Thursday, September 29, 2011

2

hahaha kan dah kena


pernah tak kita terfikir, apa yang jadi dekat diri kita sekarang ni, dugaan yang kita terpaksa hadapi sekarang ini dan kata-kata cacian dan penghinaan yang kita terima hari ini adalah berpunca dari kesilapan dan kesalahan kita dekat orang masa lalu.

mungkin dulu, tanpa kita sedar atau tidak, kita dah buat silap. mungkin kita pernah maki orang, mungkin kita pernah kutuk orang, atau pun pernah buli orang. tak pun kita pernah ambik hak mereka secara paksaan. atau pun kita pernah buat kan mereka berkecil hati dengan perbuatan kita. mengejek, menghina walaupun sekadar gurauan. mungkin kadang kala kita membuka aib orang tanpa sedar, bercerita hal yang tidak betul, bergosip tak tentu hala. bercakap perkala yang tidak elok.

sejak dua menjak ni, che'q na selalu termenung memikir kan kehidupan yang lepas-lepas. segala tingkah laku dan perbuatan yang che'q na buat dekat kawan-kawan, saudara mara, dan terutama nya mak dan bapak.

kalau boleh sekarang ni, che'q na nak cari mereka-mereka semua yang pernah che'q na kenal dulu. terutama nya insan-insan yang rapat dengan che'q na. nak mintak ampun dan maaf. mintak halal kan dan maaf kan segala-gala nya. mungkin che'q na pernah bergurau tapi pada mereka itu satu penghinaan dan tak nak maaf kan sampai bila-bila. kita tak tau kan?

dan sekarang che'q na harap sangat dapat ubah diri. bercakap perkara yang perlu sahaja. lebih baik diam dari bercakap hal yang tidak berfaedah. tak hua hua macam dulu, kepoh bila jumpa kawan-kawan. segala gosip dan cerita semua keluar. semua itu masih dalam proses, berubah sikit demi sikit. InsyaAllah.

nota kaki bucuk : alahai entry kali ni agak beremosi sikit. 
0

owho auntie


tadi turun town kejap, melangsaikan segala urusan kewangan yang dah tertunggak.
turun sorang-sorang pulak tu, cuaca pulak terik mencengkam hingga ke lapisan kulit muka. lepas siap kan segala-gala nya, beli pulak barang-barang untuk parents tersayang dan che'q na melangkah la ke bus stand, stand bus ehhh.. mana satu yang betul ni?


tengok jam, lambat lagi, che'q na pun apa lagi kuar kan earphone, pasang then sumbat ke telinga. comporm la kat telinga tak kan lubang hidung pulak. tengah syok headbanging  tetiba lalu la seorang auntie. tengah heret plastik.


lepas tu dia pergi ke tong sampah, selongkar-selongkar rupa nya dia ambik botol plastik yang orang dah buang. dia masuk kan dalam plastik sebelah kiri, yang plastik dekat tangan kanan che'q na nampak macam makanan. lepas tu dia pegi dari satu tong sampah ke tong sampah.


tetiber je che'q na rasa terharu, tabik spring dekat auntie ni. sumpah! demi Allah tak terlintas rasa jijik dan penghinaan dekat aunite ni. malahan che'q na respect dengan auntie ni sebab dia sanggup selongkar tong sampah tu tanpa rasa segan dengan orang keliling.


mungkin ada ramai lagi orang-orang macam auntie ni dekat luar sana. tapi seharus nya kita respect mereka ini, mencari sesuap nasi tanpa putus asa, tanpa malu dan segan. che'q na perlukan kekuatan dan semangat itu sebenarnya, tak putus asa, sanggup mengharungi apa saja, bersedia dan sentiasa bersemangat, tak malu dan tak segan selagi dapat cari rezeki yang halal.


kalau ada kawan-kawan yang sudi baca blog che'q na yang tak seberapa meriah ni, doa-doa kan la che'q na dapat kekuatan dan sentiasa terus bersemangat dan bersabar untuk mengharungi segala dugaan ini.

owho auntie saya sangat admire dekat auntie. tunjuk ajar ku sifu!  entry ni khas untuk che'q na jer, untuk motivasi kan diri bagi terus bersemangat dan tambah kan keyakinan diri. huwahuwahuwa ~ nangis ke gelak ni?

nota kaki bucuk : hari ni terlebih cantik kot, ada je orang yang terlebih mesra dan rajin bertegur sapa ~ ceh perasan sudah.



Wednesday, September 28, 2011

0

#2 wordless wednesday


Tuesday, September 27, 2011

0

:: doa 2 ::

kekuatan... 
aku perlu kan kekuataan...
'kekuataaaannnnn datang la engkau pada ku'
*uit, apa main seru-seru ni

okey! cara yang betul:
tadah tangan dan baca lah :


"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"  Amin.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
(al – Baqarah : 45)

Nota kaki bucuk : sesungguh nya doa adalah senjata terkuat orang mukmin