Saturday, September 12, 2009

0

che'q na dan baby


Che’q na nak citer pasal sebelom puasa ni. Kira nya kita back 2 d future kejap. :D.  3 minggu sebelum puasa. Che’q na ni asyk teringat kan kak ngah aja, rindu sangat-sangat dengan kak ngah. Lepas tu kebetulan pulak che’q na ad urusan penting, jadi che’q na ingat lepas da selesai semua keja, che’q na nak bermalam kat umah kak ngah.

Bila che’q na sampai kat rumah kak ngah, che’q na rasa teruja sebab nampak baby Husna. Yang sebenar nya che’q na bukan la rindu sangat dengan kak ngah, bila-bila jer che’q na bole call. Che’q na rindu dengan baby Husna sebenarnya. :D



Jaga baby Husna senang jer. Tak banyak kerenah sangat kecuali la kalau dia demam. baby Husna kuat minum susu. Kalau mulut dia da kena sumbat dengan botol, walau kak Ain dia bising macam mana pun, walau kak Ain dia nangis sebab gaduh gan anak-anak kak ngah pun dia tetap bole tidur. baby Husna gan kak Ain ni anak jiran kak ngah.

Mula-mula nak tidur, mesti ada botol susu.tak ada dia xmau tidur. Suara baby Husna comel sangat, even dia nangis pun orang tak akan berapa perasan sebab akan ingat dia Cuma cakap sendiri. Ala, yang macam baby selalu buat tu. Che’q na pon tak tau la nak guna istilah apa. :P



 

Rindu la kat dia, lepas raya ni. Kak ngah tak jaga baby Husna dengan Kak Ain lagi da. Lepas ni lagi susah la nak jumpa dia orang. tapi tak per, ada lagi sorang baby yang boleh diusik... hihihihi *nates da tunjuk tanduk. anak sedara che'q na yg paling kecik, Afiq.. ngengenge.

Anak-anak sedara che’q na selalu bagi soalan yang membunuh.bila che'q na nak kawin dan dapat kan sepupu untuk mereka. ada jugak yang kata tak sabar nak tengok baby che'q na

Alahai anak-anak sedara che’q na ni. Ingat senang ke nak berumah tangga sekarang ni. kalau senang macam pilih ikan kat pasar tu tak per la. Tak kan la pulak che’q na nak terangkan masalah-masalah ekonomi yang che’q na tengah alami ni. Nanti terganga tak paham dia orang.


Nota kaki bucuk : Yang che’q na mampu buat sengih dan blushing jer la.. kehekehkeh..


Friday, September 11, 2009

0

raya.raya.raya.


Raya da nak dekat kan? Kueh raya? Jangan la di tanya. Hangin che’q na dengan hangus nya. Dengan telungkup nya. Dengan tak masak nya. Tapi akhir nya dapat juga la che’q na buat 2,3 jenis kuih.

popia pedas Pictures, Images and Photos
 source:photobucket

Excited sangat la pertama kali che’q na dapat buat kuih. Selalu nya jadi tukang tolong dengan tukang tengok aja. mesti mak che’q na bangga tengok anak nya da le jadi perempuan. Hehehe. Da beso anak mak ni.hikhikhik. (sila gelak dalam nada mengedik :D )

Sekarang tgh mood raya. Bila pasang radio dengar lagu raya. Bukak tv org nyanyi lagu raya. Bila bukak lappy pun che’q na bukak lagu raya. Bila pegi shoping complex che’q na tengok orang sebuk2 beli baju baru, beli kuih tunjuk2. Orang-orang kedai berlumba2 buat promosi. Gambar2 ketupat, pelita da tergantung kat sana-sini.


nak duit raya Pictures, Images and Photos
source: photobucket

 
Tapi mood raya che’q na tak datang2 lagi. che’q na rasa biasa jer. Mungkin che’q na da tua-tua nie, da tak rasa perasaan masa che’q na kecik2 dulu. Orang kata tak excited. Lagi satu bila raya datang, che’q na sedih sangat sebab tak dapat bagi duit raya kat anak-anak buah che’q na. kesian dia orang.


Nota kaki bucuk : che’q na takot mak2 sedara che’q na tanya macam2, bila dia orang datang umah che’q na raya nie