Thursday, December 29, 2011

0

orang baru

dah lama dalam keluarga che'q na tak terima kedatangan orang baru. yea! suka-suka bila 14/12/2011 ari tu kak long che'q na selamat melahirkan seorang baby boy. dan kini bertambah la seorang cucu mak dengan bapak menjadikan ke angka 9. 

semua orang cakap, dagu baby ni sama dengan che'q na. memang pun! sebijik. mata dia sepet macam abang-abang dengan akak dia. dan hidung pulak sama macam mak dia. jari jemari dia panjang-panjang dan runcing sama macam abang dan ayah dia. Mak dia cakap:

"curi sini sikit, curi sana sikit. melekat dekat baby ni"


yang tak boleh tahan, semua barang kelengkapan dia kaler pink sebab mak dia ingat baby tu perempuan, sekali yang keluar lelaki. tapi kalau dah nama baby, tak kira la lelaki ke perempuan ke, pakai apa pun mesti nampak comel.

tapi yang paling klakar nya, abang dengan kakak baby ni boleh tak percaya yang mak dia dah bersalin dan dia orang dapat adik lagi, boleh terpinga-pinga bila mak dia balik dengan perut yang tak boyot dan mak ngah dia tengah pegang seorang baby. punya la slow nak adapt. ambik masa juga dalam 2,3 hari. 


mak bapak baby ni tak tau nak bagi nama apa, lepas borak-borak, gelak-gelak, sakat menyakat. akhirnya pakat-pakat nak namakan baby ni "RAYYAN". dan bermula la macam-macam gelaran, baby rayyan, ayyan, yan, ray, uhuhu, lantak kome la. 


meh layan beberapa keping gambar yang sempat che'q na snap.


masa sibuk-sibuk cari nama

pic yang che'q na paling suka.



setakat ni baby rayyan tak banyak kerenah dan ragam. agak baik jugak la. rindu pulak dengan dia lepas mak dia balik seminggu lepas. huhuhuh... untuk kawan-kawan che'q na yang telah selamat melahirkan, tahniah! semoga menjadi ibu yang baik dan yang bakal-bakal tunggu masa, che'q na doa kan segala nya dipermudahkan. Amin!

nota kaki bucuk : duit raya tahun depan kena extra lebih sikit, sebab anak sedara dah bertambah lagi sorang. hohoho







0 comments:

Post a Comment