Thursday, September 8, 2011

0

mudah nya berkata-kata

mudah nya orang berkata-kata, semudah mencantumkan bibir atas dan bibir bawah. tapi mereka ni faham ke apa yang terjadi sebenarnya.

luaran memang nampak senang, muka happy tersengih lebar, gelak kuat-kuat macam tak ada masalah, makan banyak-banyak macam tak risau paper, meronggeng ke sana sini macam banyak duit. tapi sedar tak mereka, apa yang ada di sebalik sekeping jasad ni ~ amboi sekeping macam la kau kurus sangat.


heip! nak berjiwang jap ~ mereka sedar tak, diri ini seolah-oleh berjalan di dalam gelap, terkapai-kapai bernafas di dalam ruang atmosfera yang dirasakan sempit. mereka sedar tak sepanjang masa itu, diri ini mencari sedikit sinar di penghujung jalan dan mengharapkan udara yang segar masuk ke ruang esophagus ini, mengharapkan keceriaan kembali.

mereka sedar tak, usaha sudah dilakukan, doa sudah dipohon pada yang ilahi, iktiar sudah habis daya di buat, hanya tawakal sahaja sekarang ini. jatuh, bangun, tergolek, terlentang, meniarap, berguling semua dah rasa. kalau cerita bab kecewa, terguris, terhiris, tercalar semua dah sebati.

" Kenapa kau sensetif sekarang ni"

"Kenapa kau nak cepat terasa sekarang ni"


"Kenapa emo ni"


"Kenapa aku cakap sikit kau mudah melenting"


"Kenapa kau senyap tanpa berita sekarang ni"


"Kenapa kau asyik duduk terperuk kat rumah sekarang"


"Kenapa dah tak nak keluar merempit macam dulu"


"Kenapa kau selalu tersalah tafsir apa yang aku cakap sekarang ni"


"Kenapa kau terlebih comel sekarang" ~ erkkk, bukan comel ke sejak dulu

Apa jawapan yang 'terbaek' boleh diberi? Skema jawapan macam mana yang perlu diikut. satu je jawapan nya......... tapi yang pasti nya hanya aku, dia & mereka yang tertentu sahaja tau.

Boleh tak korang jangan campur urusan hidup ku. Boleh tak korang jangan porak perandakan hubungan persaudaraan kami. Boleh tak korang jangan buat aku gila bila asyik tanya soalan yang sama yang aku sendiri tak tau nak jawap macam mana. Boleh tolong tak jangan kuar ayat-ayat pedih yang aku hanya mampu jawap dengan linangan air mata. Boleh tak korang jangan bagi soalan panas yang boleh buatkan aku rasa bahang, boleh tak korang jangan bagi soalan cepu emas yang aku tak tau nak jawap bila semua itu akan berlaku kepada ku.


Boleh tak korang diam! dan tolong jangan jaga tepi kain orang lain. biar la koyak ke, buruk ke, kotor ke, as long as dia tak gangu korang cukup la. Hello! kalau nak ambik tau biar berpada-pada okeeey. ~ribina, claz kau jah..eh tetiba je


nota kaki bucuk : makin kita guna perkataan 'jangan' makin tu la dia orang buat, jadi cekgu kaunselor kat sekolah cakap better pakai perkataan 'sila' confirm ikut. tapi tak tau la keberkesanannya sampai mana

0 comments:

Post a Comment