Saturday, October 29, 2011

0

aku rela lepas kan kau pergi

sudah bertahun-tahun kita bersama, melalui suka dan duka, kau sentiasa bersama aku ketika aku susah *walaupun kadang-kadang tak jugak, menerima aku seadanya, terima peragai aku yang kadang-kadang macam angin tornado*walaupun kadang-kadang kau pun nyampah jugak, bergurau, makan-makan bagi besar kan badan, sudi ajak aku keluar jalan-jalan.

 kredit to mak andam punya pelamin

semua itu hanya kenangan, ketika dan saat ini, aku rela lepas kan kau pergi bersama dengan orang yang kau sayang, semoga kau bergembira di hari bahagia mu *cewah cam lirik lagu pulak. mula nya susah nak lepas kan kau pergi, cemburu tengok kau bersama orang lain. tapi aku sedar kau perlukan kebahagiaan. Aku sayang kan kau, aku mahu lihat kau gembira dan bahagia, sebab itu lah aku lepas kan kau pergi untuk hidup bersama dengan orang yang kau sayang SAHABATKU.

amacam. suspend tak? hahahaa..

ketika entry ini di tulis, mungkin dia sudah bergelar isteri orang, dan mungkin sekarang dia sedang duduk tersenyum di atas pelamin. dan che'q na berada di sisi nya untuk melengkapkan tugas terakhir sebagai seorang sahabat. *scheduled publish la wei

dalam sedih terselit kegembiraan, situasi confirm dah tak sama lagi lepas ini. nak keluar bersuka-suki dah terbatas, nak pergi usha mamat-mamat berketak dah tak boleh lagi, nak melepak dah tak sesuai, nak berembun berhujan tengah-tengah malam dah tak proper. nak mengeteh kat kedai owhhh lagi la tak okey. 

"selamat pengantin baru"

nota kaki bucuk : walawei, che'q na nampak pengapit lelaki hensome siot. nak usha la, ok baibai. 

0 comments:

Post a Comment