Friday, March 8, 2013

0

PERWIRA






 Al-Fatihah untuk mereka yang telah terkorban.
Ya Allah, semoga kau melindungi mereka-mereka yang sedang berjuang di sana.

~ Lahad Datu
0

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA


 



Kepada kawan-kawan, sedara mara, kaum kerabat yang berjantina PEREMPUAN. Dan juga kepada wanita-wanita yang lain.

SELAMAT HARI WANITA. :D


Monday, December 31, 2012

0

HAPPY NEW YEAR 2013

Cer kira? tinggal berapa minit lagi nak masuk tahun baru. Sana-sini orang dok sibuk buat wish, sibuk prepare nak sambut tahun baru. Nampak nya malam ni, jem la gamaknya, lagi-lagi tempat tumpuan orang ramai.

First time ni tempuh tahun baru dekat luar. Biasa nya dekat rumah atas katil aja. Heee...Ingat kan ada la rasa lainnya, tapi sama aja, macam nak tukar hari esok aja. Cuma tukar tahun dan tukar kalender.

Sepanjang tahun 2012 macam-macam dah jadi, normal la sebagai seorang manusia kan? sebagai orang yang masih lagi bernafas dalam dunia ni. Kehidupan setiap hari ada suka dan duka, gembira dan sedih dan macam-macam lagi la.

Azam tahun ni? Moga dapat capat la sebelum tahun ni berakhir.






Harap nya semoga tahun 2013 banyak lagi benda baik yang akan berlaku. Amin!

SELAMAT TAHUN BARU !!!!

Saturday, December 8, 2012

2

Di mana? Di mana?

Haloooo.... Apa khabar semua? ada ke  yang sudi jengah blog che'q na ni? Lama tak berblog, dengan alasan MALAS melebihi buzy. heee...

Sedang menaip dari office. ceh.. hari sabtu pun kena OT. Apa boleh buat, tugasan + tanggungjawab. Tak ada apa yang che'q na buat di hujung minggu, dari merapu entah ke mana-mana lebih baik habiskan masa dekat office buat apa yang patot.

'tak social'

'tak pandai bergaul'

Itu yang bos dan kawan office cakap pasal che'q na. huhuhu. ada aku kesah? as long as che'q na happy dengan life sendiri cukup la. Tak susah kan orang.

9 bulan che'q na dekat sini, banyak benda-benda baru yang che'q na perlu belajar. orang kata hidup kena 'update' >> ayat siapa la tu. Sepanjang masa itu, kawan2 dan orang2 yang kenal che'q na tertanya-tanya. Mana hilang nya budak yang bernama 'ina' ni.

Bukan tak nak cakap, cuma biarlah orang tak tau, rasa kecik ati dan sedih tu masih ada lagi. Biar la korang nak cakap yang che'q na ni pendendam ke, emo ke, cakap la. Mulut orang kan. Lagi pun orang tak penting macam che'q na ni tak ada orang kisah pun.

Okey.. cukup la tu update pasal diri sendiri. Tak nak menaip panjang-panjang nanti terlebih 'emo' pulak che'q na.

nota kaki bucuk : kekok betul nak buat ayat bila dah lama tak update.

Sunday, March 18, 2012

2

:: akhirnya

Akhirnya hari yang di tunggu-tunggu selama ini sudah selamat di lalui dan telah tersimpula nya sesuatu yang suci lagi murni macam minyak seri murni. kehkehkeh. Dan insyaAllah segalanya bakal berakhir sekiranya Allah mengizinkan hal itu terjadi. doa la banyak-banyak. Apa peristiwa yang terjadi? biarlah rahsia. cewah da macam arits pulak. heeee...


Akhirnya lagi, segala hutang piutang masa study dulu sudah diselesaikan. lepas ni da xyah kejar-kejar suruh bayar hutang yer,. yeah! rupa nya orang paling berbahagia dalam dunia adalah orang yang tidak berhutang. Dah la pergi interview asyik kena reject, lepas tu pening nak pikir cam ner nak dapatkan duit tiap-tiap bulan untuk langsaikan hutang. Apa pun, muaaahhh sayang mak dan bapak sebab banyak tolong saat kesempitan. heeee.. hampeh punya anak.

Untuk berakhirnya dua benda kat atas ni, banyak dugaan dan cabaran yang kena hadapi. Susah senang, perit pedih, suka duka, sedih bahagia dah di hadapi. Dan tidak bermaknya berakhirnya dua benda maka berakhirnya segala-galanya.

sebenarnya,  kehidupan che'q na baru saja hendak bermula. Fuh! bersedia la hendak nya lepas ni. Akan tempuhi satu lagi farsa baru dalam hidup yang penuh cabaran, pengorbanan dan rintangan. Baru hadapi sikit dah terasa diri tak mampu nak teruskan. 


Ya Allah beri la kekuatan kepada hambamu ini.

nota kaki bucuk: no komen.. :D







 

Friday, February 24, 2012

0

~ benda yang suka tengok

antara banyak-banyak benda yang che'q na suka tengok ialah kad kawin. suka sangat. tak tau bila start che'q na minat tengok benda-benda macam tu.

 
 dekat dalam rumah ni, ada box khas simpan kad kawin. bila balik dari mana-mana atau dah 2,3 hari tinggalkan rumah atau kalau dah boring tahap giga, mesti box tu yang che'q na tuju. belek-belek sampai nek hafal tarikh-tarikh nya. kekadang sampai mak dengan bapak tanya tarikh majlis orang. 

bukan nya apa, kad kawin sekarang kan ada pelbagai bentuk. suka tengok kaler and design. ada yang cantik, ada yang tahap sedang-sedang, ada yang tahap biasa-biasa, ada yang men fotostet aja. ada yang bergambar, ada yang kosong, tengok map nya, tengok designer nya. 


kalau terlampau rajin, che'q na bukak FB search la mana-mana nama yang nak. owh! macam ni penggantin nya, owh dia ni, owh kaler ni tema dia, owh suami/isteri dia macam ni, owh pakwe lama rupanya opss... heee..

dari kad kawin jugak kita boleh tau, owh.. kat sini rumah budak ni, owh, kawan lama waktu sekolah. eh! dia ni kawan waktu sekolah rendah. aik! budak ni dah kawin da. dan macam-macam lagi la situasi. 


best ker? best la jugak. cukup la untuk isi masa lapang. heheee...

ehsan : mr google

nota kaki bucuk : bukan tengok kosong, cari idea nak design kad kawin, kekononnya nak ambik part-time tapi sampai sudah  tak design-design sebab kurang kretip. heeee