Wednesday, November 23, 2011

0

entry strees

Isnin lepas che'q na strees sangat-sangat, rasa nak tarik-tarik rambut. tak cukup dengan tu jerit-jerit sampai sakit-sakit tekak. Peh! stress yang teramat-amat. hati sentiasa berdebar-debar, kepala dah pusing-pusing, tapi masih gagah kan hati kuat kan badan. tangan dah tergawak ke sana sini, sikit-sikit orang kat depan kena tepuk. mata fokus jer kat screen TV. Ceh strees pekebenda nya che'q na ni. itu rupa nya strees gara-gara bola. Malaysia vs Indonesia.

Petang tu dah tau malam nanti ada game, tapi boleh pulak terlupa, pergi teman cik tom makan lepas Maghrib, lepas tu round-round, yang kepelikan nya, malam tu rasa sunyi, tak bising macam selalu, kedai-kedai pun banyak tutup, yang bertambah pelik kedai makan yang berskrin besar jer penuh dengan orang. 




Owhh, paham da, ada game. cepat-cepat balik rumah. dok tercongok depan TV dengan mak, bapak, akak n anak-anak buah. peh! dasyat mak che'q na pun layan jugak game malam tu. Apa lagi, macam satu ritma jeritan, ada jeritan kecik, ada jeritan besar. ikut saiz bdan kata kan. citer-citer lain dah tak tengok da, jangan kata tengok, nak tukar channel pun awal-awal lagi dah kena warning. 

tahniah skuad harimau!


nota kaki bucuk : harmoni betul malam tu, tak ada gaduh-gaduh rebut channel kehkehkeh
0

yeaa... rombongan

Rombongan? waaa.... bukan rombongan meminang yer kawan-kawan. rombongan kanak-kanak jer. last friday, pergi rombongan kanak-kanak TADIKA tempat kawan che'q na kerja. kira nya tumpang semangkuk la ni. murah siapa yang tak nak.




pergi tak jauh, KL jer, tapi excited nya mengalahkan pergi Australia. siap2 kena sound dengan kawan che'q na tu. 


"Oi. kau tu macam la tak pernah pergi KL, excited macam apa"


hahahaha. che'q na bantai gelak jer. jangan tak tau sepanjang hidup ni, tak ada istilah rombongan dalam diary catatan perjalanan seorang yang bernama che'q na. melampau.
dulu time kecik-kecik mana mak  biarkan che'q na pergi.

jenis yang asal nek bus jer muntah, asal naik teksi jer mabuk. mak kata tak payah pergi nanti menyusahkan cekgu. ni kira nya setelah 19 tahun akhirnya dapat juga pergi.. kehkehekeh.

 port fav untuk snap pic tiap kali pegi petrosains
 
ingat best la konon-konon nya pergi rombongan ni, tapi rupa-rupa nya, Ya ampun, rushing, kena ikut schedule,  tambah lagi balik hari, letih yang teramat. nak solat pun susah, nak tukar baju apatah lagi, nak shopping pun xsempat. ampun la lepas ni tobat da, better pergi sendiri-sendiri, tiket mahal pun tak apa la, yang penting hati tenang. tak terkocoh-kocoh.


nota kaki bucuk : kepala tingtong, KL banjir.. kehkehkeh..

Thursday, November 17, 2011

0

alahai hati

Dapat berita dari someone. suka ker aku? marah ker aku? kecewa ke aku?
entah la, semua rasa bergabung menjadi satu.


tak tau nak gambarkan perasaan ku tika ini.

gembira sebab dia punyai teman setelah sekian lama mencari.

sedih sebab sekarang dia lebih banyak habiskan masa dengan 'orang lain' berbanding dengan aku. 

marah sebab dah tak dapat lagi nak berpoya-poya dengan dia bila waktu free. tak dapat lagi nak pergi tengok wayang. tak dapat lagi nak ajak dia teman pergi interview, tak dapat lagi nak pow dia soh belanja makan, tak dapat lagi nak jalan-jalan pergi rumah dia.

menyampah, eiii yang ni tak masuk list perasaan untuk hari ini.

kecewa? apakejadahnya aku nak kecewa pulak, kalau aku kecewa bermakna aku suka dia. owhhh tidak.tidak..

heip! jangan sesekali kata aku tamak, cuma terasa kehilangan jer

gambar yang dicurik dari FB mr chubby dan di edit semula. kehkehkeh

but the important thing sekarang ni, aku perlukan mr chubby,aku perlukan bahu nya untuk meluahkan keluh kesah ini walaupun dia jauh. aku perlu bercakap dengan dia. tapi dia tak pick up phone. 


okey! tau dia kerja. 


apakah makna mr chubby dalam hidup ku?
~ bila sedih cari dia, bila rungsing cari dia, bila gembira cari dia, bila serabut cari dia,bila nak nangis cari dia, bila nak ketawa cari dia, bila nak melalak cari dia, bila nak buat sesi luahan perasaan cari dia, bila nak marah cari dia, bila nak berpoya-poya cari dia, bila nak duit cari dia.. opssss...


nota kaki bucuk : wah! sudah lama tidak ketemu sama itu mr chubby
0

:: doa 3 ::

Ya Allah Ya Qowwi ( Maha Kuat)
kuatkan lah hati ku agar tidak mudah terluka dari apa yang di dengar dari lisan sesama manusia. Jangan biarkan hati ku cepat terluka dek kerana hati yang terlalu rapuh.

:: majalah Anis :: 

Wednesday, November 16, 2011

0

#5 Wordless Wednesday

Pemilik telinga siapa kah ini? 
TERSNAP time on d way ke JB. Tersnap la sangat. uh!
Tetiba teringat dekat 'someone' 
miss him!
0

Kasih seorang ibu

Kasih nya ibu
Membawa ke syurga
Kasih nya saudara 
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
 :: Datuk Syarifah Aini ~ Kasih nya ibu ::

Cewah.cewah. da lama menyepikan diri masuk-masuk jer da berdondang sayang pulak che'a na ni. kehkehkeh..

Yea. tau-tau, hari ni bukan hari ibu dan juga bukan birthday mak. Tapi tak salah kalau kita nak hargai jasa mak kita kan?

Teringat satu hal yang jadi 3 hari lepas, time tu che'q na masih lagi duduk menyebuk dekat rumah akak. Entah apakejadah nya anak sulung dia buat perangai. Budak bujang tu moody aja sepanjang hari, mungkin ada problem dekat sekolah. Mak dia pulak kalau datang bab nak tegur perangai anak nya, men sound tepek je. Bapak dia pun sama 2X5 gan bini nya.




Apa lagi dari pagi membawa ke malam budak tu tak keluar bilik, tutup pintu. Tau pulak mak dia resah gelisah macam ayam sembelit. Sebab budak tu memang jenis kalau bangun tidur jer:


"Mak lapar"


"Mak masak apa hari ni"


"Mak lapar lagi"


Ya Allah. tepuk dahi kalau lepas makan nasi tak sampai 5 minit dia boleh merenggek manja dekat mak dia mintak burger lagi. Stail makan pulak memang dasyat. Biasa la budak baru nak naik memang kuat makan. 


Bila dah jadi macam tu, mak dia sikit-sikit cakap:


"Na, kenapa Di tak turun makan?"


"Na, Di tak lapar ker?"


Last-last che'q na cakap:


"Pergi la pujuk"


Lepas tu laju-laju akak geleng. Lepas tu dia buat muka paling comel, sebiji macam muka time dia nak ngurat laki dia dulu. Lepas tu sengih-sengih. Lepas tu kerdip-kerdip kan mata. Berapa banyak 'lepas tu' da. Last-last:


"Kau tolong pujuk?"


Okey, selaku adik yang baik merangkap mak usu yang perihatin lagi comel. Che'q na naik atas dan pujuk dia baekk punya. Nasib baik budak bujang tu jenis yang rapat dan manja dengan mak usu  dia ni.  Nasib baik juga mak usu dia ni bukan jenis yang bengis, kalau tak mau nya di campak budak tu dari tingkap bilik. haru.haru.


Dan dan turun bawah jer, mak dia hilang dari dapur. Masuk bilik la tu. Tak nak tunjuk la yang dia jenis risau kan anak nya. Apa-apa je la janji budak tu makan.


Dan malam tu juga tetiba che'q na jadi bertambah-tambah rindu dekat mak. Tetiba teringat pulak time dulu-dulu minggu lepas tu di kira dulu kan? asyik merajuk je. Asyik buat mak risau jer. Uhuh.. kesian mak.

Nota kaki bucuk :  muah.muah. sayang mak. ngeeee






Wednesday, November 9, 2011

0

#4 wordless Wednesday

sumber : incik google