Friday, July 29, 2011

3

:: Selamat Hari Lahir

28 Julai ~ Perlawanan bola antara Malaysia vs Singapura. Okey fine! Malaysia kalah. Bukan nak cerita pasal bola sebenar nya tapi ~ Happy Birthday!!! Pom..pom..pomm... (bunyi mercun cina) Nak wish kat diri sendiri.

'Happy Birthday che'q na, semoga Allah lapangan pintu rezeki, semoga Allah ampun kan dosa-dosa che'q na, semoga Allah memberi kesihatan yang baik dekat che'q na untuk beribadat kepadaNya. Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatan hati dekat che'q na untuk menghadapi dugaan. Semoga jadi anak yang baik yang sentiasa berbakti kepada mak & bapak. Semoga che'q na berbahagia dunia dan akhirat. Dan semoga Allah panjangkan jodoh 'kami' sehingga menjadi satu ikatan yang sah. AMIN!'

Trimas buat kawan-kawan yang wish dekat FB ~ budget je kawan-kawan baca. Okey terutama si kecik ni ~ azie & of course orang pertama yang wish ~ mr chubby. Wish pun dah cukup bermakna tapi kalau disertakan dengan hadiah lagi la bertambah-tambah bermakna. kehkehkeh..

Okey tahun ni tak ada kek besday, tak macam tahun lepas celebrate dengan colleagues ~ surprise party. Kek coklat yang sedap dari ex-boss. Makan best yang dipayung oleh mr manager. Dan eskrim smarties yang disupport oleh kawan-kawan.

Tapi tahun ni ada 2 hadiah yang cukup bermakna. Walaupun dapat in advance. Mrs Pinky & Mr CQ.

Mrs. Pinky dapat around bulan 5. Dia ada kembar Mr Black nama nya ~ yang ni mr chubby yang peggang. Ala, adiah Mr Chubby bagi sempena 4th anniversary.

Mr CQ dapat awal bulan julai hari tu. Ohh.. yang ni mak dan bapak dengan rela hati tolong belikan lepas tengok perangai che'q na yang dah macam cicak tertelan ekor sendiri. Alahai apa tak nya, mr acer yang da berkhidmat selama 4 tahun tetiba bagi surat resign. Mana nak di cekau tempat untuk beron9, berchatting, berblog, bergossip, berFB & yang paling penting tempat untuk gelak-gelak dan senyum sesorang.



 Mr CQ diapit manja oleh Mrs Pinky


"Selamat Hari lahir" sambil lompat-lompat manja dan kedip-kedip kan mata ~pehh perangai macam haram!!

nota kaki bucuk : semedeng jer panggil kaki bucuk, kaki che'q na wangi tau!!




Thursday, July 28, 2011

0

:: selamat berpuasa

selamat hari lahir che'q na ~ walah, tetiba sahaja. Sebenar nya nak wish selamat berpuasa dekat semua yang singgah @ bakal singgah dekat blog "che'q na's story" ni.

lagi... ummm..mmm.. ada lagi 3 hari kita nak sambut ramadhan al-mubarak. 31 julai 2011 adalah tarikh mengushar (mencerap) anak bulan. InsyaAllah 1 ogos 2011 adalah bersamaan dengan 1 ramadhan 1432H. so kita pose.. yeaaa... ~tak sabar nya nak puasa.


che'q na ader terbaca satu buku ni. dan tertarik dengan quote ni:

"......Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadan tu dah jadi lebih kepada benda budaya. Ramadan tu bukan diertikan dengan bazar Ramadan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadan kat Malaysia..." ~ Hlovate:contengan jalanan

betul. bila kita selami betul-betul ayat tu. che'q na rasa apa yang dinyatakan tu semua betul. Kita tak sabar nak tunggu bulan puasa sebab nak kejar bazar ramadhan. bukan nya nak kejar pahala buat solat tarawikh. Kita  leka dengan drama-drama yang banyak disiarkan bukan nya nak ambik teladan dan pengajaran melalui cerita tu. bila malam 7 likur kita sibuk pasang pelita, sibuk nak buat persiapan raya dan sibuk nak bershoping. bukan nya kita nak kejar pahala yang banyak untuk 7 malam terakhir tu.

ya! kita terutama nya che'q na leka sebenarnya. banyak dah kita buang peluang yang Allah berikan. semoga ramadhan kali ni che'q na dan anda yang baca entry ni dapat grab sebaik-baik nya peluang ini.

banyak sangat kebaikan di bulan ramadhan :
  • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
  • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
  •  "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)