Saturday, March 27, 2010

0

=deria ke-6

baby Pictures, Images and Photos


Percaya tak kalau che'q na katakan baby ada deria ke-6.merasakan sesuatu benda yang asing pada diri seseorang @pun sesuatu tempat.tapi betul la kan? kalau dia nampak sesuatu benda tu, dia akan melalak.melalak dan melalak. 

kenapa la che'q na cakap benda-benda ni semua. teringat kisah 2 hari lepas.sewaktu balik dari KL. che'q na terus jerk gerak balik taska. maklum la esok nya nak keja. ingat kan sampai jer JB nak la jugak me'round' 2,3 kedai. tapi ujan mencurah-curah buat kan che'q na buat keputusan :

"alah, balik jer la taska". lagipun perut da meragam-ragam mintak diisi.

sampai kat taska, 1st thing yang che'q na buat.masuk bilik baby. rasa nya satu kesilapan yang "besar".
hehheee.. besar dalam erti kata laen, baby tu tak ingat langsung dengan che'q na.muka masing-masing mencebek (mimik muka nak nangis). ceh! hampeh jerk. baru nak bermanja-manja.

che'q na pe lagi terus jer melompat masuk bilik air. mandi.lepas mandi, che'q na mengkelek balik baby. yes!!dia orang da normal macam biasa bila nampak che'q na.da sengeh-segih. ketawa-ketawa.
apa kawan che'q na kata:

"kau tu kak, tadi bau orang bando. mana ler baby ni nak dengan kau."
che' na jawab: "owhoooo.. sekarang da bau taska balik da"








Saturday, March 20, 2010

0

#bersenang lenang

best nya hari nie, bergolek-golek atas tilam. ~ngeeeee: jangan pikir bukan2 lak~
lepas lunch sampai la ke malam, pas tu ngadap lappy sambil tengok TV. 

tanpa ganguan!!! ekekekeke

bertambah-tambah seronok bila hujan sejak pagi tadi. 

heavean! :P

Sunday, March 14, 2010

0

#13032010#

selamat bertunang diucapkan buat kawan che'q na


Siti Aminah & Muhd Firdaus. 

semoga berbahagia. sorry tak dapat datang. 
ada masalah sikit. insyaAllah majlis kawin nanti che'q na datang.

nota kaki bucuk : dia orang ni kawan 1 class masa form 4 and 5. bercinta senyap-senyap. tuptup da nak bertunang. alhamdullillah. semoga berkekalan. Amin!
0

#fall in love

 budak nakal + comel = kaki dengki

comel x? Ahmad Danish Haziq namanya. sayang dia sangat-sangat. 
bila la nak dapat anak sendiri secomel dia. =P

Sunday, February 28, 2010

0

#hilang

lama da che'q na menghilang.
banyak la pulak sawang dengan labah-labah kat blog ni
sajer jerk xnak mengupdate,
bukan ada pon orang nak baca kan?
*eceh.. merajuk la pulak

bukan xnak mengupdate.
rindu sangat nak baca blog kawan2.
rindu sangat nak meluahkan perasaan kt cini.
walaupon diri sendiri yang tulis, dan diri sendiri jugak yang baca. =)

cuma masa xmengizinkan.
balik cuti, asyik nak tidur jerk
kalau on pon MR wifi che'q na, hanya bukak benda2 penting jerk.
xsempat nak round2 dalam dunia internet nie. hehehhee..

da lama x mencoretkan someting pasal hidup che'q na,
tentang orang keliling che'q na,
pasal aktiviti2 terbaru yang che'na buat.
kalau ada masa che'q na buat na....

Sunday, February 7, 2010

0

~demam~

baik-baik jadi DR Lover, tetiber pulak che'q na demam.
demam alala teruk + nak mati. isyhhh... mulut nie.
ingat! MATI itu pasti.


semalam che'q na mintak cuti half day, xtahan sangat.
kebetulan hari jumaat, ngam-ngam hari last kerja. so mintak cuti la.
cantek!! bos bagi balik siap hantar kan lagi pegi bus stand.
dengan ala-ala mamai + sakit kepala + sakit hidung + muka sembab = badan tak tentu arah
che'q na gagah kan diri jugak. tu pon da macam nak terlentok jerk..


balik umah apa lagi. tidur.
mak kata badan panas sangat. nasib bek tak meracau.
che'q na pulak masa tu xsedar paper. tidur tak ingat dunia =P

Sunday, January 31, 2010

0

~Dr Lover~


Dr. Steph (Love sick! X3)from Kyo-pi-chi Pictures, Images and Photos

entah macam mana tetiba lak dalam beberapa ari nie che'q na jadi Dr LOVER + COUNSELLOR  adesyhh.. kerja baru selain menjaga budak. pandai la sangat konon-konon nya tu nak jd Dr LOVER nie.

semua nya gara-gara colleague che'q na la ni. kebetulan BF dia tu pon kawan che'q na. so, che'q na jadi la Dr LOVER + COUNSELLOR = tukang dengar. tapi che'q na dengar dari guy jer la. yang gurl nya tak nak sharing banyak-banyak dengan che'q na. yerla dia ada DR LOVER dia sendiri.=D. Lawak jerk dia orang nie.

entah la che'q na pon bukan nya pandai sgt nak bg nasihat dekat orang nie. tapi kalau takat share dua tiga story. tambah sikit-sikit dengan pengalaman sendiri + pengalaman orang yang che'q na tau. bole la bagi tenang sikit jiwa dia yang kacau bilau tu. huhuhhu...

tapi result dia orang ni masih lagi pending. tak tau lagi sama ada clash @pon continue. sama-sama keras kepala. sama-sama degil. adohaiiiiii..

nota kaki bucuk : che'q na doa kan that guy dapat buat keputusan yang terbaik. chayok!chayok untuk dia. =P