Saturday, December 25, 2010

0

laut dan pantai

Ingat lagi tak pasal boat, yang che’q na citer kat entry lepas. Kawan che’q na yang ajak naik boat tu kan tinggal dekat dengan laut. Yang rasa macam klakar nya bila, time cuti umum macam ni dia boleh nak pegi piknik dekat laut jugak.



“esok pg cuti kt ner? Che’q na tanya.
“dekat jer, g batu layar ”
“hehehe.. piknik e? eh, bkn ke laut yg kt depan umah tu dgn laut kt batu layar sama ker? naper tak piknik kat depan uma jer, jimat cikit”
“hahahaaa, memang sama, tapi kt tmpt sendiri tak best”

Macam tu la dia cakap dengan che’q na, macam lawak jerk an? Ingat kan dah biasa dengan laut dah malas nak pegi cuti kat laut jugak, rupanya dia orang ni memang tak boleh di pisahkan dengan laut.



Tak kesah la tu, yang penting dia dapat habiskan masa berkualiti dengan family dia. Syok jugak kalau sesekali mengadap laut lain :D

Nota kaki bucuk: bila la lagi che’q na nak pegi bercuti kt tepi laut ni. Teringin da nak tengok matahari terbenam dengan dengar deruan ombak waktu malam.


0

orang berjangut dan berbaju merah

Che’q na bukan la nak citer pasal sambutan hari krismas @ hari natal, tapi nak citer sikit pasal kisah si budak kecik berdua kat dalam rumah ni.

Waktu tu tengahhari, che’q na dengan dua orang anak sedara tengah mencekik rendang daging sambil tengok tv. Tengah sedap berlumba-lumba suap nasi kat mulut, tiba-tiba anak sedara che’q na yang umur 8 tahun tu tanya:

“ucu, Santa Clause tu wujud ek?”
“tak la, tak wujud”
“yer ker  tak wujud?” dia tanya lagi
“tak la, memang tak pernah wujud”
“habis zaman dulu-dulu tu wujud la ek?”
“tak la, dia tak pernah wujud langsung, tu mitos jer”

Lepas tu akak dia yang umur 10 tahun menyampuk:
“santa clause tu tak ada la kiah” dia terus diam.

Santa Pictures, Images and Photos

Waktu tu kat TV tengah tunjuk seorang lelaki yang berpakaian santa clause, berjangut dan bertopi merah naik kenderaan santa clause terbang terus ke langit.

“abeh tu macam mana dia terbang”
“kan pakai teknik komputer tu” che’q na jawab.
 Lepas tu cepat-cepat che’q na capai remote tukar channel, tengok detective conan lagi bagus dari dia tengok citer yang entahpaper tu.

ader ker dia boleh tanya pasal santa tu

Nota kaki bucuk : budak kecik memang suka menyelidik dan bertanya. Jadi jangan sesekali kelirukan dia yer.

Tuesday, December 21, 2010

0

@che'q na?

boleh tak kalau che'q na nak putus asa untuk hidup
dah tak tahan rasa nya nak tanggung
kadang-kadang happy, kadang-kadang menangis
tapi bila depan orang lain, che'q na senyum jer.
senyum sampai kan orang kata che'q na ni macam xder masaalah

semua orang bermasalah, even baby pun ad masalah gak kan?
kucing pun bermasalah, asyik kena marah dengan orang jer 
sebab selalu sangat mintak makan kat manusia.

ayam, itik, cicak, kambing, lembu semua ad masalah

ini kan pula manusia,
tapi kadang-kadang che'q na gagal nak pujuk diri sendiri
kadang-kadang gagal nak bagi motivasi kat diri sendiri
yang paling parah nya gagal nak kawal diri sendiri dari menyalah kan takdir.

tak tau sampai bila, nak hidup macam ni
rasa dah tak nak buat apa-apa
boleh tak kalau nak bermalas-malasan aja.
semua benda yang dibuat asyik gagal.
gagal.gagal dan gagal
kejayaan xkan datang bergolek selagi kita tak berusaha.
jadi? jangan putus asa berusaha selagi mampu.


*entah paper jer entry ni*

nota kaki bucuk : kenyataan itu memang pahit, tapi kita harus menelannya.


Monday, December 20, 2010

2

#boat

planning nak piknik memang da lama che'q na rancang,
konon2 nya, last piknik untuk tahun ni,
jadi che'q na and cik ton da prepare ayam BBQ malam sabtu tu.
excited jugak la nak pegi ni.

ingat kan xdapat nak pegi sebab pagi ahad tadi hujan,
tapi alhamdulillah mungkin rezeki kami, dapat la pegi
itu pun dalam pukul 11 lebih baru gerak dari rumah.

ingat kan saja-saja nak main bakar-bkar ayam gan sate,
sekali kawan che'q na ajak naik boat pusing-pusing sungai.
ha! terperanjat giler che'q na.
sebenarnya dia memang da lama janji nak bawak, 
tapi che'q na tak pernah pun tuntut janji dia tu dan tak pernah pun ungkit paper.

syok woo.. 1st time naik bot.
mengaku la ~ memang teruja & jakun giler.. hehheheee..
che'q na da terpikir, kalau la bot tu tergolek, da la x pakai safety jacket 
memang haru la.

dan bila bot tu bergoyang-goyang, che'q na da pegang tiang bot
sebenarnya tak ada function paper pon tiang tu,
kalau nak tergolek, jatuh jugak kan? hehehee...

cik ton ~ bertudung coklat

tempat bot landing ~ hehehe

  ke'excited'an bermula ~ hancur english aku, hehehe


gambar da cun, tapi ad pulak tali pancing yang terjuntai ~ hampeh



lepas da penat habis kan minyak diesel orang, kita orang lepak2 pulak kat tepi laut.
kutip kulit siput.. best betol hari ni.. hehhehee



 tima kasih kepada yang baik hati sudah menaja percutian kami hari ini..
hehehheee.

nota kaki bucuk : nasib baik che'q na tak muntah laut tadi. 

0

@ayam goreng che'q na

Hari tu Che'q na cuba resepi baru, baru ker?
baru belajar jer sebenarnya. kuikuikui..
masakan campak-campak nama nya ni sebab
korek resepi sana cikit, sini sikit.

Rasa ayam goreng ni bawah cikit dari KFC,
ner boleh nak sama, KFC lagi best kan? sampai menjilat jari.
che'q na nyer resepi cuma menjilat tulang ayam jer.
ei, seram bila sebut pasal tulang ni, teringat pulak pegalaman yang satu tu:
'tulang ayam tu simpan, jin suka makan tulang" >>> kata-kata orang yang di luar sedar.

okey2 suda, melalut lak. da sedia pen degan kertas : D
che'q na tak pandai nak sukat-sukat bahan ni, main campak2 jer.

bahan-bahan nya : 
of course la bahan utama ~ ayam
serbuk kari ~ tak kesah jenama apa
bawang putih ~ letak la dalam 5@6 ulas
lada putih ~ ditumbuk @ dikisar halus
tepung jagung 
tepung gandum
tepung goreng ayam segera ~ biasa nya che'q na guna jenama ADABI
air rebusan ayam
garam

cara nya : 
Gaul ayam yang sudah direbus bersama dengan bawang putih + lada putih + serbuk kari + garam  ~ gaul rata. kemudian campurkan 2 1/2 tepung jagung.. Biarkan.

Di pinggan yang berasingan (skema nya, hehehee ) bancuhkan tepung gandum + tepung goreng ayam segera menggunakan air rebusan ayam tadi. Bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Ambil ayam yang telah di gaul tadi kemudian celupkan di dalam bancuhan tepung tadi. kemudian goreng sehingga kekuningan.


*adehhh, letih la buat ayat skema ni.. hehheeee... tengok jer la hasil nya, tadaaaaaaaa......


nyam-nyam.. lapar la pulak bila tengok ayam goreng ni.
selamat mencuba! :D

nota kaki bucuk : biasa nya che'q na  campurkan semua bahan nya gaulkan sekali dengan ayam, tapi kena pandai agak la jangan terlalu banyak tepung dan jangan terlalu lembik @ keras sangat. kalau tak nanti xsedap rasa tepung jer lebih. 

Friday, December 3, 2010

6

entry for you ~

baru saja lepas chit chat dengan ziesalikin kat phone
thankz, banyak kita discuss tadi. dan banyak jugak sesi yang kita lalui tadi
dan tima kasih lagi sekali sebab kekuatan yang ziesalikin ada itu membantu
che'q na untuk bangkit semula,
menjenguk kembali masa lalu yang dah banyak che'q na buang.
dan sekarang che'q na cuba untuk bangkit.




kekuatan yang selama ni hilang,
hilang bersama kekecewan dan rasa menyampah nak duduk lagi dalam situasi yang macam ni
putus asa untuk berjuang walaupun che'q na pernah berjanji dulu.
berjanji tidak akan putus asa,
dan cuba untuk buang rasa rendah diri yang mula menyeliputi diri ini.

mungkin che'q na tidak sekuat ziesalikin, 
mungkin jugak tidak seberani ziesalikin
tetapi che'q na janji akan cuba sedaya upaya menjadi setabah dia.





FYI, we are same, fight for life
but in the different way and different situation
but we have a same goal. 
percaya la, suatu hari nanti anda akan berjaya ~ insyaAllah
angap jer la penggangu hidup tu sekadar angin yang akan datang dan pergi.






Thursday, December 2, 2010

2

*aktiviti hujung tahun

akhir tahun memang sebuk nak menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan. Setiap minggu ada je jemputan. Maklumlah musim-musim mengawam macam ni bak kata orang-orang “musim mengawam”. 
Asyik sebuk jer pegi majlis kawan2, majlis sendiri entah bila pulak nak buat. Heheheeee.

memang susah nak jumpa. Majlis2 macam ni la kira nya jadi reunion untuk perjumpaan kawan2. yang dulu nya solo, sekarang datang sebagai tunangan orang, yang dulu nya baru nikah sekarang datang dengan suami & anak-anak. Yang dulu nya study sekarang datang sebagai seorag yang berkejaya. Yang dulu nya comot sekarang tampil dengan gaya jelitawan.  Aisyyhh… macam2.. che’q na pun pening.

Seronok tengok perubahan kawan-kawan. Bergaya dengan hill, handbeg yang mewah. Datang dengan kereta baru. Woowww! Maju betul kawan-kawan che’q na sekarang. Happy?
Yes. Happy. Tersenyum sendiri. 

walah.. xder lak pic sanding kawan2 che'q na ni, maklumlah camera tak der
numpang jer. tuan tanah punya camera tak upload lagi dlm FB.
jadi kena la sabau yerk..

xper la, che'q na ganti jer la dengan pic laen, kat bawah ni. 
untuk cuci2 mata.



gambar kat atas ni, semua da pengantin lama, da ada anak pun sekarang. 
apa pun, untuk pengantin lama @ pengantin baru,
semoga bahagia selalu.