Monday, January 30, 2012

5

~Owh Hilman Yong

Muhammad Hilman Yong Bin Abdullah ~ siapa yang tidak kenal? bagi kaki-kaki novel tentu nya kenal siapa yang che'q na maksudkan ni. Mempunyai sifat yang cukup sempurna, kaya, penunggang kuda yang hebat, pandai berkungfu, wushu dan sebagainya, setia, suka warna putih, suka kuda, suka nombor lima, handsome, penyabar, penyayang, romantik, penuh dengan kejutan, hormat kan wanita dan yang paling penting kuat peggangan agama, mengaji dan suara best kalau azan. terlalu banyak benda yang nak dikatakan pasal Hilman Yong Bin Abdullah.

rasa nya hampir semua wanita terutama che'q na impikan lelaki seperti ini, lengkap package, tentu berbahagia dunia dan akhirat.

terkejut tak? tiba-tiba che'q na cerita pasal Hilman Yong Bin Abdullah ni, dan terlalu teruja bercerita pasal segala yang dia ada. Hilman Yong Bin Abdullah adalah satu watak di dalam novel 'Awak Suka Saya Tak?" karya MelurJelita.

Novel yang buatkan che'q na tak sabar-sabar nak tau kesudahan kisah cinta mereka, yang buatkan che'q na sama-sama terharu dan hampir-hampir menangis bersama Puteri Intan Zulaikha binti Datuk Megat Amiruddin, merasai ketabahan nya selepas beberapa beberapa kali kehilangan Hilman Yong, dapat rasa ketegasana nya menolak cinta demi kesucian diri dan agama Islam, dapat rasa betapa cantik nya dia sampai semua orang tergila-gila kan nya. 


okey! stop, che'q na dah masuk gear jiwang sebab baru jer habiskan novel tu tak sampai 2 hari. heheheee.. Penangan novel. no wonder la novel ni duduk dalam list top 5 best seller dekat kedai-kedai buku. Untuk yang nak tau pasal novel ni boleh la cari dekat kedai-kedai buku yang berhampiran, tengok cam ner korang rasa bila baca novel ni.

Sekarang ni semua kaki-kaki novel sibuk bercakap pasal Hilman Yong,tak caya? google saja la. ummm.. kalau korang nak tau che'q na pun ada seorang klon Muhammad Hilman Yong Bin Abdullah yang sekarang ni hadir dalam hidup che'q na. Walaupun dia tidak sesempurna Hilman Yong, punyai banyak kelemahan dan kekurangan, tidak sekaya dan sehebat Hilman Yong tapi sifat penyanyang, setia, penyabar dan sanggup buat apa sahaja ada pada dia.

Semoga sifat tu tak hilang walaupun selepas lafaz akad nanti.


Kalau dia bukan Muhammad Hilman Yong Bin Abdullah, che'q na juga bukan Putri Intan Zulaikha Binti Datuk Megat Amiruddin, malahan jauh berjuta-juta batu kalau nak jadi seperti Intan Zulaikha. Sobb..Sobbb... *kak MelurJelita, pinjam trademark nangis yer.


nota kaki bucuk : Sangat jelous dengan Intan Zulaikha sebab dapat Hilman Yong. uh!



Thursday, January 19, 2012

0

wow! iPhone 4

Che'q na tak berapa nak ambil tau pasal gadjet-gadjet ni, tapi memang dari dulu minat gila dengan iPhone, biar la orang cakap iPad tu best, SAMSUNG galaxy tap tu canggih, tapi che'q na tetap suka iPhone, ummm... entah bila boleh dapat. kalau mintak sebagai hantaran OK x? hehehee.. okey..okey.. melalut sudah. 


siapa pengguna MAXIS? ~angkat ibu jari.. hehehe.. sesiapa yang pengguna MAXIS anda berpeluang dapat iPhone 4s. wow! suka tak? Kalau bukan pengguna MAXIS tapi nak jugak? uh! tak der hal la bole jugak. iPhone 4s dengan tagline ~ it's faster, it's sharper, it's better.

Nak tau lebih lanjut? 

klik link dekat sini