Sunday, October 24, 2010

0

#sabtu


Petag sabtu yang boring
apa yang che'q na buat?
kacau anak kucing yang baru lahir. cute + comel
lepas tu jalan-jalan kat kebun bunga mak che'q na.



laman rumah bukan cantik mana pun,
bunga pun tengah tak nak berbunga, nampak daun jer ler..
lepas tu che'q na kacau si tompok dengan ibu dia.
ibu dia dah beranak ~ anak 3. ceh! naper la che'q na citer kat sini pulak =D



ibu tompok, anak-anak sedara che'q na panggil ~ mak ichi

si tompok yang tengah nak dengki ibu dia, lepas tu dia main lari-lari sendiri.

nota kaki bucuk : da lama che'q na tak jengah-jengah bunga kat laman rumah

Friday, October 22, 2010

0

@entry happy

 
entry asyik tak happy jer kan semenjak dua menjak ni.
yer la entry base pada mood memang la macam ni kan? kihkihkih..

now, che'q na tak mau moody2 lagi.
muram semacam jer.
kita buat2 happy walaupun tak happy kan?
dengan motto baru : happy2 sokmo.. :D

pic kat atas tu time che'q na lunch hour dgn kawn2 opis kt pizza
firewall party sempena bos che'q na nak berhenti
puas giler makan sampai peyot kenyang.


yang pakai baju kurung tu baru balik interview,
tu yang xsarung uniform dia.
muka sama kan dengan orang yang kat sebelah dia.
ramai yang cakap, dia orang ni twin @pun ada yg cakap adik beradik :D

ni ada lagi satu pic yang nampak happy sesangat.

happy kan? :P

pic bawah ni pulak time celebrate birthday dak opis.
suprise party katakan.
sedap giler kek nya maklum la free.
peyot kenyang bertambah happy..



birthday cake yang sangat sedap.
aiskrim + kek coklat + ayam goreng + cheese wages extra cheese
yang sangat che'q na suka = kenyang tak boleh buat keja. hihihihi

more happy pictue



banyak kenangan best dengan dia orang, tapi tak banyak pic yang che'q na ada.

nota kaki bucuk : kenangan tetap kenangan, tinggal sejarah

Tuesday, October 19, 2010

0

@hina sangat ker aku?

cewah macam lirik lagu lak
"hina sangat kah ku pada pandangan wajahmu, hinga sewenang2 kau melempari tomahan"
erkkk.. betul ker lirik nya macam tu ~ hehheheheheheh

berbalik kepada title post che'q na hari ni.
sedih sebenar nya nak cerita, tapi tu la hakikat hidup,
memang tak pernah lari daripada kata2 hinaan, cacian, pujian & sebagai nya.
orang mungkin lupa tapi bg yang orang yang terkena macam che'q na
memang susah nak dilupakan walaupun ianya da bertahun berlalu.

~sampai bila kau nak duduk kt sini, cuba keluar dari kepompong tu~

Ya Allah pedih nya hati waktu tu. che'q na bukan tak nak, dia sendiri pun tau masalah che'q na selama ni. TRANSPORT. Dia senang la cakap, dia ada kereta sendiri, dulu pun kalau dia tak ada kereta dia ada abang & ayah yang dia bole tumpang untuk pergi kerja. sedangkan che'q na ni nak pegi interview pun che'q na kena mintak tolong orang lain.sesusah2 dia,  senang lagi dia kalau nak dibandingkan dengan che'q na.

tempat kerja lama pun che'q na tumpang dia, bayar setiap minggu dan bila dia dapat kerja baru terpaksa che'q na cari kerja lain. bila da dapat che'q na tetap tak dapat nak pegi jugak sebab masalah transport.

~sekolah tinggi2 keja kilang jer?~

satu ucapan yang memang tak sepatut nya seorang pakcik ucapkan terhadap anak sedara dia. ya! betul, itu kenyataan tapi hina sangat ke keja kilang. zaman sekarang ni memang payah nak cari keja. apa yang ada kita kena rebut.

~aku da beli kereta baru~

ya, che'q na tau, dia da ada kerjaya, kerja gan goverment, gaji agak tinggi la jugak jika dibandingkan dengan che'q na yang time tu memang tak berkerja. Waktu tu memang da berbulan jugak tak jumpa dia, tup2 dia ajak jumpa, che'q na ingatkan ikhlas la dia nak jumpa che'q na sebab da lama x jumpa, rupa nya nak cakap jer dia dah beli kereta baru. Lepas perjumpaan yang terakhir tu sampai sekarang kita orang tak pernah jumpa walau sekali pun. Macam mana tu?

~kita tengok sejauh mana dia boleh pergi dengan sijil dia tu~

ucapan yang diucapkan oleh keluarga sendiri ~ seorang ibu, seorang isteri & seorang menantu. yang mana satu hari nanti akan jadi saksi kepada kehidupan anak2 dia. sepatut nya sokongan yang diberikan tetapi kata-kata keji itu yang dilemparkan.

tak pandang langsung walau sekilas pun. waktu tu, sepatah kata pun tak pernah dia cakap depan che'q na, apatah lagi berbual. kalau che'q na panggil dia buat tak tau jer. bila dia nak cakap belakang che'q na, depan akak & abang che'q na, dalam kereta. itu pun habis dicanang nya che'q na. itu salah la ini salah la.

~datang sini naik bus jer? >>>> sinis dia ketawa ~

waktu tu cahe'q na tengah giler2 nak cari kerja. yer la, orang tengah tak der kerja. dapat la satu tempat. tengah2 bandar JB bertempat di sebuh hotel 3 bintang. che'q na waktu tu pergi dengan mak. mak yang banyak beri sokongan dan dorongan time tu. bila tiba turn che'q na ada seorang tu memang pandang che'q na lain macam, seolah-olah  che'q na ni tak sesuai kerja kat situ. Arghh.. lupakan la peristiwa tu, buat sakit hati jer..

nota kaki busuk : manusia kan kadang2 tak sedar kata-kata nya mampu beri luka besar. che'q na sendiri pun kadang2 terlepas kata jugak.. AMPUN!



Sunday, October 17, 2010

0

#hancus


yang dikendong tak dapat, yang dikejar berceceran >> ayoo betol ker peribahasa ni
hahahaaaa... hentam jer la labu

sedih betul 2,3 hari ni
sedih betul sekarang bila orang cakap "ambik la duit ni kau kan da xkeja lagi"
berjejeran air mata.

memang kesilapan dalam membuat perancangan
memang buat satu keputusan yang salah
mana silap nyer?
diri sendiri pun tak tau
kita hnaya merancang tapi Allah yang menentukan

jangan meratapi nasib, mungkin segala nya sudah ditetapkan
ada hikmah disetiap kejadian
bangkit la! ambik kembali semnagat dan teruskan perjuangan
hidup perlu diterus kan walau sesusah mana pun diri ini

bangn dan teruskan melangkah!

Sunday, October 10, 2010

0

#kawin?

"mak aku nak kawin"
bole ker cakap dengan emak macam tu.
mesti mak akan kata "sehat ker tidak anak aku ni"

tengok orang akad nikah dalam TV
dada aku pulak yang berdebar-debar.
macam aku pulak nak jadi isteri orang..
ni semua penangan "SH 10.10.10" la ni ~ angkasawan negara

tingtong da aku ari ni...

nota kaki bucuk: seronok nyer weeding macam tu. gilang gemilang + mewah + meriah = cantik