuesday, October 18, 2011

0

seminggu yang dulu

helloo, mornink! dah lama jari jemari tak bersenam atas keyboard. macam dah lama sangat tak bersosial dekat internet ni, tak berFB, tak berblog, tak berchatting, tak baca blog gosip, kerja part time sebagai spy tak bertauliah dah lama tak buat. kehkehkeh. rindu tak dekat che'q na? okey tau da, tak ada siapa pun kesah kalau che'q na  tak ad kan? 

seminggu tinggal kan dunia cyber, terasa macam-macam hal berlaku dekat diri sendiri walaupun hakikat nya tak ada la banyak mana pun hal nya. sekarang tengah berusaha untuk berfikir secara positif dan paksa diri untuk keluar dari dunia sendiri. 

seminggu sebelum ni, dunia che'q na adalah rumah, bilik tidur, laptop dan internet. kotak pemikiran adalah terbatas, sentiasa berfikiran negative dengan diri sendiri.  berfikir negative dengan orang keliling.


yea! che'q na punya impian, punyai keinginan, tapi sampai sekarang segala nya tidak pernah dapat dipenuhi, SEMUA NYA! tapi  sejak melalui satu hari yang penuh bermakna itu. che'q na mula terfikir, apa yang che'q na lalui ini bukan nya seorang diri, orang lain juga mengalami keadaan yang sama. 

dan sangat sangat bersyukur sebab che'q na bukan sorang-sorang nak tempuh semua nya, orang-orang yang menyanyangi che'q na menyokong kuat di belakang.

dan seminggu selepas itu, sedikit demi sedikit, perubahan berlaku. dan kali ini bukan lagi berada di dunia di dalam bilik tidur, depan laptop atau pun internet tapi berada di dunia yang penuh kemanisan, warna warni, dan keceriaan.

nota kaki bucuk : emmm... sedap nya bau coklat.

0 comments:

Post a Comment