Sunday, November 15, 2009

0

weeding...




2 minggu lepas che’q na dekat rumah mak ngah, adik mak. sepupu che’q na nyer weeding. Che’q na ingat nak skip weeding dia, tapi rasa macam tak patut la kan? Dah nama nya sepupu, jadi berat jugak la hati che’q na nak menjejak kan kaki kat rumah mak ngah. Che’q na bukan apa, Cuma rasa agak-agak ngeri + panas bila ada kat rumah tu.

Nak dijadikan citer, sepupu-sepupu perempuan che’q na sebelah mak yang paling tua si pengantin ni. che’q na pulak jatuh no 2, yang lain semua bawah-bawah che’q na. jadi nya, kalau dia dah kawin che’q na la yang pegang takhta anak dara sunti tu. adesyhh.. che’q na da gak, apa yang akan berlaku. So che’q na buat-buat la sebuk, konon-konon nya banyak kerja nak dibuat, padahal che’q na memang sengaja mengelak dari mak cik-mak cik che’q na. sengaja che’q na duduk bawah kanopi, lebih rela buat kerja dari mengadap muka mak cik-mak cik che’q na.

Tapi dalam pada mengelak, che’q na terperangkap jugak, ceh! Buat lotih jer lari-lari tadi. Sempat la mereka menginterview che’q na dan bagi sedas dua soalan yang agak “panas”. Pada orang biasa jer soalan-soalan panas tu, tapi che’q na rasa rimas, menyampah. Che’q na da buat muka kesian gan mak, tapi mak pun tak tau nak cakap apa, senyum jer la. che’q n selalu tertanya-tanya, kenapa perempuan jerk selalu ditanya,lelaki tak pulak. bila da habes study, umur da masok 20++ mesti orang tanya. “bila kau nak kawin?”. Kadang-kadang che’q na menyampah. nak buat majlis pakai apa? Kalau pakai air liur jerk da lama che’q na berlaki.

bulan ni ramai betol yang mendirikan masjid, kat area rumah che’q na nie ada 3 majlis yang akan berlangsung. che’q na tak kesah, lagi suka ada lah, sebab dapat makan free.tapi yang kesian dengan mak dan abi che’q na la. penat dia orang nak “rewang”. Siapa orang johor tau la apa istilah “rewang” tu. kesian dia orang, balik dari rewang mesti letih. Malam tu mesti masuk tidur awal, yerla badan letih esok pagi nak rewang lagi. bukan sehari tapi dalam 2,3 hari cam tu. jawab nya che’q na la yang control TV. :D

nota kaki bucuk : selamat penganitn baru buat semua!

Friday, November 6, 2009

0

geige satit

Gigi che’q na sakit. Da banyak hari da ni tak baik-baik juga. Macam-macam cara da dibuat. Serba tak kena. Perut lapar. Tapi gigi sakit tak syok nak makan. Boleh jadi slim macam ni.

"ha!! sebelah sana bagi luas sikit"

"yes sir!"

"kat sebelah situ, bagi dalam sikit"

"yes bos!"

"tu sebelah sana x cukup lebar lagi, gerudi lagi luas"

"ai! ai! "

"lepas da siap ni, kita bukak jajahan baru kat sebelah sana pulak, lepas tu sebelah situ, lepas tu sebelah sana. kita luaskan jajahan kita"

"baik boss!!! (ramai2 menjawab)"

"hahahahhahaaaaa.... (bos gelak)"

*imaginasi che’q na tentang ulat kat dalam mulut.. wakakakaka.... che’q na da bengong, sila abaikan.

Kenpa gigi che’q na sakit?
Hipotisis yang che’q na buat selepas membuat beberapa kajian terperinci :P. puncanya : hari tu kan che’q na ada mengadu pasal che’q na selalu sakit kepala + pening-pening. Mungkin sakit kepala tu turun ke gigi. Tu yang sakit tu.

my teeths. Pictures, Images and Photos

Tapi fakta yang sebenarnya (adeeeeh malu nak citer), gigi che’q na da rosak, istilah yang paling kacak sekali, gigi che’q na da berlubang kembali. Bekas tampalan dulu da terbukak. Bila sakit-sakit macam ni ada semangat nak pegi cabut, yerla, da tak tahan nak tanggung sakit. Kuikuikui. Bila tak sakit buat derk jer.

Yang sebenor-benor nya, che’q na takot nak jumpa doctor gigi, jangan kata jumpa, nampak klinik pon che’q na boleh pusing kan muka mengadap benda lain. Teruk sampai macam tu sekali. Takot la, tak tau la naper. Dari kecik.

 Dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah, setahun sekali doctor gigi datang check. Dalam masa seminggu tu, che’q na macam xmau datang sekolah, bila turn kena baring atas katil tu, dada che’q na da berdegup 1oo km persaat. Tangan da sejuk, muka da berpeluh.bila doctor istiharkan gigi che’q na ok, senyum tak igat dunia. Suka nya.  Tapi da lama tak jumpa doctor gigi, da lama tak check gigi, tak kan la macam tu lagi kot? Hihihi..

Tuesday, November 3, 2009

0

kini!


Lately che’q na selalu sakit kepala + pening-pening. Tapi AWAS! Bukan sebab mengandung. :D.. tapi pelik kan, da la sakit kepala lepas tu pening-pening pulak tu. adoi, che’q na pun tak tau la nak explain cam ner sakit nya ni. Selalu jugak kena cuma sejak kebelakangan ni kerap jugak la sakit.

Mungkin sebab banyak benda yang che’q na pikir, terutama nya dugaan yang sedang Allah beri kat che’q na. Allah tengah menguji che’q na, semoga che’q na tabah menghadapi nya. AMIN. Ada hikmat disetiap kejadian yang berlaku

sad Pictures, Images and Photos

Che’q na sekarang jobless so che’q na ada kerja baru, job hunting. :P.. macam mana pulak che’q na boleh jobless? Che’q na habes study dalam keadaan ekonomi yang tengah gawat, masa minyak mahal, beras mahal. Tahun lepas punya kes la ni. Sampai la masuk tahun ni. Semua orang tak nak terima pekerja yang kurang mahir macam che’q na. malahan dia orang tengah berusaha nak kurang kan pekerja. Time tu la, banyak career fair dijalankan. Tapi kebanyakkan nya focus untuk pekerja-pekerja yang kena buang. Memang la untuk fresh graduate dan penggangur bole join sekali. Tapi kebanyakkan nya company nak kan pekerja yang ada pengalaman. So che’q na dalam senarai yang tidak diperlukan.

Pain. Pictures, Images and Photos

Dalam tempoh setahun lebih ni che’q na pernah kerja, tapi sebulan jer, tu pun kat kedai orang, che’q na berhenti sebab ada masalah-masalah tertentu yang tak boleh nak cerita kat orang. Banyak kali che’q na dipanggil untuk interview. Interview sahaja dan tak pernah dipanggil untuk bekerja. Kadang-kadang sampai satu tahap che’q na jadi fobia nak pegi interview, bila ada panggilan masuk che’q na jadi takut nak angkat.

Yerla, buang duit mak bapak che’q na aja. Bukannya dapat kerja takat pergi interview jerk. Bukannya dekat, pernah che’q na pergi kat wilayah iskandar yang tengah dibuat tu. yang sunyi, tak ramai orang, hanya pekerja-pekerja buat bagunan dan beberapa contractor yang bertapak kat citu. lalu jalan merah, jalan yang belum siap, tapi sebenar nya ada jalan yang da siap Cuma kak ngah jer tak tau nak cari. Lepas tu kena pusing-pusing cari tempat nak interview tu, berapa kali sesat. hampir putus asa jugak la, nasib baik mak dengan kak ngah jadi pendorong.tapi akhirnya tak dapat jugak. Tu kawan che’q na yang recoment. Orang cakap la kalau ada orang dalam yang tolong senang nak dapat, tapi? Apa yang berlaku kat che’q na.

sad Pictures, Images and Photos

Che’q na sebenar nya da tak tahan lagi nak duduk rumah, macam-macam umpatan yang che’q na dengar. Kalau orang luar che’q na tak berapa kesah. Tapi ni dari keluarga sendiri. Dalam hati sedih tapi che’q na buat happy jer.

Che’q na sedar, tak semua company, sanggup tanggung risiko ambik orang yang tak ada pengalaman macam che’q na ni. yerla, daripada kena ajar budak baru lebih baik cari orang yang da cukup matang, yang ada pengalaman.betol tak? Kalau che’q na ada company sendiri pun, rasa nya che’q na ambik pekerja yang da ada pengalaman, memudahkan urusan. Tapi sampai bila orang yang tak ada pengalaman nak timba pengalaman.

Sekarang che’q na makin takot dan makin banyak memikir. *cepat nampak tua la muka ni. Kawan-kawan che’q na yang masuk U semua ny da nak habis hujung tahun ni. Che’q na pulak masih macam ni. Pesaingan che’q na bertambah sengit. Dan harapan semakin tipis. apa yang che’q na bole buat lagi. berdoa banyak-banyak, berusaha super extra, istiqamah dan bertawakal kepadaNya.

Nota kaki bucuk : aduhhh.. sakit kepala pikir kan nya.

Friday, October 23, 2009

0

5 waktu solat sehari semalam

mari la kita renung-renung kan tazkirah ni. masyaAllah, singkat ny perjalanan kita kat dunia nie


SUBUH. Roh nyawa kita mula di ciptakan.

ZOHOR. Waktu di alam rahim

ASAR. Waktu menuju ke ptg dan akan menghadapi malam. Waktu hidup di dunia ini dan kita akan mati. SUbuh hingga Asar itu lah waktu hidup kita di atas Dunia ini yang sebenarnya. Waktu ini pada kiraan Allah swt adalah subuh hingga ke Asar sahaja. Begitu pendek sekali. kerana 1000 tahun kita hidup di dunia bagi Allah swt baru 1 hari.

MAGHRIB. Waktu gelap malam. Ini alam kubur kita.

ISYAK. Malam hari hingga ke pagi. Ini alam padang masyar. Perbayakkan lah solat malam hari (Kiam'mun'lai). Semasa orang lain tidur kita bangun mengadap Rob'bi kita, mengadu munajat dll. InsyaAllah Allah akan terang kan hati kita membuka hijab hati perasaan kita melihat segala kehidupan di alam yg diciptakan ini untuk kuatkan keyakinan kita.

Sunday, October 4, 2009

0

raya che'q na tahun 2009


Raya yang ke-15, che’q na rasa raya tahun ni kurang meriah untuk che’q na. yang paling sedih che’q na belum pakai baju raya. Soobbb.sooobbb….ntahapapa jer che’q na ni.che’q na nak tunggu orang bagi duit raya. Tapi che’q na da tua mesti tak dapat. Tapi yang buat kan che’q na menunggu2 setiap tahun, che’q na nak pegi rumah terbuka. Tak ada orang nak jemput che’q na la. Hahahhaaa.. che’q na kuat makan tak ada orang nak panggil, nanti makanan habis che’q na telan. Kalau boleh dari 1st raya sampai la raya ke 30th . memanjang nak pegi rumah terbuka. Jimat duit poket che’q na :D

Walaupun raya kurang meriah, tapi che’q na bersyukur sebab masih ada keluarga. Ada mak ayah, adik beradik, sanak saudara. Syukur Alhamdulillah. Che’q na baru jer terima berita menyedihkan tadi. Mak ex-classmate che’q na masa sekolah dulu meninggal. Al-fatihah untuk arwah. Arwah memang da lama sakit. Yang che’q na tau masalah jantung. Penyakit lain che’q na tak pasti la.ada jugak berita yang che’q na dengar arwah pernah koma, 50-50 kata nya. Tersentap jugak che’q na bila dapat SMS.

 Salam, sedekahkan al fatihah kepada mak kawn kita siti**** yang telah meninggal dunia pagi tadi. 

Daripada Allah kita datang kepada Allah kita kembali. semoga rohnya dicucuri rahmat AMIN. Tak dapat che’q na nak bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Che’q na ni bukan la kuat dan tabah sangat orang nya. Mesti berbulan-bulan jugak nak dapat kan kembali kekuatan tu. bole dikatakan che’q na ni rapat dengan mak, bergurau, bergosip, cerita segala-galanya dekat mak, tak ada rahsia. Ya Allah tak dapat che’q na nak bayangkan. che'q na harap sangat dia tabah menempuh nya.


Yerla, mak kandung satu jer kat dunia. Even ada mak ganti pun tak sama kan? Rasa laen, lagi la mak mertua. Macam orang cakap mak mertua kita kena hormat macam mak sendiri. Tapi mak mertua boleh cari lagi kalau kita kawin baru. Hikhikhik…



Nota kaki bucuk : isyhhh.. apa yang che’q na merepek nie, masuk bab-bab mak mertua pulak.. *blushing

Saturday, September 12, 2009

0

che'q na dan baby


Che’q na nak citer pasal sebelom puasa ni. Kira nya kita back 2 d future kejap. :D.  3 minggu sebelum puasa. Che’q na ni asyk teringat kan kak ngah aja, rindu sangat-sangat dengan kak ngah. Lepas tu kebetulan pulak che’q na ad urusan penting, jadi che’q na ingat lepas da selesai semua keja, che’q na nak bermalam kat umah kak ngah.

Bila che’q na sampai kat rumah kak ngah, che’q na rasa teruja sebab nampak baby Husna. Yang sebenar nya che’q na bukan la rindu sangat dengan kak ngah, bila-bila jer che’q na bole call. Che’q na rindu dengan baby Husna sebenarnya. :D



Jaga baby Husna senang jer. Tak banyak kerenah sangat kecuali la kalau dia demam. baby Husna kuat minum susu. Kalau mulut dia da kena sumbat dengan botol, walau kak Ain dia bising macam mana pun, walau kak Ain dia nangis sebab gaduh gan anak-anak kak ngah pun dia tetap bole tidur. baby Husna gan kak Ain ni anak jiran kak ngah.

Mula-mula nak tidur, mesti ada botol susu.tak ada dia xmau tidur. Suara baby Husna comel sangat, even dia nangis pun orang tak akan berapa perasan sebab akan ingat dia Cuma cakap sendiri. Ala, yang macam baby selalu buat tu. Che’q na pon tak tau la nak guna istilah apa. :P



 

Rindu la kat dia, lepas raya ni. Kak ngah tak jaga baby Husna dengan Kak Ain lagi da. Lepas ni lagi susah la nak jumpa dia orang. tapi tak per, ada lagi sorang baby yang boleh diusik... hihihihi *nates da tunjuk tanduk. anak sedara che'q na yg paling kecik, Afiq.. ngengenge.

Anak-anak sedara che’q na selalu bagi soalan yang membunuh.bila che'q na nak kawin dan dapat kan sepupu untuk mereka. ada jugak yang kata tak sabar nak tengok baby che'q na

Alahai anak-anak sedara che’q na ni. Ingat senang ke nak berumah tangga sekarang ni. kalau senang macam pilih ikan kat pasar tu tak per la. Tak kan la pulak che’q na nak terangkan masalah-masalah ekonomi yang che’q na tengah alami ni. Nanti terganga tak paham dia orang.


Nota kaki bucuk : Yang che’q na mampu buat sengih dan blushing jer la.. kehekehkeh..


Friday, September 11, 2009

0

raya.raya.raya.


Raya da nak dekat kan? Kueh raya? Jangan la di tanya. Hangin che’q na dengan hangus nya. Dengan telungkup nya. Dengan tak masak nya. Tapi akhir nya dapat juga la che’q na buat 2,3 jenis kuih.

popia pedas Pictures, Images and Photos
 source:photobucket

Excited sangat la pertama kali che’q na dapat buat kuih. Selalu nya jadi tukang tolong dengan tukang tengok aja. mesti mak che’q na bangga tengok anak nya da le jadi perempuan. Hehehe. Da beso anak mak ni.hikhikhik. (sila gelak dalam nada mengedik :D )

Sekarang tgh mood raya. Bila pasang radio dengar lagu raya. Bukak tv org nyanyi lagu raya. Bila bukak lappy pun che’q na bukak lagu raya. Bila pegi shoping complex che’q na tengok orang sebuk2 beli baju baru, beli kuih tunjuk2. Orang-orang kedai berlumba2 buat promosi. Gambar2 ketupat, pelita da tergantung kat sana-sini.


nak duit raya Pictures, Images and Photos
source: photobucket

 
Tapi mood raya che’q na tak datang2 lagi. che’q na rasa biasa jer. Mungkin che’q na da tua-tua nie, da tak rasa perasaan masa che’q na kecik2 dulu. Orang kata tak excited. Lagi satu bila raya datang, che’q na sedih sangat sebab tak dapat bagi duit raya kat anak-anak buah che’q na. kesian dia orang.


Nota kaki bucuk : che’q na takot mak2 sedara che’q na tanya macam2, bila dia orang datang umah che’q na raya nie