Friday, August 19, 2011

0

Susu dan kebaikkannya

Sedang menikmati secawan susu panas yang sangat lazat. Apa? Sorry Che'q na minum guna mug okey bukan botol susu.


'Kalau susah nak tidur minum la susu' mitos ke fakta? okey jawapannya >>>>>>> che'q na pun tak tau. kuikuikui. cer tengok baby, lepas minum susu je tidur. kadang-kadang tengah menyusu pun boleh terlelap. Punya la power susu tu. :p

Tapi base pada pengalaman che'q na sendiri, minum susu 2x sehari membantu che'q na untuk tidur nyenyak pada waktu malam. Selain membantu mengawal pedih ulu hati yang selalu che'q na kena.


Susu ibu adalah susu yang terbaik, ini bukan mitos tapi fakta. Kalau tak percaya tanya cik Zie ~ tahu banyak benda pasal kebaikkan susu ibu, tapi dia tak minum susu. tak caya? ini adalah fakta bukan mitos - opsss jangan marah.


Tapi tak kan kita yang da besar ni nak minum susu ibu pulak jadi susu lembu di hasilkan secara besar-besaran untuk keperluan manusia. Susu lembu dikatakan sihat kerana kandungan protein dan kalsium nya. Ia merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan @ 250ml) mengandungi 285mg kalsium.
sumber: mr wikipedia

Ada banyak jugak kebaikkan susu untuk badan kita, terutama nya tentu la untuk pertumbuhan tulang, dapat melindungi sel-sel usus besar, dapat mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak dan dapat membantu melawan gout. ada banyak lagi kenbaikkan susu yang boleh di baca dekat sini : keajaibanpenjimatan.


nota kaki bucuk : kalau nak kulit halus mulus macam che'q na try la mandi susu. hahahha..









Thursday, August 18, 2011

0

Kota Rainforest Resort : back to nature

sehari sebelum puasa, berkesempatan keluar lunch dengan ex-office mate. lepas lunch dia orang kena masuk kerja semula jadi tinggal la che'q na dengan seorang akak ni. bila masing-masing dah tak ada kerja dan da penat nak window's shopping tetiba terkeluar la idea dari dalam kepala che'q na yang geliga amat ni.

"kak kita pegi rainforest nak?"
"jom" tak sampai seminit dia pikir, start enjin kereta dan terus jalan. padahal dia tak tau pun kat mana tempat tu. aisyh!! dah sampai tengah jalan baru nak tanya dekat mana tempat tu.


Akhir nya di sini lah kami menghabiskan masa. KOTA RAINFOREST RESORT dengan trademark “back to nature”. Puihh! Memang back tu nature sangat. Senyap, sunyi. Horrow - tempat ni sebelum kota tinggi’s waterfall.

Sempat la kita orang buat survey dan berposing di mana-mana tempat yang kita orang singgah, lobby dia yang da macam ala-ala citer koboi, chalet dia yang double-store, berair-cond,. Singgah ke swimming pool, nampak awek seksi berbikini tengah mandi. Wauu! – okey tipu. Budak kecik pakai swimming suit je. Sampai ke tempat aktiviti out-door. Nak ke sini kena lalu satu jambatan tergantung ~ tak tinggi tapi rasa gayat dan pening-pening


Tempat not bad, tapi agak messy sikit dengan lalang. Seronok jeans che’q na kena cium dengan kemuncup, syahdu tu nak pisah kan. Kat sini boleh buat macam-macam aktiviti out-door, nak buat in-door pun ada jugak. Ada dewan untuk aktiviti seminar. 

 
aktiviti masa che’q na pegi khidmat Negara semua ada. Kayaking, flaying fox, abseiling, merentas halangan, jungle tracking ~ best betul. Additional activity banyak lagi kat sini yang boleh di buat, ada rock wall, boleh tengok firefly, fruit faram visit ~ makan la puas-puas sampai pengsan. Yang tak menahan ada paintball ~ padahal tak pernah main pun, excited terlebih che’ na ni.



Tak mau la cakap banyak, siapa yang berminat boleh la check link ni www.kotarainforest.com . macam-macam aktiviti dan promosi yang anda boleh tengok kalau bukak website ni boleh dengar bunyi hutan. Tak caya? pegi la klik.klik.klik.

bagi sesiapa yang nak buat aktiviti seminar atau kursus atau sesi merehat kan kepala otak atau sesi reunion boleh je ke sini. untuk mereka yang nak honeymoon pun boleh ~ dapat meramaikan umat manusia :D



Nota kaki bucuk : meh la datang.




 

Sunday, August 14, 2011

1

Hari Kidal Sedunia

Alahai terlepas pulak hari sendiri. semalam 13 Ogos adalah Hari Tangan Kidal Sedunia. Baru tau ni ada sambutan untuk orang-orang unik macam kami ni. Ahahaha.. jangan jelous, saya kidal ye.
 sumber : mr google

"pada 13 ogos setiap tahun, diumumkan sebagai hari tangan kidal sedunia bagi memperingati sesiapa sahaja yang selalu menggunakan tangan kiri dalam kerja seharian"

orang cakap la bukan che'q na cakap tau, orang kidal ni kreatif, bijak, genius, cantik, cute, cun, popular ~ opss terlebih suda. Antara orang famous yang ber'left-handed' ni adalah Leonardo Da Vinci, Kurt Kobin, Albert Einstein, Presiden Barrack Obama, Tom Cruise, Amitabh Bachchan dan tidak mustahil che'q na satu hari nanti. :D

che'q na kidal hanya pada hal tertentu. Mcam menulis, menjahit ~ sebab tu sampai sudah tak terror. bila bab orang pandang pelik sebab tulis kidal tu normal la, orang kidal kan unik. tak gitu?


nota kaki bucuk : lepas ni dah tak lupa dah tarikh 13 ogos

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

ingat lepas ni nak buat 1 hari 1 entry macam kempen 1 malaysia tu. ahahaa.. doa-doa la supaya idea banyak-banyak datang dan angin malas tu hilang. kadang-kadang nak berblog ni datang pulak malas nya dan tiba-tiba idea tak ada nak ditulis.